Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 6 Mac 2012

Berkongsi Pandang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Lama sungguh tidak ke ladang
Tinggi rumput dari padi
Lama sungguh tidak ku pandang
Rasa rindu di dalam hati


Assalamualaikum kawan-kawan semua. Semoga semuaya di bawah lembayong rahmat Allah. Beginilah saya, dah macam biskut 'chipsmore' pulak, jarang-jarang dapat menjengok di sini.

Tak ada apa sangat cerita yang nak saya sampaikan kali ini. Cuma saya nak syare orkid yang sedang kembang di rumah saya. Orkid orange ni baru pertama kali ini berbunga di rumah. Saya dah tak ingat berapa lama saya dah saya tanam orkid ni. Saya sendiri dah tak ingat pernah melihat warna orange ni.





Kedua-dua orkid ni sedang berkembang di rumah. Kedua-duanya jenis orkid vanda. Nama betulnya, maaflah dah lupa. Kuntum bunganya seolah-olah seiras, cuma warna berlainan. Yang bewarna putih tu dah lebih sebulan berkembang, masih segar, seolah-olah bunga plastik, segar dah meriah. Kedua-duanya tidak berbau.

Orkid-orkid ni memang seronok kalau berbunga kerana bunganya tahan lama, tapi menunggu ia berbunga memerlukan kesabaran yang jitu. Kalau tak sabar, mau rasanya dicampak jauh.

27 ulasan:

kakcik berkata...

Subur dan segar nampaknya.:)

abu muaz berkata...

assalamualaikum,
semua perkara mestilah dibuat dengan penuh kesabaran.

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
wah nmpak cantik2 lah okid kak ani...

Syimama berkata...

Assalamualaikum kak

Okid..memang cantik, sy pernah juga tanam yg oren tu, selalunya bila sekali berbunga akan berturut2 bunganya..yang peliknya pd perhatian sy, setiap kali baru nak terbit sulur bunga tu, jjika asyik diintai2.. nanti terus terbantut...he3 suratan atau kebetulan.

WuMing berkata...

WuMing punyai sepupu adalah penjual Orkid... import dari Thailand..

Zaitun berkata...

Salam kak ani

Cantik...saya punya warna kuning.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Tanam orkid ni kena rajin ya kak! Belai, baja, beri air dan sebagainya kena konsisten kan!

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam...
Cantik tapi saya tak suka tanam bunga...Lebih suka tanam pokok yang berbuah..

S..U..D..@..I..S berkata...

betul pernah tanam okid ...tp tak sabar...
pindah tanam ros...ramah bungannya..

Kamsiah berkata...

guna baja yg biji ke yg spray punya?

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Yang orange tu memang subur pokoknya tapi yang putih tu kurang sikit. Tak tahu kenapa. Moga2 dia panjang umur.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abu Muaz,

Yer betul apa saja yang kita buat perlukan kesabaran.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Terima kasih atas semangat yang diberikan.

Kadang2 ada juga rasa nak berenti tapi macam mana dengan yang dah ada ni. Sekarang akak dah tak beli yang baru, maintain jerlah mana yang ada.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Betul apa yang syimama katakan tu. kadang-kadang dia dah keluar kuntum, kita dah seronok, tiba kering. Kalau bernasib baik adalah satu dua kuntum yang kembang.

Kunang-Kunang berkata...

Wu Ming,

Bunga-bunga dari Thailand memang cantik dan harganya dikatakan murah. Sayangnya susah nak dapat bagi kita yang duduk di Lembah Klang ni, orang utara senang boleh beli di Padang Besar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Oh rupanya banyak warnanya yer. Akak rasa dulu akak ada warna pink, tapi sekarang tak tahu pokok mana.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Akak Alhamdulillah sihat. Semoga Abd Razak begitu juga yer.

Memang, pokok2 kena belai dan bercakap2 selain dibaja dan disiram. Kadang2 mana yang tak nak berbunga tu kena ugut jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,


Akak ni macam mana nak tanam buah Iza, tanah secoik jer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Akak guna baca biji dua minggu sekali (baja dari kacang soya, dapat beli di pasar tani Stadium Shah Alam saja). Lepas tu akak letak juga nugget sebulan sekali.

Bila rajin guna juga baja air untuk daun dan bunga.

Kunang-Kunang berkata...

Sud@i,

Tanam orkid juga kena rajinkan. Tapi bila berbunga, meriah.

Acik Erna berkata...

assalam kak anie..saba..jangan campak jauh..kalau orkid kak anie campak ramai je yang nak tolong kutip..cantik bunga orkid ni

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Tulah kena sabar. Kadang2 kalau lama tak berbunga tu ada juga rasa jemu.

inazamri berkata...

senang ke jaga orkid ni kak?ina tanam pokok yg takde bunga coz takut frust kalau pokok ada bunga tapi x berbunga2 .maklum kurg sabar hihi.bila tgk orkid2 akak ni tingin plak nak beli orkid

Temuk berkata...

As-salam, kunang-kunang
Oren ayu, putih menarik. Walau lama menunggu bunganya, lama pula kehadirannya utk tatapan kita. Kira berbaloilah. Ceria selalu!

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Sebenarnya yang berbunga jer yang ditunjuk ni, yang tak berbunga lagi banyak, he he.

Tanam orkid ni tugas kita, siram pagi dan petang, kalau boleh sebelum matahari naik dan selepas matahari turun, kalau disiram matahari dah tinggi takut melecur daunnya Letakkan baja, kalau tahi kambing (tapi akak tak suka baja tahi kambing) 2 minggu sekali, kalau jenis sembur tu, 2,3 hari sekali.

Lepas tu suruh dia berbunga....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,
Semoga Cikgu sihat selalu

Lupakan warnanya tu bukan aper, menunjukkan lama-lamanya satu-satu orkid di pasu nak berbunga.

Dulu saya rajin lekatkan nama orkid2 ni pada pasu, tapi semenjak senja makin matang ni saya dah tak kisah sangat.

Memang seronok bila dia berbunga.

NzA berkata...

cantiknya bunga orkid tu...tringin nk tanam ttp skrg masih dok taman n kawasan rumah sempit.....kena KIV dulu la....