Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 16 Mac 2012

Kisah Nabi Idris v.s. Dengan Iblis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringkat. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.

Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.

Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”

Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit.

“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.

“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya.

Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Pengajarannya :

1. Iblis akan datang untuk menggoda anak Adam, samaada terdiri daripada para Nabi atau manusia biasa dengan berbagai helah dan tipu daya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan tipu muslihat Iblis.

2. Tips yang diajarkan oleh ulama untuk menghindari hasutan Iblis ini iaitu apabila ada keraguan atau was-was dalam hati cepat-cepat tinggalkan was-was tersebut dan terus ambil tindakkan yang pasti. Contoh jika kita terlupa bilangan rekaat dalam solat samaada rekaat ke3 atau ke 4, ambil sebagai rekaat ke3 dan tambah satu lagi rekaat dan diakhiri dengan sujud sahwi.

3. Apabila berhajat untuk bersedekah atau ingin membuat sesuatu amal soleh, terus dilaksanakan jangan di tangguh-tangguh lagi kerana yang cuba melenggah-lenggahkannya adalah dari bisikan Iblis.

4. Senjata yang dapat menghancurkan Iblis :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :”Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan banyak membaca al-Qur’an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku”.

Semoga kita juga tidak mudah tergoda dengan hasutan dan godaan iblis".


Terima kasih pada nursyirah.wordpress.com

14 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Insyaallah, semoga kita terhindar dan dijauhkan dari Iblis....

Saya suka Entry ni..peringatan yg baik dihari yang Mulia...

azlanlin berkata...

Kekadang, manusia di sekeling kita juga bersifat sebgitu yg akan "menghancurkan" kita...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak..:)

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah dan diberikan~Nya kesihatan yang baik..aamiin

Ya kak, iblis cukup halus caranya menggoda, disokongnya orang-orang beribadah namun diselitnya riak dalam hati manusia. Jika manusia tergoda maka hancurlah segala ibadahnya.

Moga Allah jauhkan kita semua dari hasutan iblis..

Hanis Azla berkata...

perkongsian yg indah.. terima kasih kak.. semoga kita sentiasa dijauhi oleh iblis hendaknya..

Qhaifa Nur berkata...

iblis memang pengoda...moga kita semua tidak lalai dengannya..

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun,

Semoga kita tidak tergoda dengan makhluk bertanduk ni.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Azlanlin,

Terima kasih lapangkan masa singgah di sini.

Betullah tu, syetan sahlah syetan, yang manusia ni lagi merbahaya sebab kita nampak zahirnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razakm

Alhamdulillah, akak sihat. Semoga Abd Razak begitu juga.

Iblis memang menggoda manusia dengan berbagai cara. Orang beriman digodanya cara orang beriman, yang tak beriman sangat pun lagi senang digodanya.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Terima kasih seandainya N3 sama-sama mengingatkan kita tentang leciknya makhluk bertanduk tu.

Semoga kita semua tidak berdaya digodanya.

Kunang-Kunang berkata...

Qhaifa Nur,

betul tu. Kita kena sentiasa beringatkan.

MulutPayau berkata...

perkongsian yg menarik...terima kasih kak kerana mngingati...

Ros berkata...

Salam,

Alhamdulillah syukur pada Allah....baik sangat info ni buat kita semua....perbanyakkan lah berzikir mengingati Allah,semoga kita semua ni sentiasa di lindungi Allah SWT..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Allah sentiasa bersama kita, jadi berzikir atau ingatlah kepada Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-sama.