Tiba didepan pintu rumah ketika balik dari rumah anak saya di Puncak Alam semalam, waktu dah hampir nak maghrib. Kami terburu-buru keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Tiba-tiba...
"Ni, bunga melur awak kembang ker", tanya suami saya.
"Tak ada rasanya", jawab saya pendek
"Bau aper wangi sangat ni.."
"Hah, bunga tu agaknya", jawab saya saya menuding jari pada bunga Jasmin Belanda milik jiran saya.
Kesian jiran saya ni, dia yang menanam pokok ni, rimbunnya bukan main. Sayangnya bila berbunga, pokok yang disebelah rumah saya yang akan berbunga. Sebelah rumah dia hanya daun yang lebat.
Dia pernah beritahu saya. "Sorilah Ani pokok tu masuk rumah you"
Saya jawab, "pokok!! bukannya dia reti, dah kita syare tiang rumah"
Dia kata lagi "you potonglah Ni kalau you rasa semak yer!!"
Jawab saya, "tak aperlah, saya pun suka bunga, bila bunganya habis baru I potong."
Itu janji saya beberapa tahun lalu. Saya pegang janji itu hingga sekarang. Walaupun ada kalanya bila musim berbunga, pokok bunga saya yang berada dalam pasu dibawah lindungannya, layu tak dapat cahaya matahari. Nak potong saya sayang,
Ketika ini pokok tu lebat berbunga lagi. Tak aperlah dia mencantikkan juga persekitaran rumah saya disamping menghidu baunya yang harum semerbak terutama di kala senja....
Hidup berjiran kenalah bertolak ansur, sabar dan saling hormat menghormati, apa lagi dah berpuluh tahun tinggal berjiran dari anak kecik hingga masing-masing dah dapat cucu".
28 ulasan:
salam dari Saigon.
berjiran dgn orang tanam bunga, tumpang cantik dan bau harumnya.
berjiran dgn orang buat belacan, dapat bau belacan. kan !
Betul tu Kak Ani, hidup berjiran kena banyakkan sikap tolak ansur. Jangan pula kita tolak jiran tu supaya beransur-ansur pindah semata2 kerana tiada sefahaman. :)
Assalamualaikum Puan Ani..
Kakya sangat suka bunga ni Dan bunga kerak nasi..
Sangat2 suka dengan keharumannya. :)
Pokok bunga ini memang jenis merembak Kak Ani. Rumah kakak tak boleh tanam sebab halaman tak ada. Cina depan rumah kakak ada tanam - cantik.
Pokok ini pun pandai pulak pilih berbunga yg mengadap rumah kak ani ye hihi...
Asalam..
Entry disudahi dengan hikmah berjiran. Sangat baik, bunga tu cantik2. Pemilik blog ni memng suka bunga. Syukran menghargai nikmatNya.
Assalamualaikum Kak Ani...
Moga kakak sihat hendaknya..
Hak tetangga kita perlu jaga. Kalau boleh saya pun tanam bunga jenis tu kat rumah..:)
slm kenal..
damainya.. dpt hidu bauan dr alam sekitar.. suka sgt.. natural..:)
begitulah yek, klau namanya jiran memang kena tolak ansur..kdg kita buat mcm saudara sendiri..
cantik pulak bunganya..
Kat rumah saya tanam pokok yg berdaun jer...kalau yg ada bunga tu mcm tak mau jer hidupnya...
Mesti rasa segar jerkan bau bunga ni..
Cantik! X potong pun x per tu....buat penyeri rumah. Adat berjiran cam tulah....bertolak ansur!
Waalaikumussalam Tuan Haji Lavendari,
Betul tu, kata-kata Rasulullah s.a.w.
"kalau kita berkawa dengan penjual minyak wangi, wanginya tu akan melekat pada kita" dan kalau "kita berkawan dengan tukang besi, tidak terbakar pun, paling tidak baju kita terpecik api."
Kakcik,
Siksa hidup kita rasanya kalau kita tidak berbaik2 dengan jiran, maklumlah kita nak duduk lama di rumah kita tu.
Waalaikumussalam Deru Ombak,
Kakya, izinkan kak ani menggunakan nama tu yer.
Dulu masa kecik2 kak ani memang suka tengok rumah orang ada tanam bunga, masa tu rumah kak ani mak tak pernah tanam bunga sebab rumah tak berpagar maklumlah rumah kampong, nanti kambing atau lembu akan makan pokok2 tu.
Jadi bila dah kawin, dari semenjak menyewa rumah lagi akak suka tanam bunga sehinggalah ada rumah sendiri. Ada 2 pasu pokok buluh taiwan seusia dengan arwah anak no.2. Sehingga sekarang masih segar bugar dalam pasu. Pokok tu memang panjang hayatnya.
Kakzakie,
Betul tu, dia ni merebak boleh naik atas bumbung, tapi rasanya mungkin jiran akak ni jaga perkembangan pokok ni jangan sampai naik ke bumbung porch/rumah, takut binatang tak diingini pulak menumpang.
Waalaikumussalam Etuza
Betul tu, agama kita pun menyuruhkan kita menjaga hati jiran. Jadi untuk hidup yang aman, hati jiran2 kenalah dijaga.
Jiranlah orang yang akan mula2 tiba jika apa2 terjadi pada kita sebelum saudara mara kita sampai.
Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,
Akak sihat. Terima kasih selalu doakan kesihatan kak ani. Akak harap Abd Razak pun sihat juga.
Alhamdulillah kejiranan di taman perumahan kak ani ni semua baik, apa lagi dengan khariah masjidnya.
Tapi itulah bila kita nak jiran kita baik terhadap kita kita juga kena baik pada mereka.
Mama, Yana,
Salam kenal juga dari kak ani. Terima kasih singgah.
Persekitaran yang bersih dan wangi mendamaikan jiwa kita.
Sal,
Betul tu, tolak ansur sangat mustahak. Kadang2 nak parking kereta pun kena fikir boleh ker jiran kita keluar nanti.
Ain,
Pokok2 berdaun hijau pun cantik bila dijadikan perhiasan lamankan. Akak suka semua.
Alhamdulillahlah pulak akak rasi pulak dengan pokok2 berbunga atau hijau.
Ibuhani,
Dari pembacaan saya di N3 Ibuhani saya perhatikan Ibuhani pun suka menanam2 pokok2 bunga.
Yerlah kan dimana kita tinggal kita dah jadikan disitulah kampong kita. Hidup mati kita jiran tulah saudara mara kita. Walaupun kita hidup di bandar.
Assalamu'alaikum Ani
semoga sihat ya.
Wangi bunga tu..boleh tumpang ambil baunya kan.
Betul Ani berjiran perlu ada semua sifat yang Ani tuliskan tu.. supaya aman dan selesa hidup berjiran.
hidup berjiran memang kena pandai, sabar dan bertolak ansur..
Dlm ramai2 jiran..bermacam dah sy jumpa..ada yg sgt baik hati, sampai kita ingat kebaikannya sampai mati. Namun ada jg yg buat kita berkecil hati pun tak lupa sampai mati..huhu.
Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga Kak Werdah Sihat.
Bertolak ansur dalam berjiran sangat mustahak yer kak. Sekarang Alhamdulillah apa yang saya perhatikan bila ada ruang kita berkumpul contohnya masa kenduri, tak ada lagi kita dengar mereka bercerita 'hal orang', syukur sangat. Habis sangat bercerita hal anak-anak.
Ariana,
Yerlah kan, kita manusia, jadi macam2 ragamlah yang akan kita jumpa.
Kena yang mulut laser tu, susahlah sikit, kita kena berhati2.
assalamualaikum kak ani...
cantik bunga tu..memang sayang nak potongkan...
MP
Kita hargai kecantikan ciptaan Allah kan.
cantiknya bunga tu..rasanya sy belum pernah jumpa lagi bunga ni..yang seronok tu brbau wangi....rezeki kak ani tu..dpt aroma free hasil tanaman jiran.....
Salam kak..
Memg hidup berjiran sepatutnya seperti yg kak cakapkan tu..
tapi..huu..amalan tu dah makin berkurangan..lagi2 tinggal di bandar spt yg lana duk skrg ni..kat Putrajaya.. jiran sebelah pun memasing tak kenal..pagi2 pi keja, lewat senja bru balik. hujg mngu terperap dirumah, takpun memasing balik kg, shopping..mana nak jumpa..hurmm..
Catat Ulasan