Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 14 Februari 2012

Sedapnya Nampak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Petang semalam ketika singgah di Station Minyak Petronas berhampiran rumah, saya terpandang kuih di atas dipamerkan di dalam kedai Station tersebut. Harganya RM5.50 setiap satu. Saya rasa harganya berpatutan.

Menurut pandangan mata saya, nampak sedap. Hati teringin nak rasa. Akhirnya saya beli satu bekas kuih seri muka atau kalau di Terengganu kami panggil 'kuih tok aji serbang (serban) dan satu bekas lagi kuih talam. Kenapa dipanggil 'kuih tok aji serbang, Wallahuwa'llam.

Tiba di rumah, ambik piring terus potong kedua-dua kuih berkenaan dengan pisau plastik yang dibekalkan sekali.



Rasanya - Kuih talam lebih sedap dari kuih seri muka. Kuih talamnya lembut dan sedap. Manakala kuih seri muka pulak, kepalanya sedap tapi pulutnya kurang.

Sekarang ni saya jarang buat kuih muih, pengat dan bubur termasuklah bulan Ramadhan, bukan apa makannya berdua, tak berbaloi penat kalau buat. Sedapnya belum tentu sebab saya ni taklah pandai sangat masak. He he malu jer. Budak-budak sekarang tak pandai merasa kuih-kuih melayu macam ni.



Sekarang ni kuih-muih yang dulunya memang kita maklum tak boleh disimpan lama, sekarang ni semuanya mungkin. Tak ada yang mustahil. Orang sekarang memang pandai mereka cipta.

36 ulasan:

Kakzakie berkata...

Kuih serimuka selalu mudah nak dapat tapi talam ubi tu jarang juga jumpa kak Ani...

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Itu bukan talam ubi, tapi talam tepung beras akak rasa. Tapi halus sangat isinya tu, lembut.

putrylady berkata...

Salam kak. Apa kabar?
selalu singgah tapi tak sempat bagi salam...hehehe minta maaf banyak2...
Sedap kuih tu kak...
Saya suka kuih talam tu.
Kalau kenduri boleh le buat...tapi selalunya mesti ada cacat juga. Takleh lawan senior buat. hehehe

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

semoga sihat sentiasa :)

kuih talam tu ati sangat2 suka
tapi payah nk dapat yg sedap
tapi kalau balik lipis kat pekan
benta tu ada org jual..sedap sangat :)

Linda Musa berkata...

salam kak ani...saya selalu beli kuih talam kat pasar section 6.mcm2 jenis kuih talam ada.kedai tue sebelah kedai buah.kalau ada any occasion last minit nak bawa buah tangan susai je la :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PutriLady,

Terima kasih rajin singgah blog kak ani ni.

Maaflah akak jarang dapat singgah di blog Lady. Semoga semuanya okey yer.

Akak memang tak pandai nak buat kuih-muih melayu berkepala macam ni,

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Kuih-kuih melayu ni memang sedapkan. Dapat yang betul-betul pandai membuatnya, puas hati kita makan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Linda,

Terima kasih singgah. Betul tu, akak selalu jugak ke pasar seksyen 6 tu untuk beli kuih2 melayu ni.

Kadang2 kalau rajin akak ke pasar malam di situ setiap selasa dan jumaat. Seronok tu senang parking.

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum kak..
teringat ms rumah abg kndueri baru2 ni..ada kueh seri muka, sedapnya...memang ori betul rasanya..kalau nak cr mcmtu kt sini tk kan jumpa lah..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani..
Saya suka sgt dgn kuih talam Dan seri muka, tapi buatnya x pandai. :)

Zaitun berkata...

Salam kak ani...nampak pun tepung talam tu lembut dan boleh agak rasanya tentu sedap.

Aine Ainun berkata...

Saya suka kuih talam;)

betul, kekadang pk dok berdua,
malas nak buatkan, yg mkn x ramai....

anitaare berkata...

salam kak, saya suka kuih talam..kalau teringin kena gi pasar pagi..mmg ada org yg jual kuih-muih smua jenis talam..mmg sedap

Marina Monroe berkata...

Salam,

Saya suka kuih2 kukus dr gorengan

che mid berkata...

Talam tepung tu sedap sangat.. tapi kadang terasa sangat 'ketepungannya'.. jadi hambar je rasanya.. cewah komplen pandai, cer suruh buat.. 1001 alasan...

ainnoraini berkata...

Saya suka kuih talam tu.. Tapi selalu beli jer..

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Kalau di Kedah yang hijau tu dipanggil...pulut sekaya...

[PCL] berkata...

assalamualaiku, wah nampak sedap nih..kalau mamdiana, dia panggil kuih ni 'pulut sekaya'...baru beli je kat sini tak berapa sedap tp ok la.

Kamsiah berkata...

kuih talam tu saya suka yg part bawah tu,kenyal....seri muka...pulut tak mau ada rasa berbiji2 la kan...

atie berkata...

Salam kak semoga akak sentiasa sihat selalu... saya pun suka kuih tu...he..

ariana berkata...

Asmkm kak ani..Suami sy suka sgt kueh2 tradisional..tp mmg tak padan kalau nk buat..biasanya belilah juga..cuma ada masanya frust sbb kueh tak sesedap yg diharapkan..tp nampak kueh yg K,ani beli tu mcm sedap dan elok je menjadinya ye..bolehlah beli lg..( sy selalu beli dr tuan yg sama yg kita dah tau sedap atau taknya..)

Amie berkata...

Teringin nak makan kuih tok aji serban! Sedapnya....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nyanyisunyi

Selalu kenduri kuih melayu jadi pilihan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Saya bab-bab buat kuhih yang berkepala ni memang angkatlah, mengaku kalah, saya tak pandai.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zal,

Pada kak ani memang kuih talam tu sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aine,

Budak2 sekarang jarang suka kuih-kuih macam ni, kalau suka pun kuih seperti karipap dan lain-lain yang agak pedas, manis2 ni kurang.

Jadi kita beli jerlah sepotong dua. Tapi yang akak beli ni, boleh makan 2, 3 kali, akak simpan dalam peti ais.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MM,

Satu yang kita tak tahan kuih-kuih macam ni, lemaknya. Orang berpenyakit seperti kak ani ni tak boleh kerap sangatlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Di area rumah kak ani ni, susah sikit nak dapat kuih talam ni, kuih seri muka ada. Cuma sedap dengan tidak jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Yerlah, nak buat kuih ni cerewet pun. Jumpa tempat yang sedap berbaloi beli jer.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Diperhatikan pada N3 Che Mid, akak rasa mesti Che Mid pandai masak kuih-muih melayu ni.

Masak sendiri memang sedapkan. Cukup ramuannya.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Kami pulak selalunya kuih 'tok aji serbang ni' kepalanya dibuat dari telur, santan dan gula saja, jadi dia bewarna coklah.

Sama seperti kuih sekaya yang orang kelantan selalu buat tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Mamdiana sama seperti Iza yer, panggil pulut sekaya.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Cacatnya pada kuih seri muka yang akak beli ni pun kerana pulutnya.

Pulutnya terasa seperti keras berjelatah. Kepalanya okey.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Terima kasih atas doa aite, semoaga atie sekeluarga pun begitu juga hendaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Mungkin di Kuantan senang sikit dapat kuih muih tradisional yang sedap ni yer.

Akak kalau ke Kuantan mesti lepaskan rindu pada kuih-muih terengganu di sana. Maklumlah kita cuma bersempadankan.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Akak ni malu ngan Amie jer. Mesti Amie arif memasaknya.