Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 25 April 2012

Sayang Pada Ku



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga dihari Rabu yang baik ini hidup kita akan sentiasa diberkatiNYA.

Sejak akhir-akhir ni seawal 7.30 pagi selepas Sakinah bergerak ke tempat kerjanya saya dah siap tercongok depan tv.  Sebenarnya setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat di Tv Oasis (106) selalu disiarkan siaran ulangan slot drama Dilema Wanita (DW).

Saya tahu ini drama lama memandangkan kebanyakan dari pelakon-pelakon yang melakukan watak-watak dalam cerita tersebut semuanya masih muda belia. Begitu juga dengan Dato' Dr. Fadhilah Kamsiah yang memberi komennya selepas selesai setiap episod drama berkenaan yang masih lagi hitam rambutnya.

Saya seronok tengok slot DW ni memandangkan banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah-kisah yang dipaparkan dan begitu juga dengan komen-komen yang diberikan oleh Dato' Dr. Fadhilah Kamsiah diakhir cerita.

Mungkin kerana hampir setiap pagi saya menonton DW dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi saya tertarik dengan lagu latar drama berkenaan. Saya search di youtube, "wah rajin kak ani ni yer,", begitulah saya kalau dah berkenan sesuatu benda.

Hasil pencarian saya, saya temui ini. Jom kita dengar lagunya yang menyentuh nurani saya kemungkinan sahabat juga.







Duka derita duka laraku di dunia
 Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
 Sesakit apapun yg kurasakan dalam hidupku
 Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku 


Andaikan dunia mengusir aku dari buminya 
Tak akan aku merintih juga tak akan aku menangis 
Ketidakadilan yg ditimpakan oleh manusia 
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya


Asalkan kerana itu Tuhan menjadi sayang padaku
 Segala kehendak-NYA menjadi syurga bagi cintaku
 Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti 
Tetapi pandangan Allah...Tuhanku yg kutakuti. 
Ada tiadaku semata-mata milik-NYA jua


Pengajaran saya dapat dari lagu ini ialah apa saja yang kita lakukan, ianya hendaklah demi mendapat keredhaan Allah bukannya kepada manusia sekeliling kita.


26 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

semoga hidup kita tidak sentiasa dalam dilema hendaknya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

InsyaAllah, mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidup kita, anal-anak kita serta seluruh keturunan kita.

Kakzakie berkata...

Mesti bagus program itu ye Kak Ani. Mendayu-dayu lagunya sayu aje dengar...

Zaitun berkata...

Salam kak ani..

Owh..rupanya sama rutin kita, mengadap tv dan rancangan yang ditonoton juga sama.

Banyak pengajaran yang kita dapat bila menonton DW ini.

Qhaifa Nur berkata...

salam,

ujian dalam hidup pasti ada jua..moga kita semua tabah menghadapinya..

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Tapi tulah kalau orang bekerja tak dapatlah nak tengok cerita DW ni. Ada juga sesekali ditayangkan waktu malam tapi tak ingat hari apa dan pukul berapa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Itulah yang kak ani suka tengok, kesian sebenarnya wanita ni banyak masalahnya.

Yang baik tu kita ikutlah yang tak baik tu kita jadikan sempadan kata orang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Kata orang masalah dan ujian itulah yang membuat hidup kita lebih bermakna. Semoga Allah tabahkan hati kita dan mereka yang diuji.

NzA berkata...

setiap hari adalah ujian...kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan,kekayaan n segala2nya adalah ujian buat kita...semoga kita xterus leka n lalai dgn duniawi....InsyaAllah....

sal berkata...

tersentuh hati menjiwai liriknya..

Queenie berkata...

Salam Kak Ani...

boleh dikatakan saya memang tak berkesempatan menonton sebelah pagi...terimakasih perkongsian ini, moga kita semua selamat dalam lindunganNya ya.....

Cikli berkata...

dilema memang mengkeluh-kesahkan. ditelan mati emak, dikehek mati bapak.

LYAfrina berkata...

setiap org diuji dgn ujian y berbeza.. cuma sbg hampanya..kt msti ikhlas n redha mnerimanya...

ujian dtg dlm pelbagai cara.. org kaya di uji dgn kekayaan..org miskin diuji dgn kesusahan..dan.. mcm2 lagi

etuza berkata...

asalamualaikum ya KK. Seharus ambil iktibar dan apply mana2 yang baik. Kekadang DW tu seram nak tengok kisah penyeksaan wanita, ada jg wanita zalimi suami..pro kontra ada..

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Cara kita nak menangani sesuatu masalah dan dugaan tu yang mustahak. Hendalah menanganinya dengan bijak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Queenie,

Kak ani pun sebelah pagi ni sebelum memulakan jadual lain, duduklah kejap tengok tv.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kak Ani juga tersentuh mendengar lagu2 sufi macam ni. Seolah-olah menjadi motivasi juga.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi.

Dah lumrah hidupkan. Mana kita nak lari, hanya mohon Allah kuatkan jiwa raga kita menghadapi semua keluh kesah yang datang.

Kunang-Kunang berkata...

LYa,

Allah dah kata semua orang2 yang beriman akan diuji kekuatan imannya.

Kunang-Kunang berkata...

Etuza,

Betul tu yang baik kita ambik yang tak baik kita buang jauh-jauh.

Lumrah hidup begitulahkan.

makchaq berkata...

Bila tengok apa yang orang lain alami dan tempuhi...
terasa syukur/insaf

~::Chenta::~ berkata...

thanks kak
=)

Maya Mayana berkata...

semoga Allah memandu hidup kita ke jalan yg lebih baik...

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Betul tu, kalau kita fikir kurang dan buruk kita jer, payahlah kita nak rasa syukur dengan apa yang ada pada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Chenta,

Terima kasih singgah. Ada masa terluang singgahlah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Maya,

InsyaAllah, DIA akan sentiasa memandu kita kejalan yang lurus, mudah2an.