Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 24 Februari 2012

Alahai Wanita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum kepada semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu hadis yang menceritakan tentang kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Sa'id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah s.a.w. lalu dihadapan sekumpulan wanita. Kemudian Baginda bersabda, mafhumnya: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka."

Mereka bertanya:"Mengapa wahai Rasulullah?"
Baginda menjelaskan:"kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan."

Laknat yang dimaksudkan di sini ialah kata-kata makian dan celaan yang lahir akibat kekesalan, sama ada ditujukan kepada manusia ataupun benda-benda lain termasuk benda-benda tidak bernyawa.

Iman al-Nawawi berkata: "Hadis ini mengandungi anjuran untuk memperbanyakan sedekah, amalan baik, istighar dan pelbagai ketaatan yang lain. Ia juga mengajarkan bahawa perbuatan baik dapat menghapuskan dosa-dosa."

Dalam riwayat yang lain ada menyebut, kamu wanita yang Nabi s.a.w. lihat pada saat itu ialah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu.

Iman Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bakhil. Jika meminta, mereka sangat memaksa. Dan jika diberi mereka tidak berterima kasih."

Disamping sifat-sifat mazmumah ini, wanita juga ada kelebihan. Kelebihan wanita terletak pada kehalusan perasannya. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik, ia akan menjadikan mereka hamba Allah yang sangat dicintai. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Wanita baik yang pernah menunggang unta ialah wanita Quraisy. Mereka sangat sayang kepada anak pada masa kecilnya dan sangat pandai menjaga suaminya."


Kecemerlangan wanita mengasuh dan mendidik anak akan membawa mereka kepada kesempurnaan dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t.. Oleh itu marilah kita berdoa semoga Allah menjauhkan kita dan keluarga dari sifat-sifat ahli neraka ini dan menghiasi kita dan mereka dengan sifat-sifat ahli syurga.


Rujukan: Majalah Solusi

44 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Kak Ani. :)

Pn Kartini berkata...

Assalamuallaikum my dear kak Ani:)

Moga akak diberikan kesihatan yang baik dan diberkatiNya selalu..Amin:)

Moga Allah sempurnakan segala perbuatan dan sentiasa terpelihara dengan sifat2 terpuji...Amin...

ariana berkata...

asmkm k.ani..t.kasih kongsi ilmu..
wanita mmg senang nak dapat pahala tp senang plk dapt dosa..huhu.

Kamsiah berkata...

"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik dan semoga kakcik juga bahagia di pagi yang berkat ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sihat sentiasa.

Kak Ani Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Sama-sama semoga ianya boleh menjadi panduan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih di atas kesudian Kam menambah catatan kepada N3 kak ani ni. Semoga ianya memberi kita manfaat.

Cikli berkata...

wanita solehah paling mulia

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Baiknya hal ini diulang-ulang bagi mengingatkan kita. Buat kakak masih panjang perjalanan nak mendidik anak-anak. Takut juga dgn keadaan sekeliling sekarang... Sebenarnya mudah bagi kita perempuan tapi godaan syaitan terlalu besar...

Bersama kita berdoa Kak Ani...

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
lama sungguh sy x kesini..semoga kak ani sihat selalu.

byk juga cabarannya memjadi seorg wanita ni...terima kasih brkongsi ilmu.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..aamiin

Sungguh pun dikhabarkan kaum wanita kebanyakkannya menjadi ahli neraka namun mereka juga mudah nak masuk syurga.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

sal berkata...

keperibadian yg elok dan keberkesanan dlm menjaga rumatah tangga adalah adalah satu kelebihan dlm .terimakasih atas pesanan ini..bermuhasabah diriku..moga Allah permudahkan laluan..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Terima kasih berkongsi ilmu.....

ibundo berkata...

takut kan? Kita ni nak buat pahala cukuplah senang. Tapi buat dosa pun senang jugak... Nauzubillah.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani..
Sentiasa mengingati itu adalah pekerjaan yang mulia..
Terima kaseh.

* semoga di kurniakan kesihatan yang baik... :)

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Mudah2an lebih banyak wanita solehah yang akan lahir nanti hasil didikan ibubapa yang soleh dan solehah yang ada sekarang ini.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie.

Membentuk dan mendidik anak zaman sekarang mungkin lebih besar cabarannya dari dulu.

Sekarang segalanya dihujung jari sama ada nak yang baik atau yang tak baik. Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari segala yang tidak wajar.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Selamat jumpa kembali. Semoga zue sihat. Baguslah zue singgah kerana senarai blog kawan-kawan sdg dalam proses membuat semula selepas hilang minggu lepas/

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga sihat selalu yer.

Hakikatnya begitulah tapi untuk mendapat dosa juga mudah. Mudah2an kita akan lebih sabar dalam menempuh kehidupan ini.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Seandainya kita menjadi isteri yang solehah, ibu yang penyayang dan mengikut semua apa yang disuruh dan dilarang Allah, InsyaAllah pintu sorga terbuka untuk kita kaum wanita.

Tapi godaan untuk berlaku sebaliknya juga besar sama secara sedar atau tidak, itu yang kita takut.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-sama semoga kita sama-sama mendidik diri agar termasuk dalam golongan yang baik itu.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Yerlah Kak Pah kan, senang dapat pahala dan senang pulak dapat dosa.

Semoga kita dapat menghindiri diri dari menjadi insan yang nabi kata banyak di neraka tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Deru Ombak,

Ia sebagai ingatan kepada saya juga yang serba kekurangan ini.

Syimama berkata...

Assalamualaikum kak.

Perkongsian ilmu, ingat mengingatkan. Semoga mendapat keberkatan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Begitulah kita nikan. Semoga Syimama sekeluarga berada dalam keberkatanNYA.

gadisBunga berkata...

salam auntie.

takut saya tgk ciri2 wanita yg dimasukkan ke neraka dgn diri yang serba kekurangan ni...ya Allah...

LadyBird berkata...

smg diri x tergolong dalam kategori itu.. :(..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

terima kasih atas peringatan ini...semoga sama2 ambil iktibar ya

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat di sana dan dalam rahmat kasih sayang serta redha Allah SWT

Telah dikhabarkan bahawa wanita ni mudah nak masuk syurga namun mudah juga nak masuk syurga.. tinggal lagi pilihan atas wanita itu sendiri.. semoga Allah memelihara kita dengan hidayah taufiqNya kita berusaha bersungguh-sungguh elak azab neraka.

Werdah berkata...

silap pula Ani... Telah dikhabarkan bahawa wanita ni mudah nak masuk neraka namun mudah juga nak masuk syurga...

http://sudais-sudais.blogspot.com berkata...

wanita ni senang masuk syurga dan senang pula ke neraka....

S..U..D..@..I..S berkata...

wanita ni senang masuk syurga dan senang pula keneraka...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
terima kasih atas perkongsian tersebut..
kadang kala asyik merungut je tapi tak sedar dan tak bersyukur...
Nauzubillah...

insan_marhaen berkata...

IM sebolehnya ingin salute dengan wanita. Bagi IM dari wanitalah IM dilahirkan!

Kunang-Kunang berkata...

LB,

Maaflah lama kak ani tak masuk ke aktifkan blog.

Semoga kita sentiasa diredhai Allah.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Sebagai manusia kita semua ada kekurangan dan kelemahan

Mudah2an segala amalan dan ibadah kita diterima Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom.

Betul tu, semoga kita mengambil iktibar dari hadis ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak Werdah,

Semoga akan sihat. maaflah lama saya tak jengok blog. Baru sekarang dapat respon pada ulasan kawan-kawan.

Semoga ibadat dan usaha kita kearah kebaikan dapat membantu kita di sana nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Betul tu. Semoga apa yang kita lakukan masih dalam redha Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza,

Semoga hadis ini dapat membantu kita dalam menjalani hidup di dunia ni.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Pengorbanan ibu kita memang tidak akan terbalas. Semoga Allah mencucuri rahmatNYA kepada ibu-ibu kita.

abu muaz berkata...

terima kasih berkongsi info ini.

LYAfrina berkata...

suka baca ni...

moga dpt mnjadi wanita y cemerlang dunia n akhirat..amin