Halaman

Jumaat, 13 April 2012

Kelebihan Membaca al-Mathurat.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah. Di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi tentang kelebihan bila kita membaca Al-Mathurat. Mesti ramai antara kita dah selalu mengamalkannya di waktu petang dan diwaktu pagi.

“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Di dalam al-Mathurat ada himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa daripada Nabi Muhammad S.A.W dan banyak fadilat dan kelebihannya bagi sesiapa yang membacanya selepas subuh dan selepas asar/magrib. Kelebihannya adalah seperti berikut :

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.



Kredit pada: abubasyer

23 ulasan:

  1. Banyak fadhilat membaca ma'thurat ini ye kak ani. Tempat kakak sekarang kalau ada majlis kenduri tahlil dah ramai yg hadiahkan kepada yg hadir dgn ma'thurat ini. Kami juga baca beramai-ramai agar anak-anak dapat ikut sama...

    BalasPadam
  2. Kakzakie,

    Betul tu, kak ani pun selalunya amalkan selepas sholat maghrib dan selepas sholat subuh, bila waktu subuh awal, kalau waktu subuh lambat jam 6 lebih baru subuh tak sempatlah sebab dan sediakan breakfast.

    Mudah2an Allah lindungi kita dari syetan dengan mengamalnya.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Ani

    Semoga beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

    Ya Ani, Banyak manfaat daripada amalan membaca al-Ma'thurat ni kerana dalamnya terangkum banyak doa buat kita.

    Semoga kita istiqamah beramal dengannya.. amiin

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ani ..

    Alhamdulillah.. Terima Kasih kerana tidak pernah jemu berkongsi kebaikan...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini kak, insya Allah saya Akan mengamalkannya, baru tau fadhilat Dan kelebihannya

    BalasPadam
  6. Rupa2nya dalam komputer Kat office ni adalah kak, terus saya on kan ;)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah dpt maklumat yg bernas...T.Kasih dan akan diamalkan selalau.

    BalasPadam
  8. assalam kak ani..

    banyaknya zat dlm zikir2 tu kan kak..lihat saja ganjaran yg Allah berikan ..nak x nak aje kita amalkan..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...mudah-mudahan kita dpt amalkan. tq sharing kak:)

    BalasPadam
  10. Salam kak ani...semoga kita mengamalkanya selalu.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum my dear sis Ani:)

    Moga akak sihat2 di sana yaa..:)
    Alhamdulillah...sempat downloadnya ..
    InsyaAllah...sama2 kita amalkan..
    :)

    tksh yaa kak berkongsi ilmu yang manfaat:)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Usrah IM memang selalu menggalakkan pembacaan Mathurat. Tapi IM selalu baca Mathurat Sugra je...

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam Kak Werdah,

    Saya Alhamdulillah. Semoga akak sihat.

    Betul tu kak werdah, kita ambik sedikit masa untuk mengamalkannya diwaktu pagi dan petang.

    Banyak doa2 yang baik di dalamnya.

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam Kakya.

    Sebenarnya memang ramai orang yang mengamalkan bacaan mathurat ni. Akak sekadar berkongsi untuk mengingatkan diri sendiri dan jika ianya memberi manfaat pada kawan2, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  16. Aju,

    Akak ni pulak jenis, kalau dengar saja tanpa melihat ayat2nya rasa tak puas hati, sebab takut tak betul tajwid dan makhrajnya.

    Jadi kalau dengar elok tengok sekali ayat2nya tu.

    BalasPadam
  17. PCL,

    Alhamdulillah ianya sekadar mengingat semula apa yang telah kita tahu.

    BalasPadam
  18. Waalaikumussala Ieja,

    Yerlah kan. Allah sangat sayang dan kasih akan umat2nya dan selalu menyediakan ganjaran pada yang sentiasa beramal dan mengingatiNYA.

    BalasPadam
  19. Nieza,

    Sesuatu yang baik, sama2lah kita mengamalkannya semoga kita mendapat manfaat dan ganjaran sebagaimana janji Allah pada hambanya yang sentiasa mengingati DIA.

    BalasPadam
  20. Waalaikumussalam Zai,

    Semoga segala bacaan ayat2 alquran dan doa2 yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. tu menjadikan kita lebih dekat kepada Allah.

    BalasPadam
  21. Waalaikumussalam Sis Tinie,

    Alhamdulillah akak sihat semoga Sis Tinie sekeluarga juga sihat.

    Semoga kita semua mendapat pahala dan ganjaran yang Allah janjikan kepada kita.

    BalasPadam
  22. IM,

    Tak aperlah baca sughra dulu, lama2 bila ada masa kelapangan yang lebih cuba baca yang Kubra pulak.

    Semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita yang mengamalkan bacaan ini.

    BalasPadam
  23. Alhamdullilah. Jumpe pun catitan kelebihan al-Mathurat. Mohon share di page & blog saya ye, utk dikongsikan dgn kawan2....:-)

    BalasPadam