Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 20 Mac 2012

Lipas Kudung Pun Kalah!!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Sahabat semua. Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat Baginda.

Saya baru balik dari HUKM. Petang nanti akan ke sana lagi. Semenjak Zulaikha discharged dari HUKM Ahad lepas dan suaminya pulak dah mula ke out station semalam, jadual hidup saya dah berubah. Penat jangan cerita.

Semenjak kelmarin saya terpaksa menghantar Zulaikha ke HUKM pada waktu pagi untuk menyusukan anaknya yang masih berada dalam incubator di ICU hospital berkenaan. Baby ni terpaksa ditahan dulu di situ sehingga berat badannya bertambah ketahap yang doktor berpuashati. Petangnya saya terpaksa ke sana lagi menjemput Zulaikha balik kerumah.

Di rumah pulak dua orang anaknya tak sihat. Dah beberapa hari mereka demam dan batuk. Semenjak sekolah dibuka semula ni, dah dua hari jugalah Izati belum lagi ke sekolah memandangkan dia demam dan batuk.

Diharap esok bolehlah dia ke sekolah. Ini bermakna esok bertambah lagi tugas saya dan suami. Kami berdua dah berbincang, selepas subuh mungkin kami terpaksa bergerak dari rumah untuk ke Puncak Alam menghantar Izati dan Eresya sekolah. Eresya ke Tadika. Izati akan transit di Taska bila balik dari sekolah agama sesi pagi sebelum ke sekolah kebangsaan sebelah petang. Petang kami akan ke Puncak Alam semula menjemput Izati balik.

Rutin ni mungkin akan berjalan sehingga akhir minggu. Minggu depan tak tahu apa lagi perancangannya. Zulaikha kata nak balik ke rumahnya di Puncak Alam. Mungkin dua tiga hari saya akan tinggal di rumahnya sehingga dia sihat sikit. Saya terpaksalah menolongnya mana yang boleh memandangkan dia pun tak ada sapa-sapa nak membantu.

Betul kata seorang kawan blogger, bila anak dah kawin, kita risau cara anak dah kawin. Ramai orang kata, bila anak dah kawin tanggungjawab kita lepas. Tapi rasanya atas perasaan keibubapaan saya tidak sanggup melihat dia berada dalam kesusahan. Perasaan tak sampai hati membiarkan mereka susah menjadikan kami sentiasa fikirkan kehidupan mereka."

20 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam
begitulah naluri keibuan kita...selagi bergelar ibu,kita tetap bimbangkan keadaan anak2,walaupun dia org dah besar...

Aine Ainun berkata...

Sgala penat lelah tu berganda2 pahalanya...

Betul..takkan sanggup biarkan anaknya kan...
Bonda y pun begitu,,

ajumohit berkata...

Betul tu kak, Mak saya gitulah, Mak mana tak sayangkan Anak kan. Semoga segalanya Akan pulih sediakala

Zaitun berkata...

Salam kak ani...mana mungkin tanggung jawab ibubapa habis selepas anak berkahwin malahan lagi berat dengan bertambahnya cucu.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Sebagai ibu, mmng tak snggup tengok anak dlm kesusahan...
Semoga Allah permudahkan segala urusan akak...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Rupanya risau juga hati ibu apabila anaknya dah berkahwin...Tak pernah tanya atau agak pula macam mana hati mama dan mak saya..
Kalau hati saya sendiri, anak yang kecil hilang dari pandangan, memang saya risau..

Temuk berkata...

As-salam KUNANG-KUNANG

Memang kita sebak, pilu, sedih, gembira, bangga, takut, risau... macam-macam rasa ada pada kita bila melihat keadaan anak-anak & cucu-cucu. Memang berat juga rasanya, kerana di kala kita rasa kita boleh berehat dan main-main dengan mereka, kita masih juga menjaga mereka. Kira selagi mampulah, bila kita dah 'tak larat', nasib merekalah, kan? Minta-minta mereka pula boleh melihat kita. Insya-Allah.

Amie berkata...

Assalamualaikum KK,
bila baca entri ini Amie insaf keadaan bonda di kampung, risaunya dan kebimbangannya terhadap sebarang musibah yang berlaku pada anak cucu lebih daripada perasaan ibu atau bapa kepada anak sendiri. Kalau boleh bonda ingin pastikan semua anak cucu cicit dalam keadaan baik seperti yang diinginkan...
Semoga apa yang KK lakukan akan sentiasa dipermudahkan oleh-Nya.

inazamri berkata...

harap baby dan ibu serta cucu2 akak cepat sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Memang betul perasaan kasih sayang ibu kepada anak tanpa batas.

Memang susah senangnya kita rasa bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun,

Ikut penat memang penat. Maklumlah dalam usia kami sekarang ni. Tapi Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan akak dan abang kekuatan tenaga untuk terus membantu mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Memang walaupun anak tak kawin, sebenarnya kita masih bimbang takut-takut perkara tidak diingini berlaku pada mereka.

Sentiasa doakan anak-anak dan keluarganya bahagia.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Waalaikumussalam. Ada orang nasihatkan kita, kata mereka "kita dah kawinkan dia, pandai2lah dia mengendalikan rumahtangga dia".

Tapi cakap senang, bila dah terkena, tak larat nak pandang saja.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Waalaikumussalam. Betul tu. Masa mereka kecil kita bertungkus lumus cari rezeki untuk mendidik dan beri mereka makan.

Dah besar mungkin dari segi wang ringgit kita tak terlibat tapi dari segi kebajikan mereka rasanya tak boleh nak lepas tangan.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Memang kerana kasih sayanglah ibubapa sentiasa risau hal anak-anak. Cuma anak-anak sedar atau tidak saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Betul kata orang hanya mereka yang merasa saja memahami apa yang kita orang tua ni rasa.

Itulah juga harapan saya semoga anak-anak kasih dan sayang pada kita sebagaimana, kita mengasihi mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Waalaikumussalam,

Betul tu Mie, disamping rindu bila berpisah jauh dengan anak2 dan cucu, kerisauan kepada mereka sentiasa ada.

Doa tak putus dari bibir supaya Allah murahkan rezeki mereka dan lindungi mereka sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Inazamri,

Terima kasih mendoakan anak dan cucu kak ani semoga Ina sekeluarga juga berada dalam kesihatan yang baik.

zue berkata...

kak ani sama mcm mak sy juga yg tak boleh nengok anak2 dia susah...hingga kn kami yg sudah brkawin masih mngharapkan bantuan mak lagi..tak tahulah nak ckap bila mak dah x ada lagi...harap kak ani jaga kesihatan juga.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Terima kasih kerana memahami. Sementara kami ibubapa ni masih ada harapan kami pada anak-anak semoga anak2 dapat memberi kasih sayang dan ambik tentang kami, bila kami dah tak ada esok, kirimlah doa dan pahala pada kami.