Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 16 Februari 2012

Cuba Apa Saja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan syriat agama kita serta masih dalam kemampuan, orang yang banyak masalah kesihatan seperti saya ni sanggup cuba apa saja yang kawan-kawan cadangkan.

Begitulah yang saya cuba lakukan. Termasuk malam tadi, dah 3 kali saya ke Pusat Jualan Al Jabbar di Seksyen 25 untuk melakukan terapi menggunakan Mesin Dr. Jism. Saya cuba membuat terapi menggunakan mesin ini bila ada kawan saya mencadangkannya. Semoga usaha saya ini dapat meringankan sakit lutut saya ni.

Kata kawan saya, dia sendiri dah cuba selama sebulan. Alhamdulillah, sekarang bengkak-bengkak di kaki dan tangannya dah mulai hilang. Dan yang paling bersyukurnya, dia dah boleh mengerjakan sholat secara biasa.

Jadi semenjak hari Isnin baru ni saya mulakannya. Untuk satu jam saya dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Okeylah tu. Saya boleh buat terapi untuk saraf, terapi untuk menghancurkan lemak di badan dan juga terapi untuk perjalanan darah.

Malam tadi adalah kali pertama saya membuat terapi waktu malam, selalunya saya akan ke sana waktu pagi. Rupanya pada waktu malam ramai orang membuat terapi di situ. Bila dah berkumpul ramai, macam-macam cerita yang dapat saya kongsi menurut pengalaman mereka.

Mudah-mudahan usaha saya ini Allah perkenankan.

25 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam,

Saya dah buat selama 2 bulan tapi tidak meninggalkan aper2 kesan yang positif utk sakit yang saya tanggung..huhuhuhu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MM,

Rezeki masing2 agaknya yer. Tak aper saya cuba pulak. He he

kakcik berkata...

Semoga usaha Kak Ani mendatangkan hasil dengan izin Allah.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan...

Kita hanya boleh berusaha kan Puan.. InsyaAllah semoga segala penyakit Akan hilang dengan izinNYA.. :)

Aine Ainun berkata...

Insyaallah...
Yang penting kita usaha kan;)

LadyBird berkata...

salam kak kunang2..

lady doakan agar kak kunang2 cepat sembuh..

jangan putus asa..

Kamsiah berkata...

setiap penyakit ada penawarnya...mungkin belum jumpa yg serasi dgn kita,kan...kecuali penyakit tua dan mati...

insan_marhaen berkata...

mungkin boleh kongsi kelebihan guna dr jisim.

tak tahu untuk ibu_suri, bagus ke?

ariana berkata...

Setiap penyakit, ada ubatnya..Tak salah kalau mencuba.Banyak jg sy dgr tentang kebaikan Dr jism ni..mana tau serasi ngan akak kan..moga akak cpt sembuh ye..

Cikli berkata...

al jabbar sponsor team kelantan tu kak

Syimama berkata...

Saya pernah guna terapa elektrik ni, tp jenama lain. Kebetulan kawan kena darah tinggi, dia beli n letak di office, waktu tu sy sakit tumit dan ada yg sakit lutut.

Hari2 kami buat 30min, alhamdulillah baik. Kemudian mak sy pun beli.

Hanis Azla berkata...

emak saya pun begitu kak.. selalu mahu mencuba apa saja untuk kesihatannya.. tp betullah juga, kalau kita tak cuba, mana kita nak tahu keberkesanannya kan.. semoga akak sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Terima kasih. Mudah2an itulah harapan kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Itulah yang diharapkan. Kita berusaha.

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

Terima kasih Aine atas kata2 semangat tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LB,

Terima kasih doakan saya.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih atas galakan yang diberikan. Saya sentiasa mencuba untuk mencari ubatnya. kalau tak sembuh sepenuhnya, berkurangan pun Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Sebenarnya orang yang mengendalikan kedai Al Jabbar di Taman Sri Muda, Shah Alam ni adalah seorang Iman di masjid Taman berkenaan.

Dia mula berani mencuba mesin ni selepas isterinya yang sepatutnya kena buat 'by pass', disahkan doktor dah tak perlu kerana saluran jantung yang tersumbat tu dah clear selepas mencuba menggunakan mesin ini (atas cadangan dr. juga).

Banyaklah juga cerita dari mulut orang yang kena sendiri, contohnya orang kena stroke, orang yang (saya tak tau nak sebut sakit apa) tapi doktor selalu memberikannya ubat penenang) berhenti ambik ubat ni selepas mengguna mesin ni secara emergency kerana kebetulan kehabisan ubat.

Dan banyaklah lagilah cerita-cerita yang saya dengar. Kita mencuba IM. InsyaAllah mudah2an Allah berkenaan, kalau tak sembuh sepenuhnya pun berkurangan pun dah Alhamdulillah.

Kalau nak beli harganya mahal, RM13,000.00 jadi kalau ada kedai2 terapi kita pegi jerlah. Selalu tak mahal sangat. Ada juga yang kecik harganya RM4,800. (Cuma bimbang kalau ada di rumah sendiri tu kita pulak malas nak buat, kena kuat semangat betul).

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Orang yang selalu tak sihat ni macam tulah, pantang orang beritahu, semua nak cuba.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Akak mula guna keluaran Al Jabbar ni ialah tonic hati, nampaknya Alhamdulillah, tu sekarang try mesin terapinya pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Mungkin semua mesin penggunaanya sama saja. Semuanya kalau tak dari Jepun dari Korea.

Cuma agaknya berlainan companya yang mengedarkan, berlainanlah namanya.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Benda macam gini terpulang pada rezeki dan kehendak Allah juga. kadang2 ada orang 2, 3 hari guna dah berkesan, kadang ada orang tu berbulan-bulan baru nampak hasil.

Mungkin terpulang kepada betapa teruk atau pada peringkat mana sakit kita tu.

ieja amieja berkata...

insyaallah kak ani..usaha dulu baru tahu kesannye, x cuba x tahu..semoga kak ani di beri keizinanNya utk sembuh..

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Terima kasih ieja.

Tanpa Nama berkata...

Di mana lokasi kedai ni kat sri muda tu?