Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 April 2012

6 perkara Allah sembunyikan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada kawan-kawan yang singgah. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Subhanahuwataala. InsyaAllah.

Ketika BW rumah kawan-kawan blogger saya singgah di rumah Pari-pari Putih. Saya sangat tertarik dengan N3 Pari-pari Putih mengenai 6 Perkara Allah Sembunyikan. Untuk perkongsian kita bersama, saya turunkan ceritanya di bawah ini:


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah Ku.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sama-samalah kita renung-renungkan. Insyallah semoga Allah s.w.t sentiasa bersama kita

43 ulasan:

Nieza berkata...

Assalammualaikum kak, satu perkongsian yang menarik.terima kasih berkongsi :)

sal berkata...

kita ni patut membaca seperti ni ye kak ani...sebagai peringatan..kadang2 teralpa..terimakasih kak ani..

NzA berkata...

betapa besarnya ganjaran yg Allah janjikan buat umatnya namun kita masih lalai dgn kehidupan duniawi....sama2lah kita ingat mengingat..terima kasih diatas perkongsian ilmu ni k.ani....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nieza,

Terima kasih singgah. Alhamdulillah ianya sekadar utk dikongsi bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Betul tu sal. Kadang tu bukan kita tak tahu sekadar terlupa, bila dibava kembali menambahkan lagi ingatan yg dah sedia ada. Inyaallah.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Segala kebaikan waima baru berniat saja hendak melakukannya Alla dah ber ganjaranNya. Apa lagi jika kita melakukannya dgn ikhlas kerana Allah.

Acik Erna berkata...

salam kak ani..terima kasih.
tersentuh hati membacanya

Ros berkata...

Assalamualaikum kunang-kunang,

Terima kasih dengan perkongsian ni ya...baik sangat buat pengetahuan kita semua...

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kunang Kunang,,

Allah itu amat BIJAKSANA....

Amie berkata...

Assalamualaikum KunangKunang,
itulah kebesaran-Nya...menginsafkan kita supaya sentiasa beringat-ingat. Terima kasih perkongsian ilmu ini.

MulutPayau berkata...

assalamualaikum kak ani...

terima kasih atas prkongsian ni.....

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna

Banyak yg rahmat dan pahala yg Allah tawarkan pada kita, cuma antara kita mahu dan mampu melakukannya atau tidak saja. Apa pun semoga Allah terima amalan kita selama ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sesuatu yg baik kita kongi dan sebarkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Sebenarnya apa nama terbaik utk kak ani panggil DO ni. Tak sedaplah nak panggil Ombak Rindu jer, rasa jauh sangat. Nak panggil kakya seperti dalam blog DO tu rasa tak sesuai, maklumlah kak ani ni dah bercucu.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul.tu DIA sentiasa ingat dan memerhatikan kita, cuma kita manusia ni kadang2 terlipa padaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

MP

Sama-sama kita apa yg baik.

Dieyna berkata...

thanks sharing. perkongsian macam ni yang boleh memberikan keinsafan.

Dieyna berkata...

thanks sharing. perkongsian macam ni yang boleh memberikan keinsafan.

LYAfrina berkata...

amin... pkongsian y myedarkan kita ttgnya

azi berkata...

Salam kenal dan folo....:)
menarik info yang diberikan...sesungguhnya satu perkongsian yang memberikan kita keinsafan dan ingatkan kita tentang kebesaranNya...

Kunang-Kunang berkata...

Dieyna,

Sama-sama. Semoga kita sentisa mendapat rahmaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Lya, Alhamdulillah. Mudah2an DIA sentiasa merahmatibkita semua.

Queenie berkata...

Salam Kak ani,

maha suci Allah yg mengetahu segala yg tersembunyi...

terimakasih atas perkongsian ini...

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan..
Silalah panggil saya kakya.. Saya pun dah bercucu, anak sulung saya pun dah berumur 33 tahun. :)

Tyntha Lana berkata...

Assalammualaikum kak ani..terima kasih meninggalkan komen dientry lana bebaru ini.

Ini pertama kali saya bca mengenai malaikat jibrail yg bersolat dua rakaat dgn tiap satunya selama 20ribu thn..MasyaAllah..

Begitu juga tentg perjalanan 3000 tahun dengan mengembangkan dua sayapnya..tak terjangkau akal kita memikirkan ciptaan Allah yang satu ini..

Terima kasih kerana berkongsi..saya mendapat ilmu dsini.. :)

insan_marhaen berkata...

Pernah IM baca kisah malaikat dengan Syurga Maawa ini.

Perkongsian yang menginsafkan!

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum....

Moga kakak sihat hendaknya..

Allah menyembunyikan kesemuanya dari kita agar kita berusaha mencarinya dan sesungguhnya Dia memerhati akan apa yang kita usahakan untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakya,

Jadi kita sama2 kakaklah sebenarnya jadi jadikanlah 'kak ani' sebagai nama akak.

Anak sulung kak ani perempuan berusia 34 tahun pada tahun ni.

Semoga dengan panggilan ini memesrakan lagi hubungan ukhwah kita yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lana,

Terima kasih singgah blog akak ni.

Sama2lah kita berkongsi apa yang ada sesama kita. Mudah2an usaha kita itu diberkati Allah.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Kak Ani pun macam tu, tapi maklumlah kadang2 tu ingat2 lupa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd. Razak,

Semoga Abd Razak sihat, kak ani Alhamdulillah sihat selain dari rasa penat orang dah berumur ni.

Betul tu, tak semua Allah beritahu kita, kalau kita tahu segalanya contohnya bila nak mati, bila nak kiamat rasanya sama ada kita menerimanya secara positif atau negatif. Kita takut bila timbul perasaan negatif kita mati sebelum mati dan kiamat sebelum kiamat.

Maha penyayang Allah kepada kita makhluknya.

aby berkata...

salam k hanim ..
untung juga kita sebagai umat nabi muhammad, banyak kelebihan ganjaran kpd ahlil ibadatnya ..

namun allah juga memberi keistimewaan utk umat nabi muhammad saw yg beramal soleh mengikut jalan2 yg dilalui ahli sufi melihat alam2 ghaib dan rahsia dengan membuka hijab yg tidak dapat di pandang dengan pandangan mata kasar ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Queenie,

Apa yang ada tu sedikit sebanyak kita berkongsi bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Betul tu wak, cuma segolongan dari kita terlalai sedikit dan tidak menyedari betapa beruntungnya kita umat Nabi Muhammad ni.

anaeeim berkata...

Assalammualaikum puan. Salam dari saya Aizzat, dari blog Hijrah Anak Muda. :)

mamawana berkata...

Alhamdulillah baca baca di sini. menarik. Terima kasih sudi share.

LYAfrina berkata...

smoga mjadi renungan n sbg pdoman kt umat islam

ainnoraini berkata...

terima kasih kakani..saling ingat mengingati...sudi berkongsi bersama...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussala Aizat,

Terima kasih singgah blog auntie ni. Ada masa lapang singgahlah.

Kunang-Kunang berkata...

Mamawana,

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Yer untuk renungan dan mengingatkan kembali sesuatu yang kadang2 kita dah tahu tapi terlepas pandang.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Alhamdulillah, semoga ianya memberi manfaat pada kita semua.

Syimama berkata...

Assalamualaikum kak

Terharunya membacanya .. betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad. Alhamdulillah