Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 21 April 2012

Hati Yang Lara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.



Kapal arab melabuh sauh
 Hendak belayar ke Pulau Jambi 
Orang ku harap semakin jauh 
Rasa tak mungkin bertemu lagi

 Pasang lilin tepi perigi
 Menadah air dicelah batu 
Walau tak mungkin bertemu lagi 
Hantarlah berita pada diri ku

 Dari Jambi ke Pulau Jawa 
Hanyutkan manggis dalam perahu
 Memang kau lihat ku senyum ketawa 
Hati ku menangis tiada yang tahu


34 ulasan:

Amie berkata...

Hendak daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara,
Hendak pantun diberti pantun,
Dalam pantun ada bicara.

Dalam daun ada bidara,
Dalam pantun ada bicara,
Pantun dijual berapa harganya,
Pantun dibeli berapa nilainya?

Acik Erna berkata...

salam kak ani..aboi amie dah mulakan..pandai amie..tapi acik tak pandai la kak ani..
acik suka gambar ni cantik

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Ada kuntum di tepi peti
Kuntum berlilit tali temali
Pantun sekadar penghibur hati
Bukan untuk dijual beli

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Sebenar akak nak cuba papa pemuka yang baru ni. Kak Ani keliru dan belum faham sepenuhnya.

Dikomputer kak Ani ni semua font jadi besar, nak tunggu anak kak ani bali, suruh dia tengok. Akak bukan reti semua ni

Aishah Jahirah berkata...

adeh kak....tak reti nak menambah...cantik la gambo pemandangan tu..;)

Ibuhani berkata...

hati sedih mmg x der siapa yg tahu but Allah knows. Jgn sedih2 ye K.ani. Be happy!

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Terima kasih singgah. Gambar bulan memang syahdukan.

Kunang-Kunang berkata...

Obuhani,

Benar sekali, Allah Maha mengetahui segalanya.

Nieza berkata...

ku pandang ku tenung dengan teliti
ku nampak permandangan yg indah sekali
usahla akak berduka lara lagi
saya datang nak hiburkan hati

semoga akak ceria-ceria selalu ya:)

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Nak berpantun jugak...tapi tak idea nak tulis..hehehe..

Semoga kak ani sihat dan ceria selalu...jgn sedih2 ya kak..

Kunang-Kunang berkata...

Nieza,


Tanam selasih ditepi bendang
Peria digulai dengan pekasam
Dari jauh Nieza sudi bertandang
Menceriakan kak ani menenangkan perasaan

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Waalaikumussalam MP,

Suka2 jer kita berpantun kan.

NzA berkata...

tak pandai la nak balas pantun kak ani...apapun pantun itu indah sekali.....

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Tak aper, kita suka2 jer kan. Cuma nak menggambarkan kehalusan orang dulu2 menceritakan perasaannya, walau kabur tapi menjelaskan maksud yang rtersirat.

~Sweet Honesty~ berkata...

pandai akak berpantun..saya kalo bab2 berpantun ne,agak tepu sikit..(^_^)

gadisBunga berkata...

err...kalau nak tunggu saya karang pantun, habis tahun pun belum tentu siap walau serangkap. hihihi

Cikli berkata...

didih air nyior
sedih nyaaaa

ajak berkata...

asalam ..kak .. saya suker gambar pemandangan turr .. cantekk sesangat ..tq.

ariana berkata...

Subhanallah..maha suci Allah
Segala puji hanya bagi Allah.


Ini pantun dua kerat kak..hehe
Ambil senikata Raihan ni..:)

inazamri berkata...

pandainya akak pantun..ina mmg tak pandai pantun2 ni..hati lara ..nape kak?

Myra Jay berkata...

baca pantun ni pn rasa sedih sikit:)
kuatkan smangat dan rajin berdoa pd Ilahi. smoga hari kita mnjadi ceria

Temuk berkata...

Assalam KUNANG-KUNANG

Maaf pinjam pembayang. Berpantun tumpang-tumpang. Hati serabut semoga girang.

Kapal arab melabuh sauh
Hendak belayar ke Pulau Jambi
Walau dia pergi jauh
Seminggu lagi pasti kembali!

Pasang lilin tepi perigi
Menadah air dicelah batu
Sementara belum bertemu diri
Berita kan dihantar setiap waktu.

Dari Jambi ke Pulau Jawa
Hanyutkan manggis dalam perahu
Manakan aku tak senyum ketawa
Minggu depan kami bertemu!

sal berkata...

Assalamualaikum kak ani...mudah2an akan bertemu dn dia sentiasa ingat dan InsyaAllah ..

Kunang-Kunang berkata...

Sweetie,

Pantun sekadar suka-suka. Banyak cara kita nak menyampaikan maksud dihatikan.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Senang jer pantun nikan, mesti GB boleh tu.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Bulan tunggu Pak Ngah balik tu.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,


Minum Teh Di Pasar Payang
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Burung tempua di atas batu
Disangkut mari di pohon mengkudu
Hati orang tua memang begitu
Kejap girang kejap terkedu

Cuba-cubalah ina....

Kunang-Kunang berkata...

Myra,

Terima kasih singgah, kata orang

Dayung kolek menuju muara
Jangan sampai tersadung batu
Tak boleh diikut hati yang lara
Takdirnya sudah begitu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi

Masih teringat.....


"Hisap Rokok Tembakau Cina,
Tubik Asap Berkelung-Kelung
........................
........................"

Ubi kayu rokok malboro
see you, tomorrow

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Temuk,

Hati terkenang mulut menyebut
Nak ku lupa tak boleh lupa
Tak Nak difikir perut berserabut
Kalau difikir merana jiwa

Daun selasih silimau purut
Seronok berkelah ditepi gua
Kasih sayang pasang dan surut
Takdir Allah terimalah jua

Naik buai terasa gayat
Terbang tinggi umpama helang
Kasih disemai sepanjang hayat
Berpisah kita menyahut panggilannya

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kata orang ingatan tiada sempadan.

makchaq berkata...

Makchaq serender la... pantun-pantun ni tak dak seni..
masa sekolah selalu kena aim dengan cikgu pasai tak faham kiasan dan maksud tersirat..

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Tak aper kita suka-suka jer. Kak Ani pun bukan pandai, saja-saja.