Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 29 Mac 2012

Chit,,,,Chit...Chitnya Makin Kuat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu.

Ketika sedang menyidai pakaian di beranda rumah pagi semalam, kedengaran bunyi chit.., chit.., chit.. dipersekitaran tempat saya berdiri.

Saya toleh pada sebuah pasu bunga yang tergantung diberanda. Saya tahu di dalam pasu tu ada sarang burung. Saya selalu nampak sepasang burung bertenggek dipasu tu semenjak akhir-akhir ni. Saya sedar ada sarang burung dalam pasu tu ketika menyiram pokok di dalamnya.

Rupanya persinggahan sepasang burung di pasu tu untuk membuat sarang. Biarkanlah, fikir saya. Penyiraman saya pada pokok bunga dalam pasu tu rupanya tak membantutkan perkembangan pembiakan burung yang sedang berlaku di situ.

Akhirnya saya lupa tentang sarang burung tu sehingga satu hari saya nampak sepasang burung yang sama tu singgah lagi di pasu tu. Saya minta menantu saya tengok. Memandangkan kami berdua memang ketinggian lebih kurang, menantu saya berdiri atas kerusi untuk melihat isi dalam pasu berkenaan. Rupanya dah ada 2 biji telur burung didalam sarang tu. Lepas tu tak adalah saya ambik tahu lagi. Kerja siram menyiram berterusan.

Tapi pagi semalam keluarbiasaan bunyi chit....chit... dari sepasang burung yang sedang bertenggek di wayar talifon di berdekatan beranda rumah saya tu dan sayutan chit...chit... dari dalam pasu yang tergantung menjadikan perasaan ingin tahu saya begitu kuat.



Inilah keadaan sepasang burung tu bertenggek didawai telefon. Sayang jarak yang agak jauh dan hanya menggunakan h/fon dalam keadaan tergesa-gesa, gambarnya tak jelas


Lagi dekat saya hampiri pasu berkenaan, lagu riuh rendah bunyi pasangan burung berkenaan. Kebetulan yang ada berdekatan dengan saya ketika itu hanya h/fon. Jadi gambar sepasang burung tu hanya hitam putih jerlah.

Memandangkan pasu tu tergantung agak tinggi, saya tak dapat nak ambik gambar dalam pasu tu. Jadi saya hulur saja telefon saya dan snap. Hasilnya:



Kerana ingin tahu saya terus berusaha menurunkan pasu yang tergantung tu untuk melihat lebih jelas keadaannya. Tanpa disangka 2 ekor anak burung didalam pasu terbang keluar dengan bunyi chit...chit.... yang makin kuat. Rupanya anak burung tu dah penuh bulunya dan dah mula belajar terbang agaknya. Ketika itu bunyi chit..chit..chit makin kuat bersahutan antara anak burung dalam pasu dan sepasang burung tadi.

Anak burung tu terbang jatuh, dia berusaha terbang dah jatuh lagi. Saya cuba menangkapnya, tapi gagal, saya cuba lagi bila dia jatuh lagi, kali ini bila tangan saya dah hampir kepada burung berkenaan, saya tak dapat tunduk lebih rendah kerana rambut saya tersangkut pada penyidai kain yang tergantung, saya cuba lagi, lagi banyak rambut yang tersangkut sehingga sanggul saya terburai. Akhirnya saya biarkan burung tu terbang.

Burung tu tebang dari beranda rumah saya dan bertenggek di pokok yang berhampiran, masa tu riuh rendahlah bunyi burung 4 beranak tu. Terutama sepasang burung tadi, terbang sana, terbang sini dengan bunyi chit....chit.... yang lebih riuh rendah seolah-olah dalam kecemasanan.


Burung yang dalam kecemasan, terbang ke sini sana


Saya tak tahu ini burung apa. Bentuk warnanya seperti burung terkukur atau merbuk tetapi badannya lebih kurus dan berjambul. Anaknya pula saya sempat lihat di bawah perutnya ada warna seakan-akan warna kuning lembut. Saya rasa sedih dan menyesal mengganggu kebahagian 4 beranak burung ni. Saya nak tangkap burung tu untuk meletakkanya kembali ke dalam sarang. Tak ada niat lain, Allah tahu niat saya.



Akhirnya ini saja yang tinggal.


Saya gantung balik pasu tu ditempatnya tanpa mengusik sarang burung berkenaan. Kalau burung tu nak datang dan tinggal lagi disitu, dialu-alukan. Hasben saya kata, burung tu takkan datang lagi.

Saya megambil pengajaran dari hal rambut saya yang tersangkut pada penyidai kain tu. Mungkin sepasang burung tu berdoa supaya anaknya selamat dan tidak diapa-apakan oleh saya dan Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Penyayang memakbulkan doa sepasang burung berkenaan. Bukankah doa mereka yang teraniaya itu sangat makhbul.

21 ulasan:

ariana berkata...

Sbnrnya banyak pengajaran yg kita boleh dapat dr alam sekeliling..asalkan kita mahu merenung dan berfikir..burung pun makhluk Allah...

Kakzakie berkata...

Niat Kak Ani bukan nak ganggu tapi burung biasanya macam husben kak Ani kata bila dan kena begitu memang dia tak akan dtg lagi.

Nampak sangat mak-bapak burung pun tahu sayang anaknya...

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

sayangnya ibubapa burung itu kepada anak2 mereka... tapi nilai kasih sayang di hati ibubapa manusia, kian terhakis agaknya. :(

kakchik@ella berkata...

suka baca entry ni kak. walaupun tentang burung tetap menyentuh hati dan emosi.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani...

Keliling rumah Puan mesti banyak pokok berkayu selain dari tanaman berpasu Dan redup. Burung2 sgt suka keadaan sebegini. Seronok Nya
Ada burung bersarang, Betelur Dan menetas di laman rumah. :)

ajumohit berkata...

Assalamualaikum kak, begitu mendalamnya rasa kasih kita walaupun kepada haiwan, niat baik begitu pasti mdapat pahalanya, Seronok mmbaca cerita Akak ni

sal berkata...

Mungkin ibu burung itu ketakutan apb melihat manusia yg dtg..sedangkan jauh dari sudut hati kita yg ikhlas nak menolong, ye kak ..

biarlah kak... klu dia rasa rindu pasti ketemu..klu dia tak dtg bermakna dia dah tak rindu..hehe..

insan_marhaen berkata...

Teringat IM pada burung terkukur peliharaan abah IM...Yang selalu gerakkan IM dari tidur waktu pagi dengan cit citnya itu.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Apa yg berlaku di skeliling kita banyak yg boleh dijadikan pengajaran pada kita

Kunang-Kunang berkata...

Perasaan kasih dan cinta pd darah daging sendiri dah ditanam dalam jiwa setiap makhluk.

Kunang-Kunang berkata...

Kemungkinan akibat dosa yg dilakukan dan gagal melawan hasutan iblis menjadikan dihati sesetengah manusia dah hilang perasaan kasih dan sayang di hati mereka. Hasilnya terjadilah perkara yang tidak sanggup manusia normal melakukannya.

Kunang-Kunang berkata...

Kemungkinan akibat dosa yg dilakukan dan gagal melawan hasutan iblis menjadikan dihati sesetengah manusia dah hilang perasaan kasih dan sayang di hati mereka. Hasilnya terjadilah perkara yang tidak sanggup manusia normal melakukannya.

Kunang-Kunang berkata...

Yer perasaan kasih dan sayang Allah dah masukkan dihati burung ni sebagaimana kita juga terhadap anak2 kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Burung saja tak aperlah jangan binatang yg tak diingini dah. Semoga Allah elakkannya jauh2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aju,

Allah tanamkan rasa kasih dan tanggungjawab pada keluarganya waima pada haiwan kecil nikan. Besarnya kasih sayang Allah pada makhluk ciptaanNya.

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu Sal. Tak dia tak kitakan. Manalah burung tu tahu niat.kita. Yg dia nampak bahaya,

Kalau dia tak pulang lagi ke sarang tak aper, tapi akak rasa mesti dia akan menyayi jugak tu dipersekitaran rumah kak ani rasanya. Burung2 lain seperti terkukur selalu ada di kawadan perumahan ni. Tapi tak ada siapa yg kacau dia.

Pagi2 seronok dengar bunyi burung2 ni.

Kunang-Kunang berkata...

Adik beradik kak ani ada 2 orang yg minat sangat pelihara burung ni. Dulu ketika selalu diadakan pertandingan suara burung, burung dia orang selalu menang. Sekarang dah tinggal sorang yg masih kekal dgn hobi ni.

Kak ani ingat lagi di rumah dia orang piala burung bukan main banyak.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semuanya dah terjadi kan.. serah kepada Allah kerana tak terniat nak aniaya burung tu.. InsyaAllah adalah penjagaan daripada Pencipta.. dan kita sentiasa mohon maghfirah daripadaNya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Yer betul tu kak, saya berdoa semoga anak burung 2 ekor tu selamat.

Saya bimbang dimakan kucing.

Acik Erna berkata...

assalamualaikum kak ani..allah tahu dan semua yang datang kesini pun tahu..niat kak ani cuma nak menolong burung tu kembali kesarang.

Dieyna berkata...

Rasanya burung tak membahayakan kesihatan hehe so, biarkan mereka tinggal di situ.. hehe