Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 29 April 2012

3rd Blog Anniversary - Kerdipanrohani.Blogspot.com



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ semua sahabat yang dirahmati Allah selalu.

Hari ini 29 April 2012 genaplah tiga tahun usia blog saya yang serba kekurangan dan masih dalam proses belajar berblog.

Saya sangat bersyukur bila Allah bukakan hati saya untuk belajar membuat blog.

Bila bersara saya rasa kesepian. Seolah-olah hilang segala-galanya dalam hidup saya. Saya rasa kehilangan kawan-kawan dan tak tahu apa yang harus saya lakukan. Ketika itulah saya mula belajar menyusuri dari satu blog ke satu blog. Akhirnya terbuka hati saya untuk membuat blog sendiri.

Alhamdulillah dari situlah bermulanya rasa bermakna sedikit hidup saya. Saya rasa, saya kembali dikelilingi oleh kawan-kawan walaupun hanya di alam maya. Dari blog kawan-kawan yang saya singgah banyak pelajaran dan ilmu yang saya pungut sama ada sebagai motivasi diri atau menambah ilmu agama yang memang saya amat kekurangan.

Dari kawan-kawan mayalah saya mendapat galakan, semangat dan yang paling saya terharu doa. Kawan-kawan maya tidak pernah jemu mendoakan kesihatan saya apabila saya sakit, memberikan saya semangat ketika saya rasa tertekan dan menunjukkan saya jalan ketika saya keliru. Terima kasih kawan-kawan.

Menitis air mata ini ketika jari-jari saya menaip N3 ini. Kawan-kawan maya datang dalam hidup ketika saya kerinduan pada kawan-kawan yang saya kasihi di alam nyata. Rupanya kasih sayang seorang kawan hanya terasa erat ketika kita bersama, ketika mata bertentang. Saya tahu bukan mereka lupa tapi kerana kekangan kerja menjadikan mereka tidak mempunyai masa untuk berhubung dengan kawan-kawan yang dah bersara seperti saya.

Atas rasa kasih dan sayang dari hati saya, dengan seikhlasnya saya melakarkan kad ucapan terima kasih saya pada kawan-kawan semua. Besarlah harapan saya kawan-kawan sudi menerima kad yang tidak sepertinya ini.

Semoga ikatan ukhwah kita bertambah erat.

49 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Asslamualaikum :)

Tahniah atas kelahiran blog ini.

Selamat ulangtahun ke-3 blog.

Semoga blog ini mampu memberi manfaat kepada semua,serta menjadi amal jariah bila kita sudah kembali.

Jazakillah khairan kathiran.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik dapat terus menyempurnakan ibadah kepada~Nya..

Tahniah dan selamat ulang tahun ke-3, moga ukhuwah antara kita terus berpanjangan...aamiin

sal berkata...

Assalamualaikum kak Ani..
terharu baca ...
tahniah ..selamat hari ulang tahun ke-3 ,moga ukhuwah berpanjangan dibajai dengan keikhlasan.

etuza berkata...

Asalamualaikum..cantiknya award tu.
Tak mahu bagi pada saya ke? saya memang minat kumpul2 award. Hehe meminta sedekah pula ni...apapun tahniah ya, memang saya pun nak buat award tak lama lagi...hari lahir blog pesona. macam kemestian pula...

[PCL] berkata...

assalamualaikum kak.

tahniah dari pcl.

izan mama mia berkata...

tahniah..^_________*

azi berkata...

Tahniah!!!..
Semoga terus berjaya...
Saya suka kesini sebab suka baca cerita yang akak sudi kongsikan dengan kami..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih singgah. kalau sudi ambiklah kad ucapan terima kasih dari kak ani.

Semoga ukhwah dan kasih sayang kita sesama islam terjalin erat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd. RAzak.

Alhamdulillah kak ani sihat. Akak doakan Abd Razak juga sihat.

Terima kasih. Akak harap sudilah ambik kad ucapan terima kasih dari kak ani yang tak seberapa tu yer.

Semoga ukhwah kita terus terjalin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Terima kasih atas ucapan. Semoga Allah berikan kak ani kemampuan untuk meneruskan blog ini.

Akak juga berharap Sal ambiklah kad terima kasih kak ani tu yer. Semoga persahabatan terus terjalin antara kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Etuza,

Terima kasih atas ucapan. Semoga akan akan diberikan Allah kekuatan dan idea untuk terus menulis di blog ni.

Etuza, jemputlah mengambil kad ucapan terima kasih dari kak ani tu, memang tujuan untuk untuk semua yang singgah di sini.

Semoga ukhwah antara sesama kita terus berkekalan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Terima kasih singgah. PCL jemputlah ambik kad terima kasih kak ani tu yer. Semoga persahabatan terus terjalin antara kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Izan,

Terima kasih.

ambiklah kad terima kasih kak ani tu yer. Semoga persahabatan terus terjalin antara kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Azi,

Terima kasih. Jemputlah ambik kad terima kasih kak ani tu yer. Semoga persahabatan terus terjalin antara kita semua.

Ada kelapangan singgahlah.

Amie berkata...

Assalamualaikum KunangKunang,
3 tahun berblog kira sudah matang tu... tahniah! Moga terus rajin mengemaskini ketiga-tiganya. Amie ambil kad itu ye KK, buat kenang-kenangan. Terima kasih.

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Tahniah kerana dah berusia 3 tahun dalam blogging.

Cikli berkata...

selamat ulangtahun, moga terus menulis dan berjuang

Ibuhani berkata...

Terima kasih jugak krn sudi jd kawan ibuhani. Smoga ukhwah kita berpjgn.....saya pn bakal pencen lg 5 tahun, kak ani! Hrp masa tu saya x akan sunyi krn ada kwn2 blog/alam maya ni. Smoga dpt jumpa satu hr nanti kan......

MulutPayau berkata...

Tahniah kak dan selamat ulangtahun yg ke-3.....semoga ukhwah kita berpnjngan...

Aju Mohit berkata...

Tahniah kak, semoga persahabatan biarpun di Alam Maya ini Akan berkekalan akhirnya. Seronok berkongsi rasa Dan cerita kan kak

Syimama berkata...

Salam Kak.
Tahniah.. semoga segala usaha dan persahabatan mendapat keberkatanNya.

Kawan2 biasanya, dekat dimata dekat dihati... bila jauh di mata, hanya memori dihati. Bukan bermakna lupa, tapi keadaan yang berbeza.

Dulu sy pernah cuti tanpa gaji selama 2th, mulanya persahabatan seperti biasa...lama2 semakin jauh n jauh. Ialah, mereka takdapat layan kita seperti masa dok sama,tiada lagi cerita2 terkini, ditambah pula dgn kawan2 baru dan lama kelamaan jadi kurang.

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..tahniah selamat ulangtahun ketiga kerdipan rohani..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

tahniah atas kewujudan blog yang sangat bagus ini..

penuh dengan pengisian yang bermanfaat

semoga blog ini terus ebrkarya dan kami akan senantiasa menyokong blog ini

Temuk berkata...

SELAMAT HARIJADI KERDIPANROHANI,
TAHNIAH, SEMOGA BERPANJANG MADAH,
ANDA INDAH DAN MENGINDAHKAN,
ANDA MENGENDAH DAN AMAT DIENDAHKAN!

Salam sejahtera.

Zaitun berkata...

Selamat ulang tahun yang ketiga dan tahniah buat kak ani semoga dimasa akan datang banyak lagi cerita2 yang boleh dikongsikan.

gadisBunga berkata...

salam auntie, tahniah dari saya. dah 3 tahun tu...banyak ilmu yang saya dapat dari blog auntie dan harap2 auntie sudi berkongsi lagi ye. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Silalah Amie ambik kad tanda terima kasih kak ani pd kawan2 semua. Semoga kita dapat saling membaca kisah2 kita di sini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Terima kasih. Semoga kita tetap terus dapat bercerita kisa kita bersama. Sila ambik kad dari kak ani yg tak seberapa tu.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Terima kasih dan insyallalah semoga saya masih mampu menaip kisah saya dan masih berkeupayaan menyusuri blog kawan2 semua.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Terima kasih juga pada ibuhani kerana menerima saya sebagai kawan. Memang suasana org bersara sangat berbeza dari alam pekerjaan. Walaupun kak ani bersara atas pilihan sendiri tapi kesunyian tetap ada. Mungkin kerana sakit lutut ni menjadi pergerakan terpaksa dibataskan kecuali pada dan tempat yg perlu saja.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih MP. InsyaAllah begitulah juga harapan kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih. Begitulah juga yg kak ani harapkan. Mana tau satu hari kita bertemu dialam nysta. He he

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Betul apa yg Syimama kata tu. Dek kesibukan kerja menjadikan masa utk berhubung agak terbatas. Bukan mereka lupa.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih atas ucapan. Kak ani sangat berharap semoga ukhwah antara kita semua terus terjalin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Semoga Shahrom sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Temuk,

Terima kasih Cikgu yg mulia
Bersahabat maya diusia senja
Semoga ukhwah terjalin sentiasa
Doa ikhlas semoga semua bahagia

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Terima kasih. Kita saling bercerita nak mendengar cerita. Semogs kawan2 sentiasa dalam rahmat Allah juA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam GB,

Terima kasih sudi jadi kawan auntie. Walau usia menjadi jalan cerita kita berbeza. Blog GB antara blog feveret kerana N3nya begitu bersahaja tapi ada message yg tersirat.

mselim3 berkata...

Terima kasih kak atas anugerah yang diberikan nie...siap ader bunga...tp x tahu nak letak kat mana?...

wassalam....

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Silalah ambik kad ucapan terima kasih dai kak ani semoga ukhwah kita berkekalan.

Kamsiah berkata...

semoga persahabatan terus mekar disini...:)

inazamri berkata...

dah banyak hari ina tak berkesempatan utk berblog.Tahniah kak..teruskan berblogging ok.

insan_marhaen berkata...

Tahniah. 3 tahun itu kira lama juga kerana masih utuh di alamaya.

IM juga gembiran dan bangga dengan blog dan rakan-rakan follower IM.

Bagi IM, kebolehan sikit-sikit dalam menulis ini kita guna sebaiknya untuk kebaikan dan kebajikan.

Keep it up!

Kamariah Awang berkata...

Dah 3 tahun,tahniah Kak Ani..

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih. Begitulah juga harapan kak ani semoga ukhwah yang terjalin tetap erat.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Yerlah berblog ni sampingan saja. Terima kasih Ina.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul tu IM, menulis sekadar skill semasa bekerja. Jadi tulislah sesuatu yang boleh dikongsi bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Terima kasih. Semoga ukhwah terus erat terjalin.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Tahniah ya. Dah 3 tahun berblog ni mesti banyak manfaat yang kita dapat.