Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 7 Mac 2012

Simpan Aib Kita dan Dia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Ketika sedap bersembang, hati selalu beringat takut tercerita hal orang lain. Walaunpun tidak disengajakan. Maklumlah menceritakan aib orang sesuatu yang tidak baik walaupun pun cerita itu satu perkara yang betul. Kalau tidak betul lagilah parah dosa kita.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4, bermaksud: “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang fasik.”

Itu antara contoh bagaimana Islam menitikberatkan soal maruah setiap penganutnya. Diletakkan syarat dan hukum ketat supaya maruah seseorang itu tidak dipersenda atau digadaikan dengan sewenang-wenangnya.

Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Bukan aib orang saja dilarang kita cerita, aib sendiri pun tak boleh juga kita berceritakan. Manalah tahu secara tak sengaja, sedap-sedap bercerita, tercerita pulak kisah silam yang pernah kita lakukan yang bertentangan dengan ajaran agama kita. Apa lagi ketika bercerita terselit rasa bangga dan disambut gelak ketawa oleh kawan-kawan.

Ada orang berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan. Islam mengajar kita supaya menutup aib sendiri. Allah Maha Maha Pengasih, Maha Penyayang, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak mendedahkannya. Mohonlah ampun kepada Allah atas apa-apa kesalahan yang pernah kita lakukan.


Menutup aib sanggup dianjurkan oleh islam sekali pun dosa tu besar.

42 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak..

Apa khabar kak, moga sihat hendaknya..

Teringat akan kisah Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya sedang makan daging unta. Tiba-tiba salah seorang daripada sahabat terkentut dan baunya tidak menyedapkan suasana. Tidak seorang pun mengetahui siapa yang berkentut itu. Selepas sahaja makan maka masuklah waktu solat dan Rasulullah SAW menyuruh semua sahabat berwuduk semula kerana makan daging unta. Begitulah Rasulullah SAW menjaga aib sahabatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Begitulah Rasulullah menjaga air muka sahabat-sahabatnya. Indahnya peribadi demikian seandainya kita sama-sama dapat mengikutnya.

ariana berkata...

Terimakasih kak ani kerana mengingatkan..perkara ni semua org tau..cuma sering terlupa..lebih2 lg kaum Hawa..yg pantang berkumpul..mulalah...

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Betul tu, kita sering terlupa. Kadang2 tu dalam majlis baca yassin pun terkena secara tak sedar.

Semoga Allah jauhkan kita semua dari sifat ni.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak

terima kasih sekali lagi kerana mengingatkan..

apabila kita duduk bertiga, kita juga dilarang berbisik berdua kerana dikhuatiri yang ketiga itu akan kecil hatinya

Kamsiah berkata...

salam
betul tu,ramai manusia skrg berbangga dan bermegah dgn dosa yg dilakukan...

zue berkata...

terima kasih kak ani..krn saling ingat mengingati...

aby berkata...

salam k hanim ..
peluang utk bertaubat atas kesalahan besar lebih mudah di terima allah swt klu kita tk buka aib sendiri kt org apatah lg jika berbangga diri sbb melakukan nya ..
tp klu membuat mungkar dah dh tu berbanga atas perbuatan nya ..jgn kan allah marah ..
kita yg mendengar pun berbulu juga ..

sal berkata...

betul kak ani..seboleh2nya kita mahu menutup aib org...seboleh2nya kita ingin bersihkan hati..apa yg termampu dilakukan akan dilakukan untuk menjadi insan muslim yg baik..insyaAllah..

inazamri berkata...

terima kasih kak kerana saling ingat mengingati.Standard org skrg ni kalau mengumpat akan bunyi ayat mcm ni mula2 intro "aku bukanlah nak mengata...tapi...bla..bla..bla.."
Bukan la kata org lain kdg2 ina sdiri dlm xsedar pun guna ayat camtu.

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Terima kasih atas ingatan tersebut..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..semoga lidah kita terpelihara dari menyebut sesuatu yang boleh menyebabkan kita berdosa.

Zulkifle Othman berkata...

salam Kak..
INSYAALLAH...
terima kasih pesanan
yang berguna ini..

fuad ansari berkata...

membuka aib orang hanya akan menyebabkan kebarangkalian yang tinggi untuk aib kita terbuka..

kadang2 senyap itu lebih utama dari berkata2.. (",)

Temuk berkata...

As-salam
Kita mudah lupa apa yg kita baca atau dengar, tambah-tambah pada peringkat umur sekarang. Peringatan spt yg kunang-kunang lakukan tentu amat berharga. Sangat tak mengapa kita dihidangi dengan peringatan demi peringatan. Semoga sihat sejahtera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom.

Catatan sekadar peringatan pada diri akak sendiri yang selalu terlupa larangan Allah ini.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Betul tu, kadang2 kita yang dengar atau membacanya yang seram.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Semoga Wak sekeluarga sihat. Lama wak tak singgah sini yer, sebok ker.

Begitulah wak, manusia sekarang dan tak malu mendedahkan rahsia sendiri atas nama memberi 'iktibar' pada orang lain.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Itulah sebaiknya, tapi kadang2 yerlah syetan tu selalu jer dok goda, itu yang tergoda agaknya.

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk melakukan sesuatu yang baik dan dijauhi dari perasaan yang tak elok ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Betul tu, itulah selaku mukaddimahnya. Lepas tu kita terlupa!!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Semoga kita diberikan qalbu yang bersih dan dijauhkan dari sifat-sifat tak elok ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Sesuatu yang baik tu kita kongsi bersama. Semoga Allah berkati hidup kita.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Fuad ansari,

Betul tu, itu yang kita patut ingat, hari ini kita sedap2 menceritakan aib orang, bimbang, esok2 cerita kita pulak orang sebarkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Peringatan sebegini bila saya temui sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri saya.

Kata orang terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kita mengumpat orang, muflis pulak kita di 'sana' nanti. Kita yang kita bimbang, dahlah amal ibadat yang dilakukan tak seberapa.

Semoga Cikgu juga ceria selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Itulah doa kita selalu, semoga apa yang terkeluar dari bibir kita ni tidak melukakan hati sesiapa.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan..

Satu peringatan yang sgt baik. Terima kasih :)

MulutPayau berkata...

terima kasih kak ani atas peringatan tersebut....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT.

Kak jadi teringat hadis ini:

Rasulullah saw bersabda; "Seorang hamba diberi kitab amalan pada hari Kiamat. Di dalamnya ia melihat amal-amal kebaikan yang belum pernah ia lakukan. Iapun bertanya; "Wahai Tuhan! daripada mana amal-amal kebajikan ini? Tuhan menjawab; "Daripada umpatan dan cacian orang tentang dirimu tanpa pengetahuanmu".

Tentang aib sendiri pula, Allah (al-Ghafur) sentiasa menutup kesalahan kita; oleh itu janganlah pula kita sibuk-sibuk nak buka aib kita sebaliknya pintalah keampunan banyak-banya serta bertaubat.

Kakzakie berkata...

Salam Kak Ani...

Sekarang kalau kita lihat aib seseorang kian didedah dan diperpanjangkan isunya. Kita yg membaca pun kadang malu... dari satu kes ke satu kes bagaikan tak takut mati. Allah.... moga kita dapat mengawal diri dan di beri perlindungan Allah dari semua ini..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Sama-sama, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak Werdah sihat. Saya seperti biasa, sakit biasa itu terkawallah.

Tulah yer kak kita takut muflis kita di sana akibat semua pahala kita dah diberi kepada orang yang kita umpat. Semoga Allah jauhkan perkara ini dari terjadi kepada kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Betul tu, sekarang ni atas sebab-sebab tertentu seseorang sanggup memfitnah orang lain dan walaupun ianya melibatkan maruah sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-samalah kita berusaha mengelakkan perkara tersebut terjadi kepada kita.

NzA berkata...

salam k.ani..lama tak singgah..
Betul tu kak, terkadang kita bercerita dan meluahkan rasa hati pada kawan sedangkan kawan tak jujur dan bercerita pula pada orang lain....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam NzA,

Itulah kita kena berhati2 bila bercerita. Takut kena yang macam tulah.

Amie berkata...

Assalamualaikum KK,
Amie pun takut juga dengan keterlanjuran begini, maklumlah hidup kita dikelilingi macam2 kawan, ada yang baik dan sebaliknya.... tapi tak dinafikanlah selalunya telinga memang mendengar orang mengumpat.... ya Allah!

Cikli berkata...

semoga Allah melindungi hamba ini dari seksa dan malu yang amat

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Itulah lumrah hidup kitakan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan berkenaan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah harapan kita semua. Semoga tidak menjadi bahan umpatan dan fitnah dunia.

LadyBird berkata...

ya Allah.. kau tutupilah keaibanku di dunia dan akhirat.. Ammeeennn..

Kunang-Kunang berkata...

LadyBird,

InsyaAllah, kalau kita menutup aib orang, InsyaAllah Allah akan tutupkan aib kita.

Seperti orang kata "you get what you give".