Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 10 Mei 2012

Halo Moonkah Itu????



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan hidup.

Dua malam lepas iaitu pada 8 Nei 2012, ketika balik dari kelas bahasa arab di Masjid Negeri saya terpandang bulan yang sedang mengambang setentang dengan bumbung rumah. 'Cantiknya' bisik hati saya. Lalu terus mengambil gambar bulan berkenaan beberapa kali.

Sayang, hasilnya tidak memuaskan kerana saya hanya menggunakn telefon samsung saja. Lepas tu saya terus lupa tentang gambar ini kerana pada fikiran saya ia tak menjadi.

Gambar yang saya ambik menggunakan h/set saja,
adakah ini 'halo moon', Wallahuwa'llam


Tapi pagi ni ketika BW ke SINI baru saya tahu rupanya kemungkinan malam itu berlakunya 'halo moon' sebab tu gambar berkenaan menjadi begitu. Dalam Arkib Berita Harian ada menceritakan apa dia 'halo moon' ini. Terima kasih Nida kerana telah mencelikkan kak ani apa dia 'halo moon'.

Ini gambar dari blog Nida



Atas kehendak Allah tak ada yang mustahil. Kun Fayakun.


25 ulasan:

kakcik berkata...

Gambar halo moon saya kali ini tak menjadi berbanding yang saya ambil tahun lalu. :(

Kunang-Kunang berkata...

Kakcil,

Adakah gambar kak ani tu halo moon atau hasil gambar yang tak berapa menjadi.

Kamsiah berkata...

salam
saya pulak ptg2 dah siapkan tripod...konon nak amik gambar bulan penuh...akhirnya zzzz....

Kakzakie berkata...

Sebenarnya siang tu dah banyak info dan ramai yg berjaga dan menanti kak ani tapi kakak tak ada camera canggih jadi cuma dgn budak-budak yg mengaji tengoklah juga...

kakchik@ella berkata...

saya nak gi cari apakah makna Halo moon kat blog nida lah kak. Kak, thanks share tentang ini ye .

sissyira berkata...

salam...

perasan juga baru ni, cuma x de kamera nak ambil gambar ;(

inazamri berkata...

ooo tu ke yg dikatakan halo moon.Now baru tau lepas baca arkib tu.Thanks share info ni ye kak ani

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya pun nampak bulan yang mengambang tu masa saya nak ke klinik.

ainnoraini berkata...

tak ambik gambar pun..sbb camera tak canggih..

Nida berkata...

Salam Kak Ani...

Terima kasih sudi jengah blog Nida... salam perkenalan buat Kak Ani...

Nida pun tak tahu malam tu ada halo moon, kebetulan suami keluar dan terpandang.. tapi sayangnya awan amat tebal jadi tak sempat nak snap betul2...

Memang sangat cantik... malam sebelum ada supermoon. dan esoknya halo moon... kemudian keesokan harinya cuaca di sini (Albany) dua hari berturut2 hujan dan angin yg amat kuat... malah ada waterspout di bandar.... :(

mselim3 berkata...

cantik pulak ciptaanNYa nie.....macam lampu dikala malam.....manusia mana boleh cipta ....kan?

walau sehandal mana pun...
boleh cipta bulan dan matahari....
boleh...itulah keagungan ciptaanNYA yang tiada tolok bandingnya....

wassalam.....

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...

saya tak tahu pasal halo moon...terima kasih krna berkongsi di sini...

Queenie berkata...

Allahuakbar!

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Kak ani pun kira kebetulan tu

Kunang-Kunang berkata...

Kak zakie,

Kak ani langsung tak tahu hal ni. Kalau tahu kak ani smbik kamera utk ambik gambar.

Kunang-Kunang berkata...

Ella,

Kita lihat yg sama kan. Cuma perbezaan mass saja.

Kunang-Kunang berkata...

Syira,

Kak ani pun kerana nampak jelad sangat bulan tu, itu yg ambik gambar guna h/set jer.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Kak ani pun baru ni tahu melalui blog Nida.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Kebetulan nak jadi rezeki kita, ksta orang. Dspat juga tengok.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Kerana tak tahu tu yg snap gambar dgn telefon saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nida,

Terima kadih singgah blog kak ani.

Terima kasih pada Nida berkongsi perihal halo moon ni. Itulah kekuasaan Allah kan.

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Allah mengatur segala perancangannya dengan baik tiada tandingan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Samalah kita. Kak ani pun baru ni tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Allah pencipta yg agong.

NzA berkata...

byk juga gmbar halo moon yg sy tgk kt FB......semuanya menarik....gambar yg kak ani snap cantik juga sebab nampak bulan tu dikelilingi warna pelangi......