Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 11 Januari 2012

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sepohon Kayu Dahannya Rimbun
Lembat Daunnya Serta Buahnya
Walaupun hidup seribu Tahun
Kalau Tak Sembayang Apa Guna


Itu pantun yang selalu kita dengar malah mungkin kita nyanyikan semasa kita kecik-kecik lagi. Kita dipesan suruh sembahyang, jangan tak sembahyang.

Sayangkan, orang yang mengabaikan sholat akan mendapat kerugian dunia dan akhirat,

Di dunia kehidupan orang yang tak sholat ni dikatakan dipenuhi dengan maksiat dan kemungkinan serta hidup menjadi tidak tenang.

Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya sholat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut 29: 45).

Manakala di akhirat pulak kalau tak sholat akan menerima azab yang pedih.

Dalam kitab al-kaba'ir karangan al imam al Zahabi dinyatakan bahawa sebahagian ulama telah berkata bahawa orang yang meninggalkan sholat akan dikumpulkan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf di akhirat kelak.

N3 ini sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri dan anak-anak, semoga selalu ingat pesan mama dan abah. Jangan tak sholat..

12 ulasan:

kakcik berkata...

Nampaknya seperti ringan sahaja solat itu, tapi sangat berat untuk ditunaikan jika tidak seikhlas hati...

ajumohit berkata...

insya allah moga hati ini tidak pernah lupa untuk menunaikan segala suruhan Nya

Ati Masrif berkata...

salam kak,

yelah solat tu kan 'tiang agama'
sama2lah kita..insyaAllah!


jom teka WW ati pagi tadi :)
http://wanati.blogspot.com/2012/01/ww-jadi-paparazzi.html

Farid berkata...

Salam kak Ani

Lagu yang dulunya sering berkumandang mengingatkan kita untuk sembahyang...lirik yang mengesankan.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah kepada~Nya dengan sempurna..

Sungguh solat itu anugerah agung kerana solat merupakan makanan rohani yang berterusan kepada iman seseorang dan sebarang kelalaian tidak mampu melemahkan atau mematikan iman di dalam hati insan.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan..

(saya sgt suka dengan kata-kata seorang teman Dari seberang)

Jika kau ingin anakmu rajin beribadah
Gemakan keberadaan Tuhan dalam dirimu
Ia takkan bisa kau paksa berdoa dan sembahyang
Ketika dia tak dapat menangkap makna ibadah darimu.

Semuanya bermula dari rumah....

Cik SHiNJU berkata...

Solat juga membantu kita menjadi insan yang berdisiplin..

iza berkata...

Assalam..
Moga Allah tak jemu untuk terus campakkan iman ke dalam hati2 insan yang kerdil seperti kita semua.

Queenie berkata...

Salam Kak ani..
solat itu tiang ugama, kalau roboh yang itu, robohlah seluruhnya.

Kamariah Awang berkata...

Solat juga menguatkan iman...

Temuk berkata...

Satu peringatan yang baik, Kunang-kunang! Dan cantiknya komen-komen tambahan rakan-rakan lain mengenai solat. Semoga yang lalai solat akan didetikkan hati mereka oleh-NYA untuk bersolat.

zulkbo berkata...

salam kak..
moga sihat hendaknya..
nasihat yang berguna
terima kasih..