Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 18 Mac 2012

Surah Penghibur hati yang kesedihan…

Surah Al-Kautsar (Sangat Banyak)Surah 108:
3 ayat Surah Makkiyyah



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu nikmat yang sangat banyak.

2. Sebab itu hendaklah engkau sembahyang kerana Tuhanmu dan hendaklah engkau berkorban.

3.Sesungguhnya orang yang membenci engkau itulah yang akan terputus



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang. Marilah kita sama-sama beramal…

24 ulasan:

sal berkata...

Terimakasih kak atas info ini ...
kadang2 kita bukan tak , tapi tak perasan, bila ada org ingatkan camni..barulah ingat semula.. ..syukran..

abu muaz berkata...

ya, terima kasih. .. sebab itulah pesan memesan dan ingat mengingati digalakkan oleh baginda s.a.w.

sal berkata...

akak..sya minta izin untuk share ayat ini dlm n3 saya..moga ilmu yang kita peroleh dimanfaatkan bersama utk kesejahteraan di dunia dan akhirat..amin, amin ya Rabb..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana ya...

Ani, siapa yang dapat minum air telaga atau kolam kauthar ni tak akan dahaga selama-lamanya... surah pendek.. mudah hafal dan insyaAllah mudah melekat di bibir kepada sesiapa yang ingin lakukannya..

Terima kasih kerana mengingatkannya

Acik Erna berkata...

assalam kak ani,terima kasih berkongsi info

al-lavendari berkata...

saya memang kerapa baca surah ni bila sembahyang sendirian ..

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama-sama. Sebenarnya surah ni panjang kisahnya, tapi akak ambik bab fadhilatnya saja.

Kunang-Kunang berkata...

Abu Muaz,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terlepas pandang tadi, silalah ambik pastekan di blog Sal. Semoga ianya memberi faedah kepada yang membacanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Betul tu kak surah paling pendek. Tetapi ceritanya panjangkan kan. Saya tak naklah pastekan dekat sini.

Seronoknya mendengar ceramah mengenai perigi al kautsar ni semasa rancangan Halaqah di TV9 satu waktu dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Haji Al-lavendari,

Alhamdulillah surah yang pendek ni memang senang dihafal.

Aine Ainun berkata...

surah alkausar....

terima kasih berkongsi ka..=)

Amie berkata...

Assalamualaikum Kunang-Kunang,
mohon kongsi ayat ini.... moga dapat pahala jariah di sisi-Nya kerana sudi sebarkan pada kami. Terima kasih KK.

etuza berkata...

Asalam..
Alhamdulillah..dapat asuhan jiwa di laman yang punya pesona surgawi.
Sangat senang membacanya syukran..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my dear kak Ani:)

Tksh yaa kak..
kena pula hari ni..terasa sayu je di hati...

Anyway..moga kak Ani sht2 di sana yaa
:)

klcitizen cikgunormah berkata...

saya pun nak amalkan juga kak ani. tqsm

Cikli berkata...

selalu baca dalam solat..surah pendek dan bagus.

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun,

Senang menghafalnya sebab hanya tiga ayat sahaja.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Silakan.

Kunang-Kunang berkata...

Etuza,

Waalaikumussalam, Sama-samalah kita mendapatkan manfaatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Sama-samalah kita mengamalkannya. Mudah2an Allah berikan kita ketenangan sebagaimana Rasulullah mendapat ketenangan walaupun dia dihina sebagai lelaki yang tidak berketurunan apabila anak lelakinya Ibrahim meninggal dunia.

Semoga ketabahan Rasulullah dan ketenangan beliau menghadapi dugaan demi dugaan tu Allah kurniakan juga kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu, surah yang hanya mempunyai 3 ayat tetapi mempunyai pengajaran yang besar.

putrylady berkata...

Salam kak hanim...
terima kasih sudi berkongsi.
Saya pun selalu baca...tapi selalu jugak lupa bila terlalu ikut emosi..