Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 12 April 2012

Ungu Kehijauan


Dah kembang betul bunganya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ salam sayang pada semua kawan-kawan. semoga hidup kita sentiasa di bawah kasih sayang Allah.

Beberapa bulan lepas ketika saya singgah di blog Nukilan iaitu blog kepunyaan Saudara Temuk, saya sangat teruja melihat pokok kunyit yang ditanamnya berbunga.

Ketika itu saya teringat pokok temulawak yang saya tanam semenjak beberapa tahun lalu. Bunganya seiras sangat dengan bunga kunyit, cuma bezanya pada warna saja, bunga temulawak bunganya berwarna ungu kehijauan. Sedangkan bunga kunyit kuning kehijauan. Gambar di atas tu paling baru saya snap, kuntum bunganya dah nampak kembang betul.







Sayang pokoknya saya tak jaga sangat sebab dia terlindung dengan pokok palm dan pokok ros. Tengoklah keadaannya, pokok pakis pun tumbuh.

Pokok ni diberi oleh seorang kawan. Saya sangat tertarik dengan pokok ni ketika saya kerumah dia di satu majlis hari raya. Rupa-rupanya tanpa saya tahu, dalam diam dia telah menyemai pokok ni untuk saya dan bersusah payah membawa ke pejabat saya. Terima kasih Kak Ti.

Ketika pokok ni masih subur dulu, bunganya besar dan cantik. Menurut kawan saya pokok ni boleh dibuat ulam dan mungkin juga boleh dikerabukan seperti yang dinyatakan oleh saudara Temuk dalam blognya.

Saya google kegunaan isi temulawak ni, menurut mereka isi temulawak ni banyak digunakan dalam bahan kecantikan dan perubatan juga. Begitulah tumbuhan kita banyak khasiatnya cuma kita saja yang kurang arif.

25 ulasan:

ieja amieja berkata...

assalamualaikum kak ani..
produk2 kecantikan dari Indonesia yg byk gunakan temulawak sbg bahan asas dlm produk mereka..makcik sy pun gunakan bedak asas temulawak..import dr seberang tu tp blh didapati kat kedai2 runcit dan pasaraya jg..

ajak berkata...

asalam ... saya tak pandai bab bab ini ..tq.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...bunga dia cantik ya,warna purple pulak tu.

Kamsiah berkata...

isi dia boleh dibuat ulam,kan...mcm isi kunyit jugak...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Tengok ramai yang minat tanam pokok, saya pun nak tanam juga la...
Tanah dah ada, bawa dari kg...

Ros berkata...

Assalamualaikum Kunang kunang,

Kak Ros suka sangat bunga kunyit kalau buat ulam...tapi bunga temulawak ni tak besa rasa pulak la....

LYAfrina berkata...

comel sgt bunga ni.. sama mcm mama lya..sgt2 suka tanam bunga,,,

ckLah @xiiinam berkata...

Assalamualaikum tuan rumah...
Banyak khasiat herba herba kita ni kan. CkLah ada juga tanam beberapa jenis, tapi semua kurus keding kekurangan kasih sayang dari tuannya... :-)

Aju Mohit berkata...

Suburnya pokok Akak ni, Tangan saya ni panas kot, tanam serai 3 Kali semuanya Mati ;)

MulutPayau berkata...

cantiknya bunga pokok ni....baguskan kalau rajin tanam pokok herba, ada mnfaatnya.....

Deru Ombak berkata...

Salam Kak Ani..

Kakya teruja tengok bunga Temulawak tu.. Cantik pulak tu...

Ada tanam kunyit, lebat daun jek setakat ni.. Tak pulak dia berbunga.

hani@debumelukut berkata...

Ini yang boleh di buat acar ke ni? saya tau makan aje..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ieja,

Dulu kak ani pernah beli minyak rambut yang dibuat dikedah, salah satu ramuannya pun bahan dari temulawak ni, isi dia agaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Tak aper, engineer pun ada juga jiwa cintakan pokok2 ni, paling tidak untuk hiasan laman rumah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Ciptaan Tuhan kan Zai, pada kak ani semua bunga adalah cantik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Cuba-cubalah pula berkasih sayang dengan pokok. he he mesti seronok bila tengok dia subur.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Kak ani pun tak pernah makan sebagai ulam sebab sayang tengok bunganya cantik.

Dulu pernah juga sekali pokok kunyit yang ditanam berbunga, pun macam tu, sayang nak makan, akhirnya kering dipokok jer.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Yerlah orang2 yang lebih kurang usia kak ani ni, selain dari berjinak dengan hal akhirat, tertarik juga menenangkan fikiran dengan pokok2 ni.

Kak Ani pun kalau jumpa geng tanam pokok, seronok sangat bertukar nota.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ckLah.

Tak aper, InsyaAllah cubalah siram2kan dengan air basuhan beras atau ikan selain dari letakkan baja.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Suburlah lagi jangan putus asa. InsyaAllah satu hari mesti tumbuh segar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakya,

Tulah yang buat kak ani tak malu menyatakan keinginan menanamnya ketika nampak di rumah kawan kak ani dulu.

Nak mintak segan, hati teringin. Pokok gini memang susah nak dapat benihnya.

Kak Ani pernah tanam pokok kunyit dalam pasu, tak subur sangat, mana nak suburm baru berdaun selai dua dah masukkan dalam gulai.

Tapi Allah maha kaya satu kali tu berbunga juga. Seronoknya hati, tak sampai hati nak makan, nak tengok dia kembang dipokik, akhirnya kering gitu jer.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Rasanya dimasukkan dalam kerabu. Tapi akak tak pernah buat. Selalunya bunga ni kering gitu jer dipokok.

Acik Erna berkata...

kkak ani..memang cantik bunga tu,
banyak khasiatnya ye kak ani

Temuk berkata...

As-salam Kunang-Kunang

Memang unik wajah bunga temulawak yang KK paparkan itu. Warnanya mententeramkan hati!

Temulawak dengan kunyit agaknya saudara sepupu.... Daun dengan bunga masing-masing memang nampak hampir semacam. Tapi, selain dari warnanya, saya jangka, rasa dan baunya tentu berbeza. Tak dapat pula saya pastikan perbezaan itu sebab saya tak punyai temulawak.

Rumpun kunyit di pasu saya yang pernah berbunga se"kuntum" tak lama dulu, yang kemudian saya jadikan campuran dalam kerabu (percubaan pertama), kini punyai 3 kuntum bunga. Nampaknya, masa megkerabu bunga kunyit dengan campuran dedaun lain sudah datang lagi!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk,

Mungkinlah berasal dari keluarga halia jugak. Sepupu sepapatnyalah tu,

Alhamdulillah 3 kuntum menunggu kembang, bestnya. Esok dah kembang bolehlah kita syare tengok kecantikannya tu,