Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 1 April 2012

Termeteri 35 Tahun Yang Lalu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan salam sayang pada semua yang sudi singgah di sini.

Pada hari Khamis malam Jumaat 1 April, iaitu 35 tahun yang lalu termeterilah satu ikatan yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Ikatan yang diiringi doa semoga bahagia selagi hayat dikandung badan.

Dan hari ini 1 April 2012 genaplah ulangtahun perkahwinan yang telah terjalin dengan teguhnya selama 35 tahun itu. Semoga kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat kita.

Selama 35 tahun ini kami telah mengharungi gelombang hidup yang kadang-kadang hampir-hampir melemaskan kami. Namun atas nama kasih sayang dan dengan anugerah Allah, ikatan ini terus berjalan dengan penuh kebahagiaan.

Sekarang kami dikurniakan 5 orang cucu-cucu yang menghiburkan hati ketika duka. Semoga kehidupan ini terus diberkati Allah. Amin.....

37 ulasan:

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..selamat ulang tahun perkahwenan..semoga terus berbahagia selamanya disamping keluarga..
cantik bunga ross kak ani tu

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana ya..

Semoga Ani terus diberikan keberkatan menjalani kehidupan bersama keluarga serta mendapat rahmat Ilahi.. dah 35 ya.. kak pula dah melepasi 38 disember lepas..

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

selamat menyambut ulang tahun.
alhamdulillah sudah 35 tahun ye
semoga terus berkekalan selamanya..amin :)

Amie berkata...

Alhamdulillah. Hidup ini kalau tak ada suka dukanya, dugaan dan cabarannya... nampak stereotype aje... he he hehh itulah ujian terutamanya dalam melayari bahtera rumahtangga. Semoga bahagian hingga ke akhir hayat!

hani@debumelukut berkata...

Alhamdullilah Syukur...Rumah tangga yg bahagia bukan lah yg tidak pernah goyah, tidak pernah diuji dgn ujian itu ini, tapi rumah tangga yg bahagia adalah yg boleh terus kekal walau pun menempuh perbagai dugaan.Congrats!

Ibuhani berkata...

Happy Anniversary Kak Hanim.....smoga keduanya diberkati Allah SWT dunia akhirat.

Cikli berkata...

tahniah kerana kekal berkasih

Aine Ainun berkata...

Alhamdulillah, tahniah...
Semoga terus mekar mcm bunga atas tu, sehingga ke syurga...

Syimama berkata...

Tahniah kak..selamat menyambut ulangtahun ke 35th perkahwinan. Semoga sihat sejahtera dan berbahagia dunia akhirat.

Empayar semakin berkembang, tentu semakin meriah

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak....
selamat mymbut u/tahun perkhwinan yg ke 35....semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekakalan....

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani..

35 tahun adalah satu waktu yang sangat panjang untuk di hargai. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan.

Alhamdulillah!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Terima kasih doakan kak ani. Semoga kita semua diberkati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Tahniah juga pada kak Werdah. 38 tahun satu jangka masa yang panjangkan!!.

Syukurlah atas kurnia Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ati,

Terima kasih, itulah juga yang kami harapkan semoga diberi kesihatan baik dan dapatlah menunaikan apa yang disuruhNYA dengan sempurna.

Semoga Ati juga bahagia selalu. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul apa yang Amie kata. Dalam menempuh hidup kesenangan, kesukaran silih berganti.

Alhamdulillah dapat bertahan juga.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Betul tu, kalau senang sentiasa tak adalah pulak trhrilnya.

Tapi nasib baik gelombang yang melanda bukan sesuatu yang menguji hati dan kasih sayang, yang lain tu kita tempoh jugaklah.

Kalau hati berubah tulah yang kita takut....

Kunang-Kunang berkata...

IbuHani,

Terima kasih atas ucapan tahniah tu.

Semoga Ibuhani juga dikurniakan Allah keberkatan dan kasih sayangnya sentiasa.

Dieyna berkata...

Salam akak.. Tahniah ye.. Semoga kekal bahagia selamanya... Ada award untuk akak di blog Dieyna, datang ye...

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Selamat ulangttahun perkahwinan-35, Semoga bahagia hingga ke syurga. Ameen.

ummu berkata...

salam kak hanim
selamat hari ulang tahun perkahwninan ke 35 tahun semoga Allah berkati rumahtangga akak dunia akhirta.
kakak apa khabar?maaf ye kak saya dah lama tak memberi komen di blog akak just lalu je.
agak sibuk dgn menjual produk di karnival mahabbah di jb kak

Zaitun berkata...

Salam kak ani...selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 35 semoga kekal bahagia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

abu muaz berkata...

tahniah, tahniah, tahniah.
35 tahaun usia perkahwinan mesti banyak sukadukanya.
kongsilah pengalaman untuk kami semua .

zulkbo berkata...

Salam Kak..
Selamat ulangtahun :)
tahniah..semoga berkekalan
hingga ke syurga..

Kunang-Kunang berkata...

CikLi


Terima kasih, itulah yang kita harapkan pada setiap perkahwinan. Kebahagian.

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

Yer betul tu, semoga sehingga ke sorga, InsyaAllah, itulah doa kami.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Terima kasih. Semoga Allah kurniakan kami kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Terima kasih atas ucapan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Terima kasih. Betul tu, 35 tahun memang satu jangka yang panjang, Alhamdulillah setiap gelombang yang datang, ditempuh bersama dengan tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dieyna,

Terima kasih.

InsyaAllah akak akan singgah di blog Dieyna nanti nak ambik award, terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih. Semoga kasih yang terjalin berkekal sehingga ke sorga. Terima kasih atas doa ros tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Terima kasih. Tak aperlah, bila free sudi2lah singgah.

Semoga Ummu berjaya dalam semua yang Ummu ceburi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai.

Terima kasih doakan akak dan abang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Terima kasih, dan terima kasih atas doa Zul pada kak ani dan abang. Yer semoga kita semua bertemu di sorga. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abu Muaz,

Terima kasih. Tak ada apa2 tip nak kekalkan perkawinan, ianya hanya rasa kasih dan sayang pada pasangan kita sentiasa di hati walau dia dalam keadaan bagaimana pun, ketika senang atau susah, ketika sakit atau sihat.

Sabar2 banyak dengan kelemahan pasangan kita walaupun kadang2 hati kita terguris.

NzA berkata...

Alhamdulillah, syukur kerana k.ani dan suami tetap bahagia hingga ke hari ini..TAHNIAH!!!!!semoga kak ani dan suami bahagia hingga ke syurga...amin....

ariana berkata...

Asmkm Kak ani..harap tak terlewat lagi..sy ucapkan Selamat menyambut ulangtahun perkawinan yang ke 35 buat akak...wow..lama tu..bukan senang..sy baru 24 tahun dah rasa lama..hihi.

Apapun sy percaya, semakin hari kasih syg kita ngan suami semakin melimpah ruah, tambahan lagi kita telah mengenali diri masing2 dan telah berkongsi susah senang sekian lama..

moga akak terus berbahagia dan dirahmati allah selalu dunia akhirat..Insyaallah.

etuza berkata...

Salam ulang tahun perkahwinan ya. Tahniah sebahagia kini..
Bersyukurlah, tahniah jg begitu murni dalam kata2 berblog. Orang dulu makan garam inilah kesantunan