Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 3 Februari 2012

Semut Berwajah Manusia??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Tersendap hati sekejap mendengar apa yang dipertuturkannya. Mungkin dia tak sengaja berkata begitu. Mungkin tak ada niatnya nak berkelakuan dan berkata-kata yang boleh menjadikan kawan-kawan menganggapnya sombong.

Sifat sombong ialah apabila seseorang itu memandang dirinya sangat sempurna dari semua segi berbanding orang lain. Dia sombong dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Dia lupa semua itu adalah pinjaman dari Allah yang Allah boleh menariknya balik pada bila-bila masa saja.

Rasulullah s.a.w. pun telah menjelaskan tentang bahaya sifat ini, sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang berkata " (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya yang bagus". Baginda bersabda "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (Riwayat Muslim)

Tahap kesombongan paling dahsyat adalah sombong kepada Allah dengan cara menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepadaNYA. Hakikatnya manusia tidak layak memiliki sifat sombong kerana manusia hanyalah makhluk yang lemah.

Kadangkala kekuasaan, kekayaan dan kecantikan menjadikan manusia itu lupa dan sombong serta megah dengan dirinya. Mereka memandang rendah pada orang lain. Berbagai jenis ancaman telah Allah berikan melalui firman-NYA mengenai larangan bersikap sombong ini, antaranya Allah melarang keras sikap memandang rendah pada orang lain sehingga bila bercakap pun tak sudi memandang muka orang yang dilawannya bercakap. Dalam Surah Luqman, ayat 31:18) Allah berfirman, maksudnya:

"Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri."

Orang yang sombong selain mendapat kehinaan di dunia sebagai balasan perbuatannya itu diakhirat juga nanti akan mendapat kehinaan daripada Allah s.w.t. dengan dikecilkan saiz tubuh mereka sekecil semut, dan kehinaan datang dari segenap penjuru.

Rasulullah s.a.w. bersabda: maksudnya"Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia. Dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara, ke neraka jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran (najis) penghuni neraka.",. (Riwayat Al Tirmizi dan Ahmad)

Walaupun berbagai-bagai ancaman telah Allah jelaskan melalui firmannya, namun manusia masih melakukannya.

N3 ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri supaya sedar apa yang saya lakukan. Semoga pertuturan, perbuatan dan gerak laku sentiasa di dalam garis-garis yang Allah tetapkan.


Rujukan: Majalah Solusi

33 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani?

Kenapa? Ada manusia yang mengejek manusia lain ke? Walaupun itu adalah lumrah, tapi siapa kita untuk merendah2kan ciptaan Allah, kan?

Aine Ainun berkata...

Salam pagi....
saya singgah sini=)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Perasaan sombong dan bangga diri ini boleh kita kenal melalui pertuturan, gaya jalannya, cara pandangnya dan sebagainya..

Semoga kita sentiasa diberikan hidayah petunjuk menjauhkan sifat ini..

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Apa yg takut sombong dlm diri sendiri tanpa disedari. Itulah baiknya ada blog macam Kak Ani ini selalu mengingatkan sesama ummah... Terima kasih kak...

pB berkata...

as salam


semoga Kak Ani sihat di pagi jumaat yang mulia ini

Hanis Azla berkata...

Salam kak..

Terima kasih atas perkongsian yg baik ini.. moga menjadi panduan untuk memperbaiki diri.. insyaAllah..

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Begitulah lumrah manusiakan. Kita selalu terlupa kekurangan diri tapi nampak kekurangan orang lain tanpa kira sebab musababnya.

Kunang-Kunang berkata...

Aine Ainun.

Selamat sejahtera untuk Aine. Semoga dipagi Jumaat ini Allah memberikan keberkatanNYA kepada kita semua.

Salam kenal dan terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Waalaikumussalam. Sama-samalah kita mengingati diri kita sendiri kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya sihat semoga akak juga sihat.

Memang betul kesombongan ini boleh dilihat di mana-mana waima ketika sedang menuntut ilmu pun. Terlepas juga kalau dah sikapnya begitu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam pB,

Semoga pB sekeluarga juga diberkati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Hanis,

Alhamdulillah jika ianya memberikan kita sedikit manfaat kepada kita semua.

[PCL] berkata...

Assalamualaikum.

semut2 kecil berwajah manusia adalah gambaran begitu ramainya manusia yg sombong semasa hidup mereka di dunia..ada sedikit persamaan entri dgn saya hari ini.

alhamdulillah dan terima kasih kerana mengigatkan.

LadyBird berkata...

kdg2 kite sombong tanpa disedari..

ramai yg sombong, sombong dgn pangkat dn kedudukan tetapi terlalai dgn tanggungjawab dgn kedudukan tersebut..

p/s : ya ALlah jauhilah aku dpr bersifat sombong.. ameeennn..

anitaare berkata...

Asalammualaikum kak,

Syukur dpt lg ilmu bila dtg blog akak..sy juga sdg bermuhasabah diri..terimakasih kak

Moga kita dijauhkan dr sifat sombong..ameen

zulkbo berkata...

salam Kak..
moga sihat selalu hendaknya..
sifat sombong ni..sedikit sebanyak ada dalam diri kita tanpa kita sedari..moga di kikis jauh dari jiwa

Zaitun berkata...

Salam kak ani semoga kak ani sihat.

Kenapa mesti bersikap sombong sedangkan semua yang kita punya adalah hak Allah swt.

ariana berkata...

Assalamualaikum kak.T.kasih atas perkongsian amat bermanafaat ini..

Sangat takut kalau di lekakan dan terleka dgn nikmat dunia yg Allah pinjamkan ini..( nauzubillah)

Ann Ishak berkata...

As salam kak, kadang2 manusia mudah alpa dengan segala kenikmatan yang ada

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...
Terima kasih atas prkongsian ini..semoga kita semua dijauhkan dari sifat sombong....

insan_marhaen berkata...

IM selalu melihat cermin untuk pastikan IM selalu senyum...

aby berkata...

salam k hanim ..
lama wak tk nyinggah kt sini.
harap k hanim sihat seadanya ..
sekadar memanjangkan apa yg wak ngar kt kuliah ..

betapa hina nya manusia ni.
diturunkan ke bumi allah ni melalui saluran air kencing dan kejadian dimulakan dari air mani yg hinam yg akan dicuci bila terkena kt anggota kita ..

jd bila dah besar dan pandai jgn la angkuh dan sombong ..

maaf sekira bahasanya kurang molek didengar ...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Yerlah, ramai manusia yang baik pekertinya, ramai pulak yang sebaliknyakan.

PCL,

Sajalah nak beritahu, kak susah sangat nak ke Blog PCL, loadingnya lama sangat.

Kunang-Kunang berkata...

LadyBird,

Semoga kita sentiasa mengawasi diri kita kan supaya tidak sama-sama termasuk dalam golonga tu.

Kunang-Kunang berkata...

anitaare,

Waalaikumussalam Ita, semoga kita sentiasa berada di dalam kesejahteraan. Terima kasih singgah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Tidak dinafikan sebagai manusia biasa sifat-sifat negatif ini ada pada kita, semoga kita membendungnya sebaik mungkin.

Terima kasih, kak ani sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

betul tu, apa sangatlah kelebihan yang kita ada, semuanya tak kekal dan bukan milik kita pun.

Kunang-Kunang berkata...

Ann,

Terima kasih singgah. Semoga kita sama-sama beringat kan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-samalah kita saling berusaha mengindari sifat ini kan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul tu, muhasabah diri sangat dituntut dalam islam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Itulah hakikatnya kejadian kita, tak ada aper kelebihannya. Semua keluar dari jalan yang sama.

Semoga kita sama-sama ingat siapa diri kita yer wak.

Semoga wak sekeluarga sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

betul tu, kesenangan yang dipinjamkan kepada kita tu bukan untuk dibanggakan.

ummu berkata...

salam kak hanim
masa mula2 baca tajuk post ni
saya suspen juga..
oh rupanya ibarat.
terima kasih kak ata sperkongsian ini