Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 17 Mei 2012

Kita Serumpun Tapi Tak Sama



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua.

Sebagai Permulaan kepada N3 ni saya nak turunkan kad ucapan selamat hari guru daripada Sahabat Ummu dari Bicara Hati Ibu. Sahabat Ummu telah menjemput saya mengambil kad ini. Memandangkan saya ni bukanlah seorang guru, rasa malulah nak mengambiknya tapi sebagai terima kasih dan penghargaan saya kepada sahabat Ummu saya mengambilnya dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ingatan beliau pada saya.



Sekarang jom kita cerita tentang Orkid saya. Ada 3 pasu orkid yang seriras berbunga di rumah. Iras orkid tu lebih kurang jer, tapi warnanya berbeza. Rasanya semua dari rumpun vanda. Yang purple dan pink tu mungkin vanda mokara. Yang kuning tu tak tahu.


Pertama kali tengok berbunga sejak tanam





Bunga purple yang di atas tu kembang dulu, baru purple yang
bawah ni kembang. Dari pokok yang sama



Mungkin sama jenis dengan yang purple tu, warna saja berlainan,
yang ini pink





Inilah pertama kali berbunga semenjak bunga dulu (ketika beli) habis,
tak ingat berapa tahun menunggu. Kedekut betul.


25 ulasan:

Pok Amai-Amai berkata...

Ctknye orkid tu Cik Ani. Bt peneman di kala sunyi. Penghibur di kala lara. Eh...betul ke? Memandai je sy. Hehehehe...

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

He he betullah tu, kadang2 bila dia berbunga memuji2lah pada orkid tu, kalau dah lama tak berbunga, diugut2nya....ugut sayang.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Kakya sgt suka orkid, tapi tangan tak serasi kot, tak penah nak menjadi. Cantik sgt keluarga vanda itu.

ainnoraini berkata...

cantik bunga orkid tuu kakani..
rumah saya tak ada pokok orkid semuanya pokok yg berdaun jerr..

Kakzakie berkata...

La... kakak ingat pokok okid kakak aje yg berbunga liat. Tapi bunga okid kak ani banyak bila dah nak berbunga. Okid kakak kalau berbunga pun kedekut sangat adalah 7-8 kuntum je. Kalau okid jengking aje yg meriah...

Sukalah tengok bunga okid kak ani. Yg no. 1-3 tu kakak tak ada lagi..

sal berkata...

kak ani...senang hati dan cool je tengok pokok orkid yg berbunga purple tu...cantik

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Mungkin pokok saya ni dah matang. Tu yg rajin sikit berbunga. Sebenarnya ada pokok orkid yg setahun tanam pun masih tak berbunga hingga kita macam kecewa, tapi tetap juga siram dan membajanya, InyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Cubalah tanam. Tanya sikit pada org yg jual cara dan baja yg bagus utk orkid. Bila beli, belilah yg dah berbunga kalau yg belum berbunga nanti lambat nak tengok bunganya.

Satu lagi kalau beli orkid jangan beli yg pasu nampak baru, takut pokok baru semai. Takut kena tipu. Ada penjual macam tu. Hati2.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Kak ani taklah tahu sangat tentang orkid ni, bila ke nurseri orkid, cakap nak orkid vanda, ada berbagai jenis. Harga pun tengok jenis. Yg purple dan pink tu dulu harganya kurang dari rm20.00.

Kunang-Kunang berkata...

Sal, bila berbunga seronok, tapi bila lama mogok frust juga.

che mid berkata...

Salam.. ada-ada je la akak.. orkid pun tau mogok ke.. tak lama lagi pandai demo pulak.. ha ha

ajak berkata...

asalam ... sodapp mato memandang ... tenang jerrr rasa nyerr ...

Aishah Jahirah berkata...

cantiknye orkid...saya ni tgk je tahu nak tanam malas...hehee

Granny Hani berkata...

dulu pernah cuba tanam orkid, siap tempah rumah orkid lagi..entah mana silap nya, orkid tu tak nak berbunga..puas cuba itu ini. sekarang dah give up, pondok orkid dah penuh dgn paku pakis pulak..senang tak payah tunggu kuar bunga.,tgok orkid orang, rasa jeles pulak...hehehe

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Dia mogok kita sabar jer. Selalunya kita yg demo, ugut2 selalu cakap ngan pokok orkid yg malas berbunga tu macam n "awak berbungalah, tunjuklah bunga awak yg cantik, kalau tak berbunga aku campak jer nanti". He he begitulah lebih kurang pujukan dalam ugutan.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Bunga ni begitulah, kalau berbunga suka hati org yg menanam nyer. Kalau tak berbunga pun sabar!!!!!

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Kata orang tak dipecahkan royong mana dapat sagunya. He he bevitulah kira2.

Kunang-Kunang berkata...

Kak ani ni pun gila dgn orkid sebab kebetulan jumpa dgn member orkid selepas bersara dulu. Kehulu kehilir kami kekebun orkid tak beli kat nurseri sebab mahal. Beli direct dari kebun Dari kawan2 nilah belajar sikit2 penjagaan orkid.

Disebabkan banyak pokok yg ada jadi ada2 saja yg berbunga, yg tak berbunga pun banyak. Memandang kak ani semai sendiri anak orkid dari induknya menjadikan banyaklah jugak orkid dirumah ni. Sekarang dah tak beli orkid baru maintain yg sedia ada saja.

Cikli berkata...

Subhanallah. Cantiknya orkid. Sejuk mata memandang.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih. Ciptaan Allah memang cantik. Pada saya semua bunga adalah cantik.

MulutPayau berkata...

cantiknya orkid tu...orkid yg saya tanam selalu mogok kak....tak nak berbunga...macam2 cara dah buat...frust sangat...

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt....Cantik jugak bunga orkid ye....

Nur-nba berkata...

Subhanallah cantiknya bunga2 ni.. Pandai Kak Ani menjaganya.. Dulu ayah Nur rajin juga menanam pokok2 bunga, tapi sekarang dia dah uzur..

Marya Yusof berkata...

Kak Ani,

Bkn senang nak jaga orkid kan... Marya teringin sgt2... Ada petua ke kak? Share2 lah :))

Marya Yusof berkata...

Kak Ani,

Bkn senang nak jaga orkid kan... Marya teringin sgt2... Ada petua ke kak? Share2 lah :))