Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 15 Mac 2012

Air DiTempayan DiCurah Jangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ini dah masuk 5 hari Ju berada di Wad. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan mendoakan keselamatan anak dan cucu saya. Hanya Allahlah yang membalas budi baik dan doa baik kawan-kawan tu. Semoga hidup kawan-kawan juga diberkati Allah selalu.

Besok doktor memutuskan yang Ju terpaksa melahirkan anaknya melalui cara pembedahan (cesarean). Pembedahan tu dijangka akan dilakukan esok. Semoga Allah lindungi anak dan cucu saya dan permudahkan segala urusan itu.

Hidup kita ni sentiasa diuji. Beberapa hari lalu kita membaca berita tentang penduduk di Hulu Langat dan Ampang dilanda banjir kilat. Sesuatu yang tidak dijangka.

Selepas diuji dengan banjir kilat, sekarang sebahagian dari kita terpaksa pula menghadapi masalah ketiadaan air walaupun hujan turun hampir setiap hari. Kesan dari air yang melimpah ruah akibat hujan yang lebat dikatakan menjadikan logi pembersih air pulak kotor. Ini menjadikan aliran air kepada sesetengah tempat terpaksa diberhentikan untuk seketika sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Jadi ada orang kebanjiran dan ada pula antara kita kekeringan.

Kawasan Shah alam dikhabarkan akan terlibat sama. Jadi malam kelmarin sibuklah saya menyimpan air. Untuk air minum saya dah tadahkan air dari filter dan dimasukkan dalam beberapa bekas air. Sebenarnya pada saya air minum ni tak risau sangat kerana untuk air minum kita boleh beli air mineral di kedai-kedai. Yang merisaukan saya air yang nak digunakan untuk urusan kita seharian. Jadi kerana itu saya simpan juga air dalam bekas-bekas yang sedia ada di rumah.

Malam tadi ketika ke kedai berhampiran rumah, saya perhatikan tong-tong dan baldi-baldi besar dipamerkan di hadapan kedai untuk dijual. Yerlah supaya senang orang-orang yang memerlukan memilihnya. Orang berniaga ni pro aktif sungguh.

Begitulah putaran hidup kita ni. Senang susah silih berganti. Kesabaran sangat perlu untuk menenangkan hati dan perasaan menempah kesusahan demi kesusahan ini.

Di rumah saya buat masa ini syukur Alhamdulillah air masih ada seperti biasa. Tapi air yang disimpan masih tak berani digunakan, apa lagi nak buang. Teringat pepetah orang bijak pandai "dengar guruh di langit, air di tempayan dicurah jangan".

22 ulasan:

Kakzakie berkata...

Moga Ju diberi kekuatan mental dan fizikal menghadapi ujian Allah ye Kak Ani... sama-sama kita doakan dia.

Betul kak jgn buang dulu air yg ditadah bimbang tak ada air susah jadinya.

p/s: Rindu nak tengok bunga orkid kak ani lagi.

sal berkata...

Harap2 semuanya ok, SEmoga semua perancangan berjalan dengan baik dan ju selamat melahirkan cahaya mata yang dinantikan yg menjadi penyeri dalam keluarga..amin..

Queenie berkata...

Assalamualaikum wbt kak Ani...


InsyaAllah, anak dan cucu kak ani akan diberi kemudahan oleh Allah swt kerana jihadnya...saya sekeluarga disini akan terus mendoakannya..

saya pun simpan air jugak, bimbanglah kan wlp bekalan masih belum terputus...

Amie berkata...

Insya-Allah semuanya akan baik, mudah2an sihat selamat anak dan cucu.
Alhamdulillah, di kampung kami tidak ada masalah air...

inazamri berkata...

ina sekeluarga mendoakan semoga anak dan cucu kak ani dipermudahkan segala urusan dan dalam lindungan Allah.Semoga pembedahan berjalan lancar

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Terima kasih doakan Ju dan anaknya.

Tak ada air memang susahkan. Kata orang tak ada letrik boleh tahan lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih doakan anak dan cucu kak anak.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kakAni:)

Semoga segala akan selamat...InsyaAllah..:)

Orang kata kan kak..
baik tak dek elektrik dari tak dek air ..:)
Kiranya pepatah melayu memang betullah kan kak.."dengar guruh di langit..air di tempayan dibuang jangan.."
;)

Qhaifa Nur berkata...

mudah mudahan semuanya selamat...

kat umah pun sibuk tadah air...risau kalau tak de air..

NzA berkata...

Ya Allah, Kau permudahkan segala2nya..semoga Ju dan Babynya selamat...amin....

Semoga kak ani dan family sabar n tenang hadapi ujian ni.....

Aine Ainun berkata...

Betul...mmg ada putarannya...
Insyaallah, Allah akan lindungi mereka...saya doakan jua...

MulutPayau berkata...

semoga kedua2nya selamat....InsyaAllah...

Maya Mayana berkata...

Yana aminkan doa2 akak..Amin..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Queenie,

Terika kasih doakan anak kak ani dan cucu. Allah sajalah yang akan membalasnya.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Inazamri

Terima kasih Ina. Itulah harapan kami semoga pembedahan yang akan dilakukan pagi ni berjalan sebagaimana kita harapkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih atas doa Sis Tinie untuk anak dan cucu kak ani.

Nampaknya sehingga semalam air di rumah masih ada. Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Ghaifa Nur,

Terima kasih atas doa Nur.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Terima kasih atas doa NZA pada kami. InsyaAllah kami akan cuba menerima keadaan ini sebaik mungkin.

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun,

Terima kasih sekali lagi atas doa AA pada anak dan cucu kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Maya MP,

Terima kasih atas doa kerana doa MP pada kami khususnya Ju dan anaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Maya Mayana,

Terima kasih atas doa Maya tu.