Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 19 Mac 2012

Hari Yang Semakin Senja - Perkahwinan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada semua yang singgah di sini.

Terasa betapa usia ini merangkak ke penghujung senjakala apabila melihat anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang semakin dewasa. Lepas seorang, seorang berkahwin dan berkeluarga. Masa demi masa cucu dan cucu saudara bertambah.

Apa pun saya amat bersyukur dan Alhamdulillah atas rahmat kehidupan yang Allah berikan kepada saya sehingga ke saat ini.

Semalam satu lagi perkahwinan anak saudara saya berlangsung. Perkahwinan antara anak saudara lelaki saya dengan gadis pilihannya di Puchong. Anak saudara saya ni ialah anak lelaki bongsu kepada adik saya yang pernah saya ceritakan hilang pengelihatan akibat mengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi yang teruk. Ceritanya di SINI

Semalam saya rasa terharu sangat melihat dia selamba jer ketika menghadiri perkahwinan anaknya. Walaupun tak nampak cuma dapat mendengar keriuhan suasana, demi anak datang juga. Adik beradik datang bersalam dengannya pun dia tak kenal cuma cam suara saja. Doktor masih menunggu bacaan gula dan tekanan darahnya stable untuk membuang cataract dimata kanannya. Menurut doktor mata kanannya ada harapan untuk melihat. Mata kiri memang habis tak ada harapan lagi.

Inilah gambar-gambar majlis di rumah pengantin perempuan semalam.












Inilah keluarga adik saya. Berbaju melayu merah berkupiah
berdiri dikiri sekali tulah adik saya.


Bila kenduri kendara nilah dapat berkumpul adik beradik, seronoknya. Teringat zaman hidup dibawah bumbung rumah mak dan ayah dahulu, bahagianya ketika itu. Tidak apa yang perlu difikirkan, tak ada tanggungjawab.

14 ulasan:

Amie berkata...

Assalamualaikum KK,
indahnya nostalgia lalu ye....
nampak meriah majlis kahwin tu... moga pasangan pengantin akan berbahagia hingga akhir hayat.

ieda berkata...

dlm majlis kawin lah kita dpt jumpe saudara mara .. merapatkan hubungan sesama kita yg memang adakalanya x jumpe bertahun lamanya ..

merah putih sgt2 naik warnanya ;)

Aine Ainun berkata...

suka tengok pengantin...

masa semakin cepat berjalan..
kita jua semakin bertambah usia..
Masa tak boleh diputar kembali..

semoga setiap amaln kita diterima olehnya=)

Ros berkata...

Salam Kunang Kunang,

Wahhh..meriah dan merah semuanya kak Ros suka...he.he.he...Masa majlis macam ni lah baru kita boleh dapat berjumpa ngan semua adik beradik ni kan Kunang Kunang...

Zaitun berkata...

Salam kak ani...tahniah buat pengantin semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Cantik pelaminnya.

ajumohit berkata...

as salam kak, tahniah untuk pasangan pengantin, merah berseri2 ceria sangat

sonata anak kancil berkata...

Assalamualaikum - waktu majlis macam ni lah baru dapat berjumpa sedara mara....pelbagai cerita - pelbagai rupa yang telah berubah...( mamah dik usia yang semakin lanjut )

Cikli berkata...

cubaan Allah bermacam termasuk kebahagiaan

NzA berkata...

sekejap je masa brlalu kak ani....tanpa sedar anak2 dh makin membesar dan akak dpt merasai nikmat brgelar seorg nenek..syukur krn masih diberi peluang untuk berada disisi insan2 tersayang....

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt....smoga adiknya tabah mengharungi hdp ini n smoga boleh dipulihkan! Itulah kehidupan....hrp kita diberi kesihatan yg baik dlm meniti hari2 senja kita.

insan_marhaen berkata...

macam majlis walimah adik IM baru ni; mak dan bapa saudara saling menagis bila berjumpa dengan mak IM yang kini berkerusi roda.

Maya Mayana berkata...

zmn kscil tkde tanggungjwb hanya tahu bermain..tk fikir apa2 mslh hidup

dewasa belajar tanggungjwb...

Zulkifle Othman berkata...

Salam Kak..
semoga di berkati Allah kedua mempelai..berbahagia selalu hingga akhir hayat..

PS# moga cepat sembuh buat adik
perempuan Kak..

Linda Musa berkata...

salam akak..am agree dgn statement akak yg last sekali..kenduri kendara memang merpatkan ukhwah sesama kita..yg jauh pakat2 balik..yang dekat pakat2 datang tolong...indahnya ukhwah itu....