Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 22 Mac 2012

TIDUR



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat Baginda. Semoga sahabat semua berada dalam keberkatan Allah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Mustahak juga tidur siang ni rupanya



Rujukan : lenggangkangkung-my.blogspot.com

30 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..memang mustahak..cuma tak berpeluang..cuma sabtu dan ahad je ada ,asa untuk tidur siang..itu pun tak dapat selalu

che mid berkata...

Assalam kak, apa khabar.. sempat juga tidur siang sambil tidurkan Deeja. Terutama bila dah bangun jam 5 pagi..Dapat tidur lena 15 min pun dah cukup utk segarkan badan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Kita yang masih bekerja ni memang tak adalah peluang nak tidor.
Akak pun walaupun dah pencen, jarang2 jugak dapat tidor siang, sesekali dapat tidor tu bestlah juga rasa.

Tidur tak boleh lama nanti pening.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Betul tu caranya, dapat terlelap sekejap untuk mengumpul tenaga dan yang mustahaknya untuk membantu ketika kita hendak beribadat di malam hari.

Kakzakie berkata...

Sedangkan org yg insomnia siap jumpa doktor nak berubat inikan pula yg ada rasa mengantuk mahu dihalang-halang ye Kak Ani...

Beruntung kita boleh tidur. Cuma kenalah berpada jgn sampai lupa ibadah dan tanggung-jawab...

Kamsiah berkata...

salam
saya sbnrnya(seikhlasnya) amat 'cemburu' pada nereka yg tido siang dgn begitu nyenyak...
kerana saya pernah cuba,selalu mencuba...tp tak boleh...tak boleh lelapkan mata waktu siang...walau seletih mana pun...saya cuma berbaring2 ja...

WuMing berkata...

Apa-apa pun...kalau mengantuk... tidur dulu...

Lebih-lebih lagi kalau nak memandu...

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani..

Saya suka N3 ni...bila sgt mengantuk, saya pasti tidur, dapat sejam dua pun sudah memadai untuk segar semula.
Menjalankan kewajipan dalam keadaan segar Dan bertenaga itu penting untuk melahirkan productivity yang bernilai.. InsyaAllah .. Terima kasih Puan..

Amie berkata...

Tidur sebentar waktu siang memang elok dari segi biologi, sebab kajian saintifik mendapati ia bagus untuk jantung kita...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Tidur memang penting tapi tak dapat nak lelapkan mata saya tengahari tu..

Maya Mayana berkata...

betul tu tp sabtu ahad je lah yg dpt tu pun kdg2...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Dikatakan tidur qailulah ini perlu bagi meningkatkan kecergasan bila nak hadir solet zohor.. biarpun begitu kak sesekali je dapat tidur sebab kurang mengantuk ketika itu...

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan. (petikan daripada http://didik-hatiku.blogspot.com/search/label/Tidur%20Qailulah

ieja amieja berkata...

assalam kak ani..
lamanye sy x kecni..
sememangnye tidur itu jg satu ibadah kan kak..janji x berlebih2an..lbh2 lg tidur diwaktu sinag..
sy sblm ni mmg jenis ssh nak tidur siang kena lak kena insomnia ni..lagi la siang mlm ssh nak dpt kan tidur..

Cikli berkata...

tidur nikmat dari Tuhan

insan_marhaen berkata...

lepas di tasik mengkuang, IM selalunya tidur sekejap sebab letih...

MulutPayau berkata...

kalau mngntuk + letih sangat..mmng tertidur di siang hari...

hani@debumelukut berkata...

Akak semenjak masuk era 'veteren' ni tak boleh tidak, kena tido barang sekejap..Kalau tak serba tak kena.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Memang betul tu. tidor ni mustahak, tapi kalau terlalu banyak tidor badan akan lesu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Kak Ani pulak ada ketika2nya saja boleh tidor siang, kalau tidak sekadar baring2 jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

WuMing,

Betul tu kalau nak memandu pastikan mendapat tidor yang cukup.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Tidor boleh memulihkan tenaga.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul tu, tidor siang yang sederhana jangan melampau nanti pening, he he

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Tak dapat tidor tak aperlahkan, kita manfaatkan waktu tu untuk kerja-kerja lain.

Kunang-Kunang berkata...

Maya Mayana,

Memanglah pada orang yang bekerja, sabtu dan ahad jerlah boleh lelapkan mata waktu siang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Tulah mustahaknya tidor. Tapi ada juga orang2 yang melarang tidor siang, kata mereka tak baik. Mungkin mereka tak tau faedah dan kebaikannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ieja amieja,

Singgahlah bila lapang. N3 akak ni biasa saja.

Semoga ieja sekeluarga baik-baik saja yer.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Bayangkan kalau kita tak dapat tidor, haru dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Baguslah kalau boleh lelapkan mata walaupun sekejap. InsyaAllah badan akan segar kembali.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Akak pun begitu, tapi tidaklah tiap-tiap hari tidor siang, cumi bila leteh dan tak sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Samalah kita, tapi akak pulak, kadang2 tidor malam yang masalah, tak boleh tidor. Allah nak suruh beribadat malam tu!!!