Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 17 Mac 2012

Akhirnya Dia Hadir Juga



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala semalam lebih kurang jam 12 tengahari anak saya Zulaikha ditolak keluar dari Dewan Bedah selepas selamat menjalani pembedahan anak ketiga.

Nampaknya bertambah lagi seorang cucu saya. Ju melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki pertama bagi dia dan suami serta cucu lelaki kedua bagi saya dan abahnya. Terpaksa dilahirkan awal kerana baby tidak berapa aktif ketika dalam kandungan. Beratnya ketika dilahir sekitar 1.7 kg saja. Tapi banyak-banyak syukur kerana dia sihat walafiat cuma fizikalnya saja kecil. Sekarang berada dalam incubator.

Terima kasih atas doa kawan-kawan semua untuk kesejahteraan anak dan cucu saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga hidup kawan-kawan semua diberkati Allah selalu.

10 ulasan:

Aine Ainun berkata...

alhamdulillah...selamat...

sebak rasa..teringin nak anak lelaki..=)

Kakzakie berkata...

Syukur Alhamdulillah dah selamat pun. Keluarga kakak ada pengalaman baby lahir tak cukup bulan Kak Ani. Pun masuk incubator. Sekarang dah jadi staff-nurse dah sebab dia ambil Diploma dalam kejururawatan...

Mana tahu cucu kak Ani ini akan jadi doktor pula. Bila dia besar tengok birth cert. dia mesti dia akan senyum sebab berat tak sampai pun 2kg...

Dieyna berkata...

Alhamdulillah dan Tahniah yer.. penyeri keluarga tu...

kakcik berkata...

Alhamdulillah. Semoga kedua2nya dalam keadaan sihat.

NzA berkata...

syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doa2 akak skluarga...semoga ju n babynya semakin beransur sihat..TAHNIAH untuk k.ani juga kerana tambah seorg lagi cucu......

al-lavendari berkata...

tahniah kerana bertambah cucu lagi. syukur anak dan emaknya selamat.

insya-allah saya akan dpt cucu kedua bulan jun/julai ni.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam...

Tahniah,semoga menjadi anak yang soleh.Ameen.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Tahniah dapat cucu lagi.. semoga bertambah keberkatan dalam keluarga Ani ya... amiin

Acik Erna berkata...

syukur alhamdulillah dah selamat melahirkan..tahniah kak ani dan ju

putrylady berkata...

Salam kak Hanim.
Tahniah...
anak sulong saya 1.6kg masa lahir...21 hari kemudian, baru naik 1.7kg...
sekarang ni, saiz budak 5 tahun
walaupun baru nak cecah usia 3.
hehehe