Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 17 April 2012

Kepenatan Dan Tidak Sihat




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah.

Dah dua hari saya tak sihat. Malam tadi jumpa doktor sebab demam, sakit kepala dan selsema yang teruk. Hari ni masih terasa tidak sihat.

Saya tahu punca tidak sihat kerana kepenatan. Semenjak hari Khamis, saya dan suami kehulu ke hilir urusan adik beradik ipar saya. Saya ke Dengkel nak jumpa adik lelakinya Awang yang datang hari Jumaat nak jumpa Ta yang kebetulan operated hari Jumaat. Alhamdulillah Ta dapat anak lelaki. Jadi 3 oranglah heronya dan seorang heroin. T terus tutup kedai kerana dah 3 kali bersalin secara pembedahan.

Malam Jumaat tu, baru balik ke rumah di Shah Alam. Sabtunya pagi-pagi lagi ke hospital melawat Ta. Lepas tu sekali lagi ke rumah Da di Dengkel untuk jumpa Ton yang turun lagi di Genting.

Hari Ahad pun, banyak ke sana kemari, hal Salam, hal Sakinah dan last sekali selepas hantar Salam ke UIA di gombak, kami terus ke rumah anak saudara suami di Beranang kerana kakak ipar yang sulung ada di situ dan akan balik ke dungun hari malam Ahad tu juga.

Huuh, jauhnya perjalanan, tak tau berapa lebuhraya yang saya jumpa dari gombak ke Beranang. Hujan lagi. Bila balik jam dah 10 malam lebih, penatnya, saya tidur sepanjang perjalanan.

Semalam demam dan sakit kepala. Tapi tak apalah kerana semua hajat suami nak jumpa adik beradiknya tercapai. Alhamdulillah.

Begitulah kehidupan kita bila berkeluarga, ada ketika tak tertanggung kepenatan, tapi demi semua, redah jerlah.

26 ulasan:

Kakzakie berkata...

Memang penat Kak Ani... kakak bayangkan kalau ukur beribu KM dah.. yg driving lagilah mesti penatnya sebab tak boleh lelap mata masa driving...

Rehatlah seketika Kak Ani. Lagi sekarang ramai yg kena batuk-selema macam musim pun ye...

Acik Erna berkata...

salam kak ani..dah jumpa semua..kak ani rehat ye..semoga kak ani cepat sembuh

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Subhanallah, cantiknya pemandangan itu. Kalau saya dalam kereta pun, harus saya rakam gambar begitu.

Begitulah kehidupan kita. Seboleh mungkin semua hendak kita uruskan walaupun badan sudah tidak kuat. Saya biasa melalui keadaan begitu. Mudah2an Allah SWT merahmati kita dengan limpah kasihNya.

~Sweet Honesty~ berkata...

moga aka cepat sembuh ye.. Subahanalah...lukisan Allah ne sangat cantik..

Syira Qahira berkata...

salam...


memang penat kalau rehat tidak menentu :)

Aine Ainun berkata...

Berehatlah...semoga cpat sembuh ye kak;)

fatmasha berkata...

kene rehat cukup2 n moga cepat sembuh...

sis intan berkata...

Salam Kak Ani, jaga kesihatan diri ye.

inazamri berkata...

cantiknya gamabr labgit tu kak.Harap akak cepat sihat..bykkan rehat ok

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak ani:)

Banyak2 rest kak..
Moga cepat sembuh nanti..

MulutPayau berkata...

rehat ya kak ani...

semoga cepat sembuh....

ariana berkata...

mmg penat kalau naik kereta lama2 ni..sakit badan tu plk boleh buat kita demam plk..tp, ye lah..demi suami kita rasa mcm satu tanggungjwb juga, lagipun rasa puas hati bila dpt memenuhi hasrat hatinya kan..sy pun biasa temankan hubby kesana sini..Bila waktu malam siap tlg drive..sbb dia mudah mengantuk kak..:)

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Tulah, hari ni rasa lega sikit tapi tekak masih sakit.

Apa nak buat demi kebahagian bersamakan. Orang yang memandu tu memang penat tapi hasrat mengatasi segalanya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik.

Kak Ani pun macam tu juga, tapi kalau rembang2 maghrib tu cuak juga nak ambik gambar. Manalah tau ada benda lain pulak posing.

Wantu senja memang cantik.

Kunang-Kunang berkata...

Sweeti,

Terima kasih atas doa sweetie pada saya tu.

Kunang-Kunang berkata...

Syira,

Betul tu, tapi memandangkan hasrat yang kuat, digagahkan juga.

Dengan umur yang dah larut ni memang tak larat nak berjalan jauh sekarang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun,

Terima kasih. Tapi kalau tahan sikit bila mengadap pc ni lupa kejap sakit.

Kunang-Kunang berkata...

Masha,

Terima kasih atas doa.

Terima kasih singgah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Intan,

Beginilah orang dah lama ni. Tak boleh kerja lebih. Badan tunjuk perasaanlah.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

memang cantik ciptaan Allah kan. Kita seolah melihat satu lukisan.

Kunang-Kunang berkata...

Sis Tinie,

Terima kasih, Alhamdulillah hari ni rasa lega sikit ni.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih doakan kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Samalah macam hasben akak jugak, semenjak dia pencen ni dia dah tak larat nak memandu, cepat mengantuk.

Tulah sebabnya kalau balik ke Terengganu kak ani mesti transit di Kuantan satu malam. Jalan ke Tanjung Lumpur, makan makanan laut, makan kuih yang lebih kurang kuih terengganu. Esoknya baru mulakan balik perjalanan ke Terengganu.

Masa balik pun macam tu, rehat dulu rumah adik dalam 3,4 jam baru mulakan perjalanan ke SA. Selalunya kalau balik ke Terengganu akak bermalam d hotel jer, tak nak susahkan adik.

Bab memandu, kadang2 akak yang banyak memandu dari abang. Sekarang dah mampu dah memandu jauh2.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Maaf, terlepas pula respon pada ulasan Acik Erna, sekarang ni Alhamdulillah, rasa adalah kurangnya walaupun badan masih terasa letih.

Cik FaRiZaM berkata...

salam singgah n baca sini :D

Ibuhani berkata...

penat sgt tu.....smoga cpt sembuh!