Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 13 Februari 2012

Lapang Sikit Hari Ni

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Sejak kebelakangan ni jarang saya berpeluang berjalan-jalan dan singgah di rumah kawan-kawan. Walaupun begitu, kawan-kawan singgah juga di rumah saya bertanya khabar. Terima kasih banyak-banyak.

Hari ni Alhamdulillah, walau pun cuaca panas terik dan petang tadi hujan lebat, dapat juga saya berjalan-jalan dan singgah di rumah kawan-kawan pulak. Alhamdulillah dapatlah saya mendengar khabar kawan-kawan. Maaflah sejak akhir-akhir ni selain keadaan yang kurang mengizinkan, masa juga terlalu pendek rasanya dari hari ke hari. Walaupun tak singgah tapi dalam hati tak pernah lupa.

Pada kawan-kawan yang belum sempat saya singgah rumah mereka hari ini, InsyaAllah saya akan singgah kemudian, mungkin esok, mungkin lusa. Semoga Allah sentiasa berkati hidup kita sekeluarga.

26 ulasan:

Mieza berkata...

Assalamualaikum Puan,
Semoga kita semua jadi insan yang lebih baik hari ini, insyaAllah.

sal berkata...

walau kurang berinteraksi keran kekangan masa..ingatan tetap di hati..InsyaAllah..
saya pun begitu, jika ada masa terluang, saya akan berkunjung..klu tidak, tunggulah masa lapang..

ajumohit berkata...

Akak, Aju doakan moga Akak sentiasa sihat, walaupun tak pernah bersua tp ingatan tetap Ada ;)

Cikli berkata...

alhamdulillah nikmat masa dan kesihatan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang dan redha Allah..

Alhamdulillah, biarpun tak bertandang dalam hati masih tersimpan ingatan.. semoga ikatan ukhwah berkekalan...

Temuk berkata...

Assalamualaikum
Gembiranya hati dapat memanjangkan silaturrahim, apa lagi bila dapat bertemu mata, bertukar cerita. Bila mendengar kisah perkembangan rakan taulan dapat juga kita menjadikannya sempadan ataupun teladan.

Acik Erna berkata...

assalamualaikum kak ani..semoga kak ani sihat sentiasa..

Aine Ainun berkata...

Semog segala urusan dipermudahkan....

ieja amieja berkata...

salam kak ani..lama x ziarah cni..samalah lah kita..apa pun ingatan tetap di hati..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...sudah mencukupi kalau ada ingatan dalam hati.Semoga kak ani sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Mieza,

Begitulah kita sepatutnya kan. Hari ini kita sepatutnya lebih baik dari semalam.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Alhamdulillah kita saling ingat mengingati sebagai saudara seagama.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih atas doa aju. Akak doakan aju sekeluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Alhamdulillah atas nikmat yang diberiNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak Werdah,

Saya sentiasa doakan agar akak sihat. Saya pulak Alhamdulillah.

Betul kak Werdah, kita tidak pernah bersua muka antara kita semua tapi hati sangat dekat.

Semoga ukhwah antara kita berkekalan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Betul bila mendengar kegembiraan kawan kita rasa lega dan bila kesedihan yang kita dengar, hati turut sedih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Alhamdulillah akak sihat semoga Acik Erna begitu juga.

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita denganNYA dan juga dengan sesama insan.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Semoga ukhwah kita semua terjalan kukuh dihati. Dari kejauhan kita saling doa dan mendoakan kebahagian dan keberkatan hidup kawan-kawan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Alhamdulillah ukhwah dan rasa sayang menyayangi antara kita semua.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Masuk sini dengar gemersik lagu pun dah cukup memberi peringatan buat kakak ni kak Ani.

Moga kak Ani sihat...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Alhamdulillah, dari kejauhan ada kawan yang mengingati kita.

Semoga ukhwah yang terjalin bertambah erat yer.

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Kadang kala masa memang tak mengizinkan kita untuk berlama-lama di ruangan maya...
Apapun, terima kasih dan moga sentiasa sihat...

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Betul alam maya ni alam sekejap melepaskan penat.

Apa pun tengoklah cara kita menggunakannyakan. Terima kasih. Semoga Iza juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

anitaare berkata...

salam kak,

hari ni pun baru saya lapang sikit utk singgah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Terima kasih singgah. Lapang2 singgahlah yer.