Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 27 Mac 2012

Madu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu.

"Madu". Perkataan yang tak berapa sinonim dengan orang perempuankan?. Yang peliknya bila nak beli buah-buahan, kita akan beli yang ada perkataan madu dibelakangnya seperti limau madu, nangka madu, cempedak madu, hinggakan buah salak pun nak buah salak madu. Begitulah dengan buah-buahan lain yang ada perkataan madu digemari oleh semua tidak hanya pada perempuan. Pendeknya orang semua tahu 'madu tu baik'.

Kali ni saya nak tulis hal 'madu' yang disukai lelaki dan perempuan iaitu madu daripada lebah. Banyak orang tahu khasiatnya.

Dalam surah al-Nahl ayat 68-69 Allah ada berfirman:


Maksudnya: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.


Maksudnya: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Nabi Muhammad S.A.W, ada bersabda, maksudnya: "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam perubatan tradisional melayu ubat-ubatanya banyak berasaskan madu. Apa yang saya tahu orang-orang dulu mereka buat makjun pun mesti masukkan madu. Orang yang menyelidiknya mengatakan "Honey contains vitamins and antioxidants, but is fat free, cholesterol free and sodium free"

37 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Setakat ini jarang terputus bekalan madu di rumah kak.. namun kadang-kadang terbeli juga yang tidak asli kerana dicampur gula...

Qhaifa Nur berkata...

penting sebenarnya madu ni..kalo kat umah buat ubat untuk batuk...

tapi tak pernah beli FIL yang bagi biasalah mereka lebih arif, ori tau tidak...

Pok Amai-Amai berkata...

Sy kena start amalkan madu la mcm nie. Tapi madu quite expensive kan?

Kamsiah berkata...

salam
saya ada terbaca petua nak test madu ori ke tak...caranya baca Bismillah smp habis...madu tu akan keluar wap...wallahualam...saya tak pernah cuba,cuma terbaca ja...

yg saya biasa test...letakkan madu atas piring,tuangkan sikit air...kalau ianya membentuk corak2,tak larut,maknanya ia adalah asli..

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Sukar nak cari madu yang asli dan kebanyakan yang dikeluarkan di negara kita dicampurkan dengan gula. Pernah beli yang diimport dari Australia alhamdulillah ok sangat..:)

NzA berkata...

susah kak nk cari madu yg benar2 ori sekarang nie..tetapi kat rumah sentiasa ada...tak tahulah mana yang ori n mana yang dah dicampur.....

ajak berkata...

asalam ... memang betoi madu banyak khasiat ... cuma kekadang kaum wanita nie fobia mendengar perkataan "madu" nie ... gurau jerr ..heheeee

sonata anak kancil berkata...

saya pun mengamalkan minum madu ni - tapi nak cari yang ori - susah betul la...kdg2 beli aje kat ke yang jual buku2 agama tu

sal berkata...

madu sedap..khasiatnya pun banyak

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..masa batuk2 ni setiap hari makan madu+air limau nipis.

aby berkata...

salam k hanim ..
sekarang wak klu nak cari madu,
carik kat pasar minggu stadium shah alam jer ..
mcm2 jenis ada ..

berckp psl madu ni ..
teringat plak anta madu kt umah kak dgn tangan wak bersimen ..
he..he..

Zulkifle Othman berkata...

salam Kak..
oreang pompuan, pantag betul
bab "madu" nih..manis pada
lelaki je katanya..

realiti masu lebah memang
makanan terbaik..ada diceritakan
dalam Al-quran :)

insan_marhaen berkata...

IM sedang cuba untuk beri ibu_suri minum madu. tapi bimbang pula sebab ibu_suri ada diabetis.

LYAfrina berkata...

madu jugak penawar bg penyakit asma kan..

inazamri berkata...

stok madu kat umah dah abis.Ina suka makan madu bersama roti gardinea.Kadang2 tu buh kat muka gak utk facial lembabkan kulit.Tp jarang la buat coz syg madu tu mahal nk buh muka lak .

Alisha Residenc berkata...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Aine Ainun berkata...

Bgus makan madu ni...
Berkhasiat..

Ssah nk jumpa yg ori

Kakzakie berkata...

Rumah kakak memang kena sentiasa ada madu kak ani sebab anak-anak masih sekolah. Kakak jadikan rutin mereka minum madu utk elak batuk. Minum air lemon pun kami campur madu.

Minggu lepas hubby beli sebotol dari makcik kampung murah sikit RM52/500ml

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Dulu ketika anak-anak masih kecil bila mereka batuk saya akan berikan mereka minum madu.

Hasilnya memang berhasillah.

Kunang-Kunang berkata...

Qhaifa Nur.

Kak Ani masih ingat, dulu2 selalu nampak mak akan sapukan madu bila adik2 yang masih kecik ketika itu terantuk dan benjol.

Alhamdulillah benjol atau bengkak tu hilang.

Kunang-Kunang berkata...

Pok Amai-Amai, Fara

Sekarang ni susah nak pilih yang mana satu ori yang mana tidak. Bagi kak ani kadang2 tu jalan tebaik akak beli yang import sebab menurut kata2 orang, yang import tu sebenarnya ori cuma sumber madunya bukan dari bunga2 liar tapi bunga yang ditanam.

Wallahuwa'llam.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih berkongsi cara nak test madu ni sama ada asli atau tidak. Ada macam2 carakan.

Kita cubalah mana satu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga sihat yer.

Seperti yang saya catat di atas tu, orang kata yang import ni original cuma bezanya manisan2 yang disedut oleh lebah tu adalah dari bungaan yang ditanam bukannya bunga2 liar sebagaimana di Malaysia.

Ini kerana lebah2 ni dibela.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Ada orang kata madu tualang dari Langkawi adalah original.

Pernah ke rumah pencari madu tualang di Langkawi beberapa tahu dulu untuk beli madu. Orang yang membawa akak ke rumah pencari madu tu ialah pemandu van pelancong.

Dia kata madu disitu asli. Harga pada masa tu rm60.00 kalau tak silap untuk botol 1 litre rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Madu dalam quran pun dah disebut kebaikannya untuk sebarang penyakit, jadi kita ikhtiar, semboh atau tidak itu kerja Allah kan.

Kunang-Kunang berkata...

Sonata,

Akak tak berani beli dengan orang2 perseorangan yang datang jual madu pada kita.

Selalu akak beli dikedai atau pusat belibelah yang banyak menjualnya.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Mudah2an batuk Acik Erna semboh segera.

Batu lama2 ni memang tak tahan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Aby,

Waalaikumussalam Wak.

Tulah wak, sakit2 pun datang jugak hantarkan madu yang dibeli di Intan tu.

Terima kasih banyak2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Apa nak buat, orang perempuan ni elergik sikit dengan 'madu'.

Tapi tetap suka madu lebah untuk kecantikan dan kesihatan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Kak Ani ambik jugak madu ni tapi tak berani kerap sebab akak juga ada diabetes.

Zaman kecik2 dulu selalu makan madu ni cicah lempeng sebab masa tu nenek sendiri jual madu. Memang yang ori.

Madu ori memang sedap. Sekarang madu yang akan makan tak ada rasa seperti masa cicah lempeng dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Betul tu, dalam madu lebah ada racun dan penawar.

Kunang-Kunang berkata...

LYA,

Mungkin sebab madu lebab ni panas tu yang bagus untuk orang mengidap asma.

Kunang-Kunang berkata...

Inazamri,

Ini betul suka hingga boleh makan dengan roti.

Akak selalu makan wafer di A & W dengan madu. Sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Alisha Residenc,

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

Khasiat madu tidak dinafikan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Satu amalan yang baik tu. Dapat beli dari orang yang biasa kita beli, rasa boleh percaya sikitkan.

kakchik@ella berkata...

Kak, ella suka makan madu dari jenama Khawla