Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 12 April 2012

Berjumpa Di Rumah Ta


(Pemandangan selepas waktu maghrib dari tingkat 14 salah sebuah apartment di Percint 18, Putrajaya)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut Baginda.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua kawan-kawan yang singgah, semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatanNYA.

Semalam seharian saya tidak menatap pc.

Petang Selasa hari tu suami, sakinah dan saya bermalam di Puncak Alam. Balik kerumah di Shah alam dah hampir jam 3.30 petang semalam. Rehat sekejap di rumah. Selepas sholat asar, saya dan suami bergerak ke rumah adik ipar saya, Ta. Ta adik bongsu suami saya yang tinggal di Putrajaya. Ta ni sebenarnya pensyarah di UNIZA dan sedang cuti belajar selama 3 tahun sebab menyambung ijazah PhD. di UM.

Memandangkan kandungan Ta bermasaalah sikit kali ini, jadi doktor memutuskan dia bersalin melalui cesarean. Jadi kami ke sana nak menziarah dia sebelum dia dimasukkan ke hospital Putrajaya hari ini untuk persediaan pemedahan besok.

Tengahari semalam kami terima panggilan telefon dari adik ipar saya Da yang tingal di Kota Warisan Dengkel beritahu yang adik ipar saya Ton ada datang ke putrajaya menziarah Ta. Ton ni guru besar di salah sebuah sekolah di Dungun. Kebetulan dia sedang berkursus Guru Besar di Institut Amaruddin Baki di Genting. Memandangkan semalam cuti umum, petang Selasa tu, anaknya menjemput dia di Genting dan bawa dia ke rumah Ta di Putrajaya.

Da juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Putrajaya. Saya tak sempat berjumpa dengan Ton sebab dia dah kembali ke Genting untuk menyambung kursusnya hari ini. Kursusnya akan berakhir esok.

Bila kami tiba di rumah Ta, rupanya kak ipar saya Kak Ni dari Dungun dah ada di sana. Selain menziarah Ta, kebetulan dia ke sini untuk menghadiri seminar 2 hari di KL. Jadi sambil tu singgah sekali di Putrajaya ni.

Keadaan bertambah riuh sebab kebetulan pulak adik beradik sebelah suami Ta termasuk ibu mertuanya semua ada sekali, mereka tiba di Putrajaya pada petang Selasa. Bertambah riuh rendahlah rumah tu memandangkan masing-masing ada anak-anak yang sebaya dengan anak-anak Ta.

Memandangkan dah ramai disini kami tak lama dirumahnya, usai sholat maghrib kami beredar balik.

Saya memang kagum dengan adik beradik suami saya. Ikatan kasih sayang adik beradik mereka cukup kuat. Mereka sangat mengambil berat dan perihatin bila ada adik beradik yang tak sihat atau ada apa-apa masalah, mereka tidak pernah bergaduh waima meninggalkan suara sesama mereka terutama dengan suami saya yang juga merupakan abang lelaki sulung mereka, Suami saya seolah-olah pengganti arwah ayah mereka.

7 ulasan:

Kamsiah berkata...

Alhamdulillah...zaman skrg lbh ramai yg mementingkan diri sendiri dari ikatan kekeluargaan,kan...kdg2 tu,bila susah ja igt adik beradik...

inazamri berkata...

.Assalamualaikum kak.Harap sihat.seronoknya bila ada ikatan kekeluargaan yg erat seperti itu.

NzA berkata...

semoga Allah prmudahkan segalanya. Semoga Ta n kandungannya selamat....InsyaAllah....

Kakzakie berkata...

Insya-Allah Ta akan semakin kuat semangat berkat doa dan kasih-sayang yg melimpah-ruah dari seluruh keluarga yg berkunjung. Kakak tumpang suka Kak Ani...

Acik Erna berkata...

alhamdulillah kak ani..tumpang seronok dan bahagia kan..bila dapat berkumpul beramai2 dengan adik beradik suami.

Lynn berkata...

Alhamdulillah..air dicincang takkan putus kan..salam kenal..terima kasih sudi jenguk lynn..

Qhaifa Nur berkata...

alhamdulillah jika silaturrahim sebegitu....semua terpulang pada diri sendiri..macam family arwah abah, bila abah tiada jarang sangat jumpa...jika ada kenduri kawin baru jumpa...