Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 4 Mei 2012

Beruntungnya Jadi Wanita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini mari kita renungkan kelebihan yang Allah berikan kepada kaum wanita.



Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”

Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”

* Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.

* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

* Sungguh burung-burung di udara, ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya;

* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.

* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.

* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.

* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.

* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.

* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.

* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga

* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.

* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah.

Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam

Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan rohnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita.

Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan. Semua tergantung kepada amalan para wanita.

Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis : “Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”



Begitulah beruntungnya menjadi wanita. Sedang kelebihan dan kelonggaran yg telah Allah kurniakan itu, masih juga ada wanita yang menuntut untuk menyama tarafkan mereka dengan hak2 lelaki. Andainyalah mereka mengetahui tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah keatas lelaki diakhirat kelak, nescaya mereka akan mensyukuri ketentuan Allah menjadikan mereka sebagai wanita.


Sumber

16 ulasan:

[PCL] berkata...

kerana ramai yg tidak tahu akan keuntungannya maka mereka (wanita) mensia-siakan apa yg telah diberikan oleh Allah swt.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana.

Begitulah istimewanya wanita. Darjatnya ditinggikan namun ramai yang tidak mensyukuri.

Kakzakie berkata...

Sebenarnya memang benar untung jadi wanita tapi dek ujian yg besar juga selalu kalah hasutan syaitan yg menggoda setiap detik... beruntunglah wanita yg punya iman kental...

Aju Mohit berkata...

Byknya Keistimewaan kaum wanita, tetapi cabarannya mmg byk, semoga kaum Hawa sentiasa beringat Dan tidak terjebak dengan hasutan syaitan

sal berkata...

Menghargai kelebihan wanita..

Moga kita semua menjadi tabah menghadapi cabaran yg berada di hadapan kita utk mendapat rahmat dan keberkatanNya..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Kedudukan wanita amat mulia di dalam islam. Tapi sayang pejuang2 Feminisme terlampau spt Irshad Manji dan Fatima Marnishi tidak mememahami hakikat ini. Beigtu juga dgn anak didiknya di Malaysia(Sister In Islam)

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Betul tu. Bila melihat wanita2 islam kita di malaysia memperagakan tubuh badan mereka di khalayak ramai dengan bangganya, akak selalu rasa sedih, betapa mereka tidak tahu nilai tubuh badan mereka sehingga sanggup ditonjolkan begitu sekali.

Alangkah baiknya jika mereka menyedari betapa Rasulullah memperjuangkan dan melindungi wanita islam supaya tidak diperlakukanb seperti dizaman jahiliah.

MulutPayau berkata...

Terima kasih kak atas prkongsian ni.....

sissyira berkata...

salam

yap...untung banyak jadi wanita aka isteri ;)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah

Semoga dikurniakan Allah kesihatan ang baik.

Itulah ruginya pada yang tidak tahu ataupun tahu tapi tak nak ikut.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Beruntungnya jika seseorang wanita itu mendapat suami yang boleh menjadi pembimbing kearah yang disarankan oleh agama.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

banyak keistimewaan dan seperti yang Aju kita, dugaan juga banyak. Seandainya kita boleh menerima dugaan2 berkenaan dengan tabah, alangkah baiknya.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sebagai wanita dan ibu dugaan dan godaan yang kita takut. Dalam dunia yang serba moden ini, godaan dari keadaan sekeliling sangat kuat. Kena teguh imannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Semoga golongan yang Shameel katakan itu, terutama persatuan yang di Malaysia ni sedar apa yang diperjuangkan jangan sampai melibatkan akidah kita orang islam.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Sissyiram

Semoga wanita menyedari beruntungnya menjadi wanita dalam islam kita.