Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 24 April 2012

Cattleya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.

Kebetulan di rumah saya sekarang ada pasu-pasu bunga orkid callteya yang sedang berkuntum kembang.  Jadi saya pastekan kat sini gambar-gambarnya untuk cuci mata, kata orang. Sayangnya memandang saya dah tak berapa nak kisah tentang orkid-orkid ni, saya dah hampir terlupa sesetengah namanya.







Cattleya putih ni harum baunya, pada mulanya kembang 3 kuntum, tapi tak tau apa sebabnya, satu kuntum dan layu dulu.





Dua cattleya ini adalah jenis yang berbeza, cuma warnanya sangat hampir sama.



46 ulasan:

che mid berkata...

Waalaikumsalam kak.. wah berseri-seri la rumah akak sekarang ni ya.. adunan warna putih, ungu kuning dll.. tentu tuan rumah tersenyum lebar melihat bunga berkembang di laman...

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Memang seronok hati tukang kebun bila pokok2 bunga yang ditanamnya berbunga dan kembang.

Semoga Che Mid sekeluarga sihat yer.

ainnoraini berkata...

kakani rmh saya tak de pun tanam pokok yg ada bunga semuanya jenis yg berdaun jer...suka tengok la bunga tu semuanya cantik...

Acik Erna berkata...

wkmsallam kak ani..cantiknya bunga..mesti ka ani belai tu ..sebab sentiasa berbunga.

Zaitun berkata...

Salam kak ani.

Cantik2nya bunga orkid kak ani.

Saya punya jenis cattleya tak mahu berbunga banyak2,adalah 3 ke 4 kuntum aje.

mselim3 berkata...

Cantik2 lah orkid nie kan.....tp sayang saya hanya pandai tgk x pandai menjaga orkid,,,orkid nie cerewet penjagaannya...hanya INSAN BERJIWA SENI aje boleh menanam....

wassalam....

pls: satu hari nanti saya nk juga berjaya tanam orkid mcm akak...insaallah.,,,

Cikli berkata...

comel dan cantik

Kamsiah berkata...

salam
cattleya ni baunya wangi ,kan..lembut ja baunya

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Cantik tenang melihatnya

Nina K's Luviee berkata...

cutenyer blog...jom follow my blog,i will follow yours http://nina-wns.blogspot.com/

Kakzakie berkata...

Alahai Kak Ani... kakak dapat tengok jadilah. Kakak sebenarnya memang penggemar orkid no. 1 tapi tanam selalu bunga yg keluar secoet aje. malu-malu tak macam kak Ani punya memang buat mata kakak terus cerah, hati suka walau dlm hati "bestnya kalau bunga aku macam ini"...

ajak berkata...

asalam ... wahhhh cantekkk bunga turrr ...

Sherwieyna Muzzawer berkata...

salam kenal. cantiknye bunga-bunga tu suka tengok. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

kakchik@ella berkata...

Salam kak ani. Canteknya orkid. Susah ke senang menjaganya kak?

Aju Mohit berkata...

subhanllah cantik semua orkid ni kak, kalau kene gayanya boleh tahan lama bunganya ye kak? kalau kene kat saya sure dia melentuk je hhehehehhe

aby berkata...

salam k hanim ..
cantik bunga2 tu ..
terasa mcm nak tanam okid pula ..

Aishah Jahirah berkata...

cantiknya.....saya suka tgk orkid, tp nak tanam n jaga xsuka..hahaa

inazamri berkata...

wah cantik2 orkid ni.Baru ina tau harga orkid rupanye mahal..selama ni tak penah amik tau tp bila tgk blog akak yg minat orkid ni baru la ina tanya kat nursery...sekali dgr harganya..mak oiii..xjd beli hihihi.Tp niat ttp ada ..beli satu pun jadilah nnt.

LYAfrina berkata...

comel sgt pokok2 orkid ni..kalo mama lya tgk, msti dia geram ni..sbb mama lya pon pminat orkid

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Satu yg kak ani belajar dari tanam orkid ni, kena sabar menunggu dia berbunga. Bila dah berbunga seronoknya. Sebab bila dia habis berbunga tak tau bila dia akan berbunga balik.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Dulu masa kak ani sihat. Akak memang ikut jagaan seperti yg kawan2 orkid ajar. Spray baja daun, spray baja bunga 3 kali seminggu. Siram pulak sebelum matahari panas terik sebelah paginya dan sebelah ptgnya siram bila dah teduh. Kalau sdg matahari panas nanti pokok tu melecur.

Itu dulu. Sekarang main belasah jer. Mungkin pokok dah matang tu yg rajin jugak berbunga. Satu jer kak ani tak perna spray racun perosak. Bimbang merbahaya.

Kunang-Kunang berkata...

Zai.

Kak ani sebenarnya memang gilakan cattleya satu ketika dulu. Sanggup pegi kebun orkid di serdang lama dgn kawan2 utk membelinya. Jadi kiranya macam2 jenis cattleya yg kak ani ada. Masalahnya samalah dgn zai kata, cattleya memang kedekut berbunga. Tapi dek kerana ada lebih kurang 20 pasu, tu ada sajer yg berbunga bergilir2.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara mselim,

Dulupun kak ani fikir macam tu jugak. Tapi kerana minat, akak join forum orkid dan jadi member kelab orkid, jadi ikutlah sikit2 nasihat org yg tau. Satu lagi kena sabar menunggu dia berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Cattleya yg unggu dan putih tu wangi. Begitu juga dgn yg putih tu. Yg orange tu dua2 tak berbau.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sdra Abd Razak,

Alhamdulillah akak sihat semoga Abd Razak pun begitu juga.

Begitulah ciptaan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Nina,

Terima kasih singgah dan follow. I will follow you yer

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Jangan putus asa. Teruskan. Rajin2 siram dan baja. Kalau jenis dendrobium pastikan kena panas matahari. Kalau cattleya ni biar tempat redup sikit, tapi kena matahsri juga. Lepas tu bercakap2lah sikit suruh dia berbunga. Beritahu pokok tu kalau tak berbunga, kakzakie nak buang dia. Ugut jer jangan buang betul. He he cubalah ramai member orkid.buai gitu. Mana taukan.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Terima kasih sukakan bunga kak ani tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sherwieyna,

Terima kasih singgah. Don't worry I will follow you too.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ella,

Kak ani pun tak berapa tahu sebenarnya selain dari siram dan baja, aka sabar tunggu dia berbunya sebab orkid memang jenis lambat berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Alhamdulillah anugerah Allah. Bunga orkid memang tahan lama. Puaslah kiranya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Kalau wak perasan banyak pasu yg tak berbunga dari berbunga. Tapi kira yg berbunga ni penghibur jugalah.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

He he nak bunga tak nak jaga, beli kat kedai bunga.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Tak keterlaluan kalau kak ani kata masa gila orkid dulu, setiap kali ke kebun orkid (kat ani jarang beli di nurseri sebab harganya lebih mahal) habis jugalah minimum rm100. Nasib baik husband kak ani tak pernah larang. Dia jarang ikut ke kebun orkid, cuma dia beri duit., hehe

Sekarang kak ani control diri dari beli. Semai dari anak orkid yg sedia ada.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Rumah mama lya mesti banyak pokok orkid agaknya. Bercerita tentang orkid dgn org yg sama minat seronok.

NzA berkata...

cantik berseri bunga2 orkid kak ani..ni mesti sntiasa dibelai tuannya.....

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Belai tu sikit. Tapi siram dan baja yg kena istigamah. He he

makchaq berkata...

Cantiknya... Bunga2 ni boleh jadi terapi minda dan jiwa

Makchaq tanam serai, lengkuas, kunyit, cabai macam tu ja... Tu pun pasai malas nak pi kedai, nak guna sikit2 ambik kat depan rumah

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Bunga2 ni boleh dapatkan auranya jika kita campur dgn air mandian.

Kak ani tanah tak besar, ada juga tanam limau purut dah berbuah pun dan daun pandan. Bagus makchaq boleh tanam tanam-tanaman tu. Akak nak cuba juga tanam kunyit dlm pasu.

Ayu berkata...

Assalamualaikum puan KK...

subhanallah..lawa..ayu suka orkid sgt2...
salam ziarah puan..moga puan siht slalu bersma kluarga tercintaa

Nieza berkata...

cantiknya bunga...suka saya tgk kak..especially bunga orkid tu:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ayu,

Terima kasih singgah blog kak ani ni dan salam kenal yer.

Alhamdulillah kak ani sekeluarga diberi Allah kesihatan yang baik semoga Ayu dan keluarga juga begitu yer,

Menanam bunga2 termasuk orkid sebagai mengisi masa lapang.

Kunang-Kunang berkata...

Nieza,

Terima kasih. Inilah hobi kak ani selain mendalami ilmu2 untuk bekalan di sana nanti.

Seronok juga bila ada yang kembang. Pokok2 orkid ni dah lama ditanam.

Temuk berkata...

Assalamualaikum KK
Alahai.... cantik-cantiknya orkid KK tu. Hehehe, kalau nak cuti menjaganya, saya boleh ambilalih. Yang berwarna putih tu amatlah memikat hati, belum lagi menghidu keharumannya!

etuza berkata...

sungguh jelas dan terang nyata keajaiban hebatnya KuasaNya menciptakkan bunga2 ini. Cantik bak baldu..