Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 20 April 2012

Berhenti Merajuk


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga di hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari  ini Allah berkati hidup kita semua.

Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk.   Merajuk tu lama-lama sangat.   Menjadikan hati kita susah dan rimas kerana rajuknya.  Hati saya sering tak tenang kalau ada orang merajuk kerana saya.   Terutama orang-orang yang kita sayang.

Kalau kita tahu rajuknya tu kerana kita, bolehlah kita minta maaf dan pujuk, yang susahnya bila kita tak tahu kenapa dia merajuk.  Kita tercari-cari apa kesalahan yang telah kita buat.  Ataupun kadangkala kita tahu apa perbuatan kita yang menyebabkan dia merajuk, kita rasa kecik sangat kesalahan kita tu jika dibanding dengan rajuknya yang berhari-hari.

Kenapa orang merajuk. Kata orang, seringkalinya orang merajuk ni adakalanya kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengendahkannya.  Contoh dia rasa orang tidak memuliakan, bila dia tidak diberikan tempat istimewa dalam satu-satu majlis atau orang tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian atau menunaikan apa yang dihajatinya.  Memandangkan marah satu perangai yang tidak elok, jadi dia merajuk jerlah supaya orang tak perasan sangat apa yang tersirat di hatinya.

Janganlah merajuk berlebihan.  Merajuk sikit2 tidak mengapa, rajuk manja kata orang.  Tapi kalau sudah melampau ia sebenarnya merupakan salah satu sifat mazmumah juga. Ini adalah kerana, sebab-sebab terjadinya merajuk ni berkemungkinan kerana cemburu, tidak dapat apa yang dia ingini dan ada kalanya mungkin merasa orang lain lebih hebat dari dirinya.  Jadi kalau boleh merajuk sikit-sikit dahlah!!!!.

Orang merajuk ni adalah orang yang mementing dan hanya memikirkan tentang dirinya sahaja tanpa memikirkan perasaan dan diri orang lain.

33 ulasan:

MulutPayau berkata...

saya pun jenis yg suka merajuk..tapi tak de pulak orng nak pujuk...huhuhu...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga di pagi yang mulia ini Allah anugerahkan kebaikan yang banyak serta kesihatan yang baik buat kakak.

Kalau boleh merajuk tu padamkan terus dari diri kita sebab ianya mengundang titik hitam di hati kita dengan boleh bersangka buruk dan dendam kepada orang

ainnoraini berkata...

Merajuk sikit2 tak apa kann...
Masa kecik2 dulu suka jugak merajuk skrg ni tak lagi...tapi best jugak bila merajuk ni ada org pujukkan...

al-lavendari berkata...

jujurnya saya mengaku saya pernah juga merajuk. merajuk adalah satu cara kita menunjukkan kekecewaan, marah atau tak puas hati pada seseorang. walaupun ia tidak baik, namun saya rasa ia lebih elok dari melepaskan marah dengan fizikal seperti membaling objek kepada subjek yang kita marah.

Amie berkata...

Assalamualaikum,
merajuk biarlah pada yang sayang he he he... sesekali merajuk tu kira normal kan.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

saya suka membaca catatan Kak Ani ini.

Acik Erna berkata...

aslamualaikum kak ani..siapa la yang merajuk dengan kak ani ni..
kalau ada yang merajuk dengan acik memang rugi kak ani..sebab acik tak pandai memujuk..sudahnya nanti..yang merajuk tu kena pujuk acik balik..boleh gitu?? he he..ceriakan hari kak ani dipagi jumaat ni ye

Cikli berkata...

asalkan ada yang nak pujuk, ok saja.
namun jgn sesekali merajuk dgn Allah.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...siapa yang merajuk?

Kalau merajuk ada orang pujuk tak apa kan.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum

merajuk yang berlebihan juga menunjukkan akan kesombongan kita..nauzubillah

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Merajuk pada yang sayang tak aper, tu pun jangan selalu dan jangan kerana hal kecik kita merajuk berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sdra Abd Razak,

Terima kasih atas doa tu. InsyaAllah kak ani juga berharap semoga Allah berikan kita kesihatan dan ingatan yang baik sepanjang masa.

Merajuk ni kadang2 ada gunanya jugak, sekurang2nya orang yang kita rajuk tu tahu yang kita berkecik hati dengan dia, tapi sekejap dahlah jangan sampai menjadi dendam.

Kunang-Kunang berkata...

Ainoraini,

Merajuk pada yang sayang yer.

Kalau pasangan dah berusia macam kak ani ni, kalau merajuk pun bukan 'cik abang' tu ambik peduli, jadi jalan terbaik, kecik hati sikit-sikit buat dek jerlah.

Kalau merajuk pun kita sendiri yang pujuk diri kita. He he

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Haji Al,

Memang dalam hidup kita ni tak semua yang berlaku memuaskan hati kita.

Dalam soal kerja pun macam tu, bila berlaku 'lembu punya susu, sapi dapat nama', kadang buat kita berjauh hati.

Takkan kita nak tunjuk yang kita jauh hati, cara terpaksa berdiam diri untuk seketika sehingga jiwa kita tenang.

Saya rasa rugi sangat kalau bila kita marah, kita baling barang2 dalam rumah, contohnya pinggan mangkok.

Susah payah kita beli pinggan mangkok tu, lepas tu kita baling bila bergaduh sikit dengan 'cik abang'. Sebabnya nanti kita kena beli pinggan baru lagi. Kan ker mambazir. Allah marah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Tulah, kalau orang perasan kita merajuk tak, kalau orang tak perasan, menjeruk hatilah kita sorangkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Fenomena ni sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian yer kakcik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Rugilah yer sapa merajuk dengan Acik Erna.

Tapi kadang2 tu orang merajuk ni menyusahkan hati kita juga, nak buat hati kering tak jadi!!.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Merajuk pada yang sayang pun, kalau kerap sangat bab kata ustaz AUI, nanti cari hok nombor 2.

Merajuk dengan Allah, nauzubillah. Alangkan ruginya jika kita berputus asa dengan rahmat Allah, kononnya Allah tak beri apa-apa pada dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Kalau ikut hati dengan anak-anak pun kadang2 kita boleh berjauh hati, nak merajuk tu rasanya tak sampai hati pulak sebab kita sayangkan mereka.

Terguris hati kita, anak kita dapat dosa. Untuk elak anak2 berdosa kerana kita, nampaknya kita kenalah tabah dengan kelakuan anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Kalau dipujuk pun kita tak nak berhenti merajuk, memang menunjukkan kita sombong diri dan merasa diri kita sentiasa dipihak yang betul.

gadisBunga berkata...

salam auntie.

kebetulan pulak saya nak termerajuk harini. kensel lah merajuk. hahaha!

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Susah juga kan kalau orang suka sangat merajuk.. tak boleh silap sikit nak rajuk..

Tapi macam kata Ani rajuk pada yang sayang tu lainlah kan.. itupun jika dia orang yang sifatnya pandai ambil hati.. buatnya dia tak layan meranalah jawabnya kan.

Apa-apapun merajuk biarlah bertempat.. jangan sampai meletakkan diri kita supaya disanjung orang.. itu tak kena kerana tergolong dalam sifat mazmumah yang perlu dielakkan.

Kakzakie berkata...

Masa merajuk tu Kak Ani mana ingat mazmumah. Tak fikir nak mahmudah pun ye juga.

Memang betul ayat last tu Kak Ani "Orang merajuk ni adalah orang yang mementing dan hanya memikirkan tentang dirinya sahaja tanpa memikirkan perasaan dan diri orang lain"... tapi kadang lupa.

LYAfrina berkata...

lya pon sesekali suka mrajuk..tp jnis lya.. xperlu dipujuk dgn apa2.. biasa akn baik dgn sendirinya.. n kalo merajuk xdelah smpai melarat2.. habis2 pon..time tu j la layan rajuk :)

apa2 pon tq for sharing kak

** kak..lya x pnah tau ada sek ren perempuan chukai kat sini.. tp sekolah rendah chukai ada lg skarang...

makchaq berkata...

memang ada yang panjang rajuknya, tu yang ada lagu Rajukku Panjang tu.

Tapi makchaq jarang merajuk, pasai kalau makchaq merajuk pakchaq tak perasan sampai kena habaq kita merajuk...
jawap pulak.. la..ye ka sorry la...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam GB,

Jangan merajuk nanti muka nampak masam.

Kunang-Kunang berkata...

AaWaalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak werdah dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Orang merajuk ni sebenarnya menyesakkan dada. Jadi mana yg boleh buat tak tau, buat tak tau jerlah terutama dgn keluarga kita sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Betul tu, kalau ingat tak adalah macam tu kan. Kiranya merajuk ni tunjuk perasaan dlm diamlah.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Yerlah kita ni manusia, cepat terasa, cumanya jangan sampai merajuk menjadi dendam berpanjang

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Samalah kita. Merajuk pun 'dia' tak perasan. Tak aperlah kurang dosa kita pd dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam GB,

Jangan merajuk nanti muka nampak masam.

Aishah Jahirah berkata...

saya pn kuat merajuk tp cpt je baik balik....hehee.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Terguris hati, memang terusik perasaan, nak elakkan marah memanjang, merajuk sikit dahlah kan.