Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 3 April 2012

Terima Kasih Daun Keladi Dieyna

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua kawan-kawan yang singgah, semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatanNYA.

Pagi ni selepas Sakinah ketempat kerja, saya terus menghadap pc ni. Semalam seharian sibuk sangat ke sana kemari. Semalam pagi-pagi lagi dah temankan Sakinah ke Puncak Alam atas urusan kerjanya. Memandangkan dia tak pernah memandu sendiri ke sana, saya temankan dia. Dia yang pandu kereta, saya jadi co-pikot jer.

Selepas sampai tempat yang dituju, tukar pemandu, saya ke rumah Zulaikha tengok Muhamad Al Falah. Alhamdulillah, berat Falah dah makin bertambah.

Selepas waktu asar Sakinah selesai urusannya, kami balik ke Shah Alam. Jadi seharianlah tak menjengok blog ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan mengucapkan ucapan tahniah di atas aniversari perkahwinan saya. Doa kawan-kawan semua saya sangat hargai. Semoga hidup kita semua berbahagia bersama keluarga sehingga kita dipanggil pulang.

Tadi ketika membaca ulasan dari kawan-kawan saya dapati Dieyna telah menjemput saya mengambil award di blognya. Terima kasih Dieyna atas ingatan dan pemberian award tu.




Singgah blog kawan-kawan untuk mengetahui kisah dan berita suka duka yang dibawa. Semoga ukhwah terus terjalin antara kita.

36 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Saya pun dapat award tu;)

Kakzakie berkata...

Alahai Kak Ani... kakak tertinggal N3 lepas tapi tetap nak wish juga. Moga mendapat limpahan rahmat dariNya selama di dunia dan akhirat hendaknya. 35 tahun bukan masa yg singkat... Tahniah dari kakak.

Sambil hantar Sakinah dapat juga tengok hero comel yg kian membesar. Baby memang cepat besar kan Kak. 2-3 minggu pun dah lain...

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Semoga Kak Ani dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera semuanya.

kakcik berkata...

Sebenarnya saya juga terlepas catatan Kak Ani yang sebelum ini. Apa2pun saya turut mendoakan agar bahtera rumahtangga Kak Ani tetap di laluan yang tenang hingga ke destinasi terakhirnya. Amin.

Pok Amai-Amai berkata...

Comelnya award tu. Heheheheh. Eh? Dah 35 thn usia perkahwinan Cik Ani dgn hubby? Tahniah! Sy doakan agar dipanjangkan lagi usia tu. Kekal berbahagia bersama keluarga hendaknya.

=D

Kamsiah berkata...

kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim,kan...

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..//betul kata kamsiah..tu sebab saya akan sentiasa luangkan masa..cuma bila lappy rosak tak boleh nak buat apa..

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

Tahniah Aine, kunjungan yang dibuat atas dasar mengeratkan hubungan silatulrahim.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak zakie,

Terima kasih atas ucapan kak zakie tu. Tak mengapalah, nak buat macam mana, kita ni gitulah ada kala terlepas pandang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakcik.

Akak faham, tak apalah kakcik.
Terima kasih atas ucapan kak cik. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Terima kasih atas ucapan Fara. Tulah dah bercucu pun. Semoga Fara pun bahagia selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Betul tu, kunjung mengunjungi apabila kita mampu dan ada peluang dan ruan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Akak faham, memanglahkan kita ni walaupun tak kenal secara fizikalnya, tapi hati dah terikat.

Ros berkata...

Assalamualaikum Kunang-kunang,

Wah...dapat Award...tahniah ya Kunang-kunang...

NzA berkata...

trkadang kesibukkan membataskan kita untuk mengadap lappy....

Dieyna berkata...

Terlepas entri ini.. terima kasih atas penghargaan ini... Pemberian Dieyna tak seberapa berbanding kunjungan akak ke blog ana.

sal berkata...

Moga ukhuwwah bertaut erat...amin..

etuza berkata...

Alhamdulillah.
Inilah cara kendalikan blog ya. duduk 24 jam depan pc x boleh tu. Urusan yang realiti kena buat. Petang dan malam, serta time cuti kita ada masa kat blog ya..

Ibuhani berkata...

saya sibuk cm mana pun jenguk at least 2-3 hr 1x blog kawan2 cuma kdg2 x smpt nk comment. Mana yg sempat jer saya komen.

LYAfrina berkata...

sama la..lya pon dapat gak :-)

sis intan berkata...

Salam Kak Ani, selamat ulangtahun. Moga bahagia ke akhir hayat :)

che mid berkata...

Salam rindu kak... lama tak jenguk. Tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan. Pejam celik dah 35 tahun ya...

kakchik@ella berkata...

Asalamualaikum Kak Ani. Ella nak bagitau Ella suka sgt lagu lama kat blog Akak ni. nostalgia giteww. hehehe.

ieja amieja berkata...

salam kak ani..
lama x singgah cni..masih belum terlambat nak wish akk..selamat annebeseri..semoga ikatan kasih sayang bertambah erat hdknya...

Kunang-Kunang berkata...

Dieyna,

Sebuah ingatan dari kawan-kawan adalah sangat berharga ikatan persahabatan.

Kunang-Kunang berkata...

Ros,

Terima kasih, tanda ikatan sebuah hubungan yang terjalin.

Kunang-Kunang berkata...

NXA,

Begitu juga dengan kak ani, kadang2 tu berhari tak dapat langsung onkan pc apa lagi nak berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Itulah harapan kita, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Kadang2 bila kita dah mula singgah dari sebuah blog kawan ke sebuah blog, hati rasa terhibur dapat singgah dan baca apa cerita kawan-kawan blogger setiap hari kan.

Kunang-Kunang berkata...

Etuza,

Betul tu tuntutan keperluan di alam nyata mesti diberi keutamaan. Bila kelapangan dan ada masa terluang kita singgah di blog kawan-kawan.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Kak ani juga kadang hanya sempat menjengok dan baca tapi tak sempat nak meninggalkan apa-apa catatan.

Apa pun mencuba juga untuk singgah.

Kunang-Kunang berkata...

LYA,

Baguslah tu tanda sebuah penghargaan dari kawan blogger.

Kunang-Kunang berkata...

Intan,

Terima kasih. Lama tak singgah menyinggah kita.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Memang hati selalu juga teringat, rasanya dah lama tak baca cerita Che Mid selepas Che Mid beritahu berpindah balik ke sini.

Nanti kak ani singgah blog Che Mid yer.

Kunang-Kunang berkata...

KakChik,

Lagu tu, kak ani masih ingat, DLyod ni ketika kak ani masih muda remaja lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Terima kasih atas ucapan. Singgahlah bila lapang yer.