Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Januari 2012

Teringat.........

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Semalam ketika mencari sesuatu dalam kabinet dapur di bahagian yang jarang dibuka, terjumpa pinggan-pinggan di bawah ni. Ini saja yang jumpa. Teringat ... baru-baru kawin dulu pinggan-pinggan nilah diguna untuk makan minum.

Tapi bila dah mula beli pinggan baru, pinggan-pinggan ni saya buat alas pasu bunga di luar rumah. Menyesal sungguh..... tidak pandai menghargai sesuatu. Sekarang bila lihat orang pamerkan pinggan-pinggan lama ni, mula mencari, tapi dah tak ada. Ini pun entah dari mana.











Masih terbayang, ketika baru-baru kawin dulu, ketika emak mertua saya mengiringi saya balik ke rumah sendiri di Kuala Lumpur, emak mertua saya berikan kami, 2 biji periok kecik, 4 biji pinggan, 1 penapis santan. Dah adat orang dulu-dulu agaknya berbuat demikian sebagai simbul berumahtangga. Barang-barang tu saya bawa balik ke rumah di Kuala Lumpur. Barang-barang ni saya gunakan.

Sekarang selepas 34 tahun berlalu yang tinggal hanya penapis santan di bawah ni yang masih saya gunakan hingga sekarang. Ertinya usia saya guna penapis santan ni dah selama 34 tahun lebih. Ia masih baik dan masih digunakan lagi walaupun saya ada yang lain. Barangan lain pemberian ibu mertua saya tu mungkin ada saya simpan di mana-mana, tak mungkin saya dah buang. Mungkin pinggan di atas.



Satu lagi barang lama yang sama masih guna hingga sekarang, ialah lesong di bawah ni. Lesong ni saya beli ketika tinggal serumah bersama kawan-kawan semasa mula2 mendapat kerja. Kecik jer, masa tu untuk saya sorang saja.

Bila dah kawin saya masih guna lesong ni. Rupanya sehingga sekarang lesong ni masih setia. Cuma alunya saja saya dah ganti kerana alu lama dah patah. Sayangnya lesong ni tak cukup kalau nak tumbuk sambal belacan untuk ramai orang. Untuk sorang dua bolehlah.



Saya selalu menganggap pemberian orang patut disimpan baik-baik kerana orang tidak akan berikan sesuatu kepada kita 2 kali. Barang yang kita beli tak aper, bila hilang atau pecah kita boleh beli lagi.

39 ulasan:

gadisBunga berkata...

Nostalgianya auntie.... :)

saya suka barang-barang lama macam tu. teringat kat arwah tok dgn tokwan. dulu kat rumah diorang ada batu giling, gebok almari buat simpan lauk.

pinggan mangkuk yang corak bunga macam tu pun ada. mana nak cari sekarang ni kan?

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Kakak suka pinggah yg bunga maroon. Dulu rumah arwah nenek kakak ada juga set bunga itu siap dgn teko dan cawan. Cantik kan... sekarang dah timbul balik cuma dipanggil vintage style dah jadi mahal sebab siap dgn almari sekali...

p/s: N3 kakak bukan pasal sorong trolley itu yg menjentik tapi sikap dia menjerit pada mak dia tu yg rasa terkilan kak ani...

Johana Mohd Taib berkata...

Assalam kak Ani,

entry ini mengingatkan saya kpd arwah nenek....sungguh mengusik jiwa!

Teruskan berkarya, kak.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

saya juga masih menggunakan lesung batu yang diberikan oleh ibu mertua saya lebih 25 tahun yang lalu. :)

ajumohit berkata...

kat rumah mak saya byk pinggan bunga kangkung tu kak, mesti tinggi sentimental valuenya kan kak

Melor berkata...

betul tu seklai beri xdenya kali kedua. patut hargai pemberian walaupun sekecil dan semurah mana pemberian itu

luahfikiran ... mari kita berkata...

SALAM,
Sesetengah barang lama ni masih elok dan boleh diguna ... Di pasar barang lama (Ipoh dan Melaka umpamanya), barang2 ni mahal harganya

suri solehah berkata...

betulkan kak..sekarang pinggan2 lama muncul balik..kat umah mak dulupun banyak pinggan yang bunga merah tu

kakchik@ella berkata...

skrg yg lama2 ni dah muncul balik, kan kak. bila dah jadi antik, lagi mahal harganya ..

Cik SHiNJU berkata...

Kat umah yun pun mak guna lagi tapis santan camtu...Pinggan tembikar tu dah x guna..simpan dlm tong jer..

zulkbo berkata...

salam..
alahai rindunya saya kat pinggan
mangkuk lama tu..susah dah nak
jumpa..kalau ada pun masa kenduri
di kampung yang guna "pinggan syarikat"

Amie berkata...

kalau balik kampung memang ternampak pinggan mangkuk corak bunga lama tu ada dalam simpanan bonda... hari tu nak minta tapi katanya kakak sulung dah booking! melepas... mana nak cari lagi...

Temuk berkata...

As-salam,
Subhanallah! Masih guna penapis santan yang sudah berusia sepertiga abad dari ibu mertua? Hebat, Kunang-Kunang! Lesung batu yang nampaknya sudah licin 'dinding'nya dek begitu lama digunakan itu juga satu barangan yang sungguh hebat. Pinggan-pinggan lama fesyen yang dipaparkan itu memang berharga sangatlah hari ni. Teringat saya arwah ibu punya dulu, ada yang macam retak kecil seribu, tapi tetap tak pecah, tak kasar permukaannya dan boleh dipakai. Itu tentulah super-antique kalau masih ada masa ini.

Hehe, orang lelaki tak pula biasa dibekalkan apa-apa pula oleh bapa mertua semasa berkahwin dulu! Ceria selalu!

hani@debumelukut berkata...

pinggan yg dlm foto paling atas tu lawa lah..boleh letak kat stand.

hani@debumelukut berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya teringat pinggan arwah mak macam yang kak ani punya tapi apakan daya pinggan tu semua ada dirumah abang dan munking dah diguna kakak ipar,tak kan nak ambik pulak.

LadyBird berkata...

salam akak kunang-kunang..

mak lady masih simpan pinggan2 mcm ni..

pemberian nenek dulu..

hanya satu je yg digunakan..

yg lain semuanya disimpan dlm almari..

yang dah pecah pun msh disimpan, sebab sayang..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...
Tengok pnggan tu mmng nostalgia betul...dulu2 masa kecik pnggan tu yg digunakan di rumah nenek...skrang tak tahu kat mana semuanya...

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum ,,

Singgah petang dan follow blog kunang-kunang untuk berkongsi cerita.

Pinggan2 lama buat kenangan. Cantik..

insan_marhaen berkata...

Mak IM pun sama. IM pun sama.

Tak reti jaga barang-barang pemberian lama mak. Sekarang nak cari balik, tak jumpa...

sal berkata...

tahan sungguh barang2 lama yee..berkualiti sungguh..

pinggan itu mengingatkan kita pd kenangan di zamannya..manisnya

Kamsiah berkata...

saya ada koleksi pingan bunga kangkung tu...
pingan dulu2...kalau pecah..tak la hancur berderai mcm pinggan skrg,kan...kalau pecah pun,2,3 keping mcm tu ja...

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Memang sekarang ni dah susah nak dapat, kalau ada pun mahal. Nyesal pulakkan tak menghargai masa dulu-dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Vintage mahalkan. Tapi kak ani ada ke Nilai 3 beli untuk hiasan saja pinggan mangkok ala-ala lama ni. Ada buatan Jepun, mahal sikit harganya, ada buatan China, murah - tiruan.

Kunang-Kunang berkata...

Johana,

Benda lama ni banyak kenangankan. Mengingatkan kita pada orang2 yang kita kasihi.

Terima kasih luangkan masa singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Memang sayang kan nak guna yang lain sedangkan yang dah nostalgia ni masih bagus. Apa lagi sekarang kita banyak gunakan blender dari lesung.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Bestnya, simpanlah Aju, sekarang orang dah cari balik pinggan2 macam ni.

Pinggan arwah mak dan mak mertua pulak tak tau kemana. Yang mak mertua pulak kata dah disedekah ke masjid.

Kunang-Kunang berkata...

Melur,

Memang pemberian orang mesti dihargai, bukan nilai ringgit yang kita nak pandang tapi ingatan dan kasih sayang yang tinggi nilainya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato; LF,

Yerlah Dato' benda dah antikkan. Tak terfikir pinggan mangkok macam ni ada nilainya sekarang.

Dulu kita dok pandang pinggan mangkok dari US dan macam2.

Kunang-Kunang berkata...

Suri solehah,

Salam kenal dan terima kasih singgah.

Pinggan2 lama ni dicari orang semula.

Kunang-Kunang berkata...

Kakchik@Ella,

Siapa sangkakan, pinggan2 ni berharga tinggi pulak sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Simpan dalam tong tu maknanya masih adalah. He he, bagus tu.

Kunang-Kunang berkata...

Zulkbo,

Di Shah Alam ni ada satu restoran yang menggunakan pinggan mangkok ni untuk dihidang pada pelanggan, tapi bunga dan bercampor2lah.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Slow talk Mie, mana tahu ada rezeki. He he

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Temuk,

Waalaikumussalam. Sekarang ni penapis tu digunakan ketika basuh bawang2 hiris atau cili saja, santan dah beli ready made,

Lesung tu walaupun dah lama, tapi tajam cuma kecik jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Itu juga yang ada dalam fikiran, nak cuba carikan stand.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Betul jugak tukan. Seganlah pulak.

Masa di Taiping dulu, besan saya ada beritahu di Taiping tak tanya pulak kedai mana, ada jual pinggan2 lama ni.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Sayang yer, nak buat macam mana kita tak terfikir yang satu masa benda tu akan dicari-cari.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Betul Kam, kalau terlalu lama dia akan retak. Kalau pecah kacanya tak bertabur.