Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 17 Februari 2012

Keringat Mengalir di Pagi Jumaat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum pada semua di hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini. Semoga kita semua di bawah rahmat Allah subhanahuwataala.

Pagi tadi saya paksakan diri untuk rajin sikit. Dah lama saya berhajat nak bersihkan kawasan di luar pagar rumah saya ini. Dah semak dengan pokok-pokok renek yang dulunya saya tanam, kononnya untuk mencantikkan. Sekarang pokok2 tu dah menjalar serta membiak sehingga saya dah tak nampak tanah diantaranya lagi.

Saya takut ada makhluk yang tak diingini lepak kat situ. Jadi pagi tadi saya dan suami buatlah perlahan mengikut kudrat kami.




Inilah sebahagian kawasan yang saya bersihkan tu. Petang ni InsyaAllah bila Salam balik dari UIA bolehlah ajak dia bersihkan pokok-pokok yang dah di tebas tu. Mungkin sebagai ganti saya akan tanam pokok lily yang sekarang ni tak terjaga dalam pasu. Lily pun membiak juga tapi dia tak semak.

Sambil bersihkan semak-semak tu, saya perhatikan ada pokok bunga kerak nasi saya berkembang. Bunga kerak nasi ni ada juga orang panggil bunga tikam teladan. Tak silap saya bunga ni bunga rasmi negeri Melaka. Dari jauh baunya harum semerbak. Saya tanamkan pokok ni ditepi pagar rumah saja. Dibiarkan dia menjalar dipagar.







Ingat masa kecik-kecik dulu kalau dapat bunga ni mesti letak dalam lipatan telekong sembahyang supaya telekung tu wangi. Di samping bunga kerak nasi ini ada juga beberapa pokok bunga santalia. Pokok-pokok ni tumbuh sendiri di luar pagar tanpa saya tanam. Mungkin benih berterbangan dari pokok induk yang saya tanam dalam pasu. Santalia ni pun berbau wangi. Ada orang juga orang panggil bunga ni bunga sundal malam sebab ia berbau lebih kuat di waktu malam.




Dan seperti biasalah bunga ros mesti ada yang kembang tiap-tiap hari. Maklumlah saya jenis sayangkan batang-batang ros ni. Jadi setiap kali saya potong dahan yang tua, saya akan pacak batang-batang dahan tu di mana-mana yang saya rasa boleh hidup, dan biasanya InsyaAllah hiduplah.




Saya gemar semua bunga-bungaan. Ada orang tanya kenapa tak tanam sayur-sayuran. Nanti saya cuba, InsyaAllah

36 ulasan:

ajumohit berkata...

waalaikumussalam kak, suke tgk bunga2 akak ni, segar mata memandang, bile keluar dan balik rumah menyambut kita dan buat kita tersenyum je hehehe

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan..
Di pagi hari ni tadi saya pun mengeluarkan peluh tawaf berjalan kaki separuh taman.
Bunga kerak nasi tu mmg wangi kan.. My son selalu ckp,
Bunga tu bau kuih.. :), tapi bila dia Ada di rumah, semua pokok menjalar saya di tebasnye.. Katanya rumah dah macam hutan simpan, nanti belalai gajah pun keluar.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Tulah kan Aju terapi mata.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Memang bau ni seperti bau daun pandan.

Rajin dia menebasnya tak aper. Memang kalau semak saya pun takut tulah juga. Maklumlah makhluk tu boleh hidup di mana-manakan.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Elok benarlah kak..sambil bersihkan kawasan rumah, dapat juga berpeluh buangkan toksik dalam badan

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Pokok ni masa kecik mmng cantik..tapi kalau dibiarkan semak pulak...bnmbng jugak ada benda lain yg brsmbunyi di situ...

Aine Ainun berkata...

Sesekali keluarkan peluh, lagi seronok kalo buat dengan suami kan, semangat je bersihlan umah...

Saya pun suka menanam, suka dengan pokok2 ni;)

Kamsiah berkata...

salam
kat rumah saya pun ada bunga 'tikam teladan' tu...nama rasminya bunga kesidang...mmg wangi mcm bau daun pandan,kan...

Kakzakie berkata...

Kak Ani... bunga kerak nasi kakak tak tahu tapi santalia rumah kampung kakak banyak... Kakak suka tengok org taman pokok menjadi macam Kak Ani ni...apa lagi kalau berbunga sebab kakak ni jenis tanam susah nak berbunga...

Qhaifa Nur berkata...

salam..

kat umah tak banyak tanam bunga, tapi tanduk rusa memang hidup subur...

suka santalia, putih bersih...

Cikli berkata...

aktiviti sihat di pagi jumaat

Mieza berkata...

Assalamualaikum Kak KK,

Alhamdullilah sangat suka bunga2 yang berbau harum, mengingatkan saya pada rumah umi dan abah saya...rindu.

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum kak.
Membersihkan halaman rumah sebegini dapat menyihatkan badan.

LadyBird berkata...

bunga kerak nasi tu cantik..
pernah nmpk tp x pernah bau..

Temuk berkata...

As-salam KUNANG-KUNANG
Wow, kalau dekat dan sihat, memang saya minta izin untuk sama-sama hayunkan parang! Kerja menebas ni seronok dan menyihatkan, asalkan kita tak "over". Maklumlah dah ahli geng bersara! Tentu luas kawasan kunang-kunang ni. Ada kalanya penyelenggaraan kawasan rumah memang boleh memeningkan. Selamat berhujung minggu!

ckLah @xiiinam berkata...

As-salam...
ckLah mula kenal bunga kerak nasi masa melawat Kompleks Mahsuri Disember lalu. Di pintu masuk Muzium, ada promoter menjual Wangian Mahsuri yang dibuat dari pewangi asasnya, bunga kerak nasi atau bunga kasidang. Memang wangi baunya....teringin nak cari benihnya. Dalam muzium pun ada, digambarkan sebagai bunga yang sering dipakai Mahsurri...


Kalau dekat, saya datang patahkan sikit dahan bunga akak! :D

sal berkata...

Assalamualaikum kak Ani...rasa ringan dan berpeluh jika dapat keluar rumah untuk membersihkan kawasan yee...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak

Semoga saudara sihat.

Begini jerlah yang akak mampu lakukan. Sikit-sikit, kadang2 terpaksa minta orang lakukan. Bagilah duit sikit2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Memang betul, kalau dah jadi hutan kecil macam2 makhluk singgah terutama yang merayap tu. Eh...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aine,

kak ani ni pun memang suka bunga. Tapi bunga2 jenis atas tanah ni kadang tu tenaga kurang untuk menguruskannya.

Itu yang akak senang tanam orkid.

LYAfrina berkata...

BLH KELUARKAN PELUH D PAGI2.. BLH SIHATKAN TUBUH BDAN KAN..BILA RMH TERANG..MINDA PON TENANG

anitaare berkata...

alhamdulillah kak ani,

moga akak sihat sentiasa..bunga-bungaan itu kurniaan Ilahi..perlu disirami dan disemai agar hidup segar kan begitu..

cantik bunga2 tu kak ani

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Kak Ani memang suka tanam bunga2 harum ni. Melur melor pun ada akak tanam. Sukakan baunya.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Sebenarnya pada kak ani semua orang boleh tanam bunga. Dulu kak ani pun selalu mengeluh bila tanam pokok tak hidup.

Tapi kawan kak ani kata tak ada istilah tangan panas, dia suruh juga cuba, akhirnya Alhamdulillah,

Cubalah kakzakie. Bercakap2 sikit dengan pokok2 tu, pujuk dia suruh dia berbunga.

Gertak dia sikit, kalau tak nak berbunga, nanti "aku buangkan". Itulah yang akak buat seperti yang diajar oleh kawan-kawan.

He he cubalah, pokok tukan makluk Allah juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Qhaifa Nur

Pokok tanduk rusa subur kalau kita dapat gantung pada pokokkan.

Kak Ani tak ada tanam pokok ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mieza,

Terima kasih singgah.

Bunga-bunga wangi ni menyegarkan badan. Kalau rajin campurkan kelopak2 bunga ni seperti bunga ros, bunga melur kedalam air mandian, ia boleh menyegarkan badan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu, dah tua2 ni nak jongging2 dok tok rok. Kerja2 gini jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Berdaya buat sikit2 jer. Nak buat banyak2 tak larat juga.

Kunang-Kunang berkata...

LadyBird,

Bunga kerak nasi atau kesidang ni baunya seperti bau daun pandan tetapi lebih lembut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Kawasan rumah saya tak luas sangat. Tu pun dah habis saya tambahkan keluasan rumah. Dan kawasan lapang habis saya pasangkan ubin,=

Ada tanah sikit saya simpan untuk hobi saya tanam pokok. Sebab tu saya suka tanam orkid kerana tak memerlukan tanah yang banyak.

Kawasan yang saya tunjukkan tu adalah kawasan diluar pagar rumah saya. Tanah Kerajaan. Saya tanamkan pokok2 sikit untuk mencantikkannya dan menyedapkan mata memandang untuk orang berjalan kaki.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu ckLah,

Terima kasih singgah blog saya ni.

Saya tak taulah sama ada pokok ni boleh hidup melalui semai batang atau tidak sebab dulu saya beli pokok yang dah ditot di Pasar Tani.

Ada juga saya cuba semai dengan batang, tapi nampaknya tak hidup.

Kalau dekat apa salahnyakan, lagi dicantas lagi lebat pokoknya, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Berpeluh tu tak dinafikan. Tapi tubuh akak ni bukan ringan selepas melakukannya, tapi sengal semua sendi, maklumlah kereta lama.

Kunang-Kunang berkata...

LYAfrina

Terima kasih singgah.

Buat kerja pun tak boleh lebih2 nanti bukan sihat, sakit seluruh badan. Orang macam kak ani ni kena buat kerja mengikut 'kekuatan' yang ada saja tak boleh lebih.

Kunang-Kunang berkata...

Ita,

Terima kasih. Pokok2 tu antara dibelai dan diugut. Kalau dia tak berbunga, pujuk2 dia, kalau dia degil tak nak berbunga, ugut dia. He he

Acik Erna berkata...

asalam kak ani..meriah rumah kak ani dengan bunga..mesti berbau wangi bila pagi2 kan

gadisBunga berkata...

salam auntie, bunga kerak nasi tu auntie taruk baja apa? sebab yg kat rumah saya tu taknak berbunga lagi lah. :D