Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 13 Januari 2012

Saksi Iman Teruji

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum pada semua kawan-kawan. Semoga dihari Jumaat yang mulia ini kita diberkati Allah selalu. Saya terbaca satu rencana di dalam Majalah Solusi dan saya ingin berkongsi di sini. Ianya ialah mengenai tafsiran ayat 4 hingga 8 dari Surah Al-Buruj.


Celakalah kaum yang menggali parit,


(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,


(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,


Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.


Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!


Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


Surah Al-Buruj: ayat 4-9.

Tafsiran ayat-ayat 4 hingga 9 adalah merujuk kepada sebuah kisah yang yang dikemukakan oleh jumhur ulama mufasirin, antaranya Ibn Jarir, Ibn Attiyah dan Al Qurtubi Suhaib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud. "Pada masa dahulu, ada seorang raja berketurunan Yahudi yang mempunyai seorang ahli sihir. Kemudian setelah ahli sihir itu tua, ia berkata kepada raja "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku. Oleh sebab itu, kirimkan kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir." (Riwayat Muslim, Ahmad dan al-Nasai)

Anak didik yang dicari ahli sihir itu ditemui, maka bermulalah setiap hari pemuda itu belajar dengan ahli sihir. Namun dalam perjalanan menuntut ilmu sihir, pemuda itu sering singgah mendengar pengajian seorang pendita (ahli ibadah yang sholeh) terlebih dahulu kerana tertarik dengan ajarannya.

Akhirnya pemuda itu sering dipukul oleh ahli sihir kerana sering lambat. Bukan itu saja, malah ibunya turut memukulnya kerana lewat pulang ke rumah. Masalah itu diadukan kepada pendita tersebut. Mendengar situasi yang dihadapi oleh pemuda itu, pendeta itu mencadangkan perkara berikut:

- Katakan pada ahli sihir bahawa dia ditahan oleh ibunya sehingga menyebabkannya sering terlambat;

- Jika terlambat pulang ke rumah katakan kepada ibunya bahawa ahli sihir menahannya daripada pulang awal.

Pada suatu hari ada seekor binatang buas yang menghadang jalan sehinggakan tiada siapa yang berani melalui jalan tersebut. Melihat kejadian itu, pemuda itu berkata "Hari ini aku boleh tahu siapa yang lebih baik di sisi Allah, ahli sihir atau pendita itu".

Pemuda itu telah mengambil sebiji batu dan berdoa "Ya Allah, jika ajaran pendeta itu lebih baik di sisi MU berbanding ahli sihir bunuhlah binatang itu supaya orang ramai dapat melalui di tempat ini".

Dengan izin Allah, batu yang dilemparkan itu berjaya membunuh binatang buas itu. Orang ramai dapat menggunakan kembali jalan tersebut. Peristiwa tersebut diceritakan kepada pendeta.

"Kamu kini telah menjadi lebih hebat daripadaku, dan kamu akan diuji. Tapi apabila diuji, jangan sekali-kali dedahkan identitiku," kata pendeta yang menyedari apa yang bakal berlaku.

Imannya Diuji

Sementara itu di istana, ada seseorang berpangkat dalam majlis raja yang telah menjadi buta lantaran sakit mata. Tatkala ia mendengar berita bahawa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk buta dan sopak, maka dia segera pergi menemui pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak.

Pintanya cuma satu "Sembuhkan mataku. Aku sanggup memberikan kepada mu apa-apa saja yang kamu suka".

Jawab pemuda itu "Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa pun kerana yang menyembuhkan hanya Allah s.w.t. Jika engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Pegawai DiRaja itu akur. Dengan izin Allah dia kembali celik. Apabila ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, raja bertanya, "siapa yang menyembuhkan mata mu?".

Jawabnya: "Rabbi (Tuhanku)?, Raja agak keliru, Raja bertanya kembali "Aku?". Pegawai istana itu menafikan sebaliknya dijelaskan bahawa Tuhan itu merujuk kepada Allah. "Apakah di sisi mu ada Tuhan selain aku?". Jawab pengawai itu dengan yakin "Ya, Tuhan ku dan Tuhan mu adalah Allah".

Tindakan pegawai itu yang menzahirkan kepercayaan kepada Allah telah dibalas dengan seksaan berat. Akhirnya dia terpaksa mendedahkan identiti pemuda yang mendoakan kesembuhan untuknya.

Pemuda itu dipanggil menghadap raja. "Hai anak muda, sungguh hebat sihir mu sehingga mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan pelbagai jenis penyakit."

Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa pun, Yang menyembuhkannya Allah Azzawajala". Kenyataan raja itu disangkal. Berang dengan kata-kata pemuda itu raja mengarahkan supaya pemuda itu disiksa. Akhirnya pemuda itu terpaksa mendedahkan pula identiti pendeta yang telah mengajarnya.

Azab Yang Tidak Mampu Melunturkan Iman

Kini pendeta pula yang dipanggil menghadap raja. Diberikan kepadanya 2 pilihan; meninggalkan agama atau disiksa, Iman yang jitu dalam hatinya menyebabkan pendeta itu kekal memilih agama. Siksaan tidak terperi apabila siraja mengarahkan agar kepala pendeta itu digegaji sehingga terbelah dua.

Sekarang tiba pula giliran pemuda itu. Pilihannya juga sama, tetap beriman. Seksaan maha perit menanti. Raja lantas mengarahkan supaya pemuda itu di bawa ke atas gunung yang tinggi dan dilemparkan ke bawah. Namun rancangan ini tidak berjaya. Gunung bergoncang hebat. Semua orang suruhan raja terjatuh ke bawah gunung dan mati. Pemuda itu mampu pulang dengan selamat.

Terkejut dengan kepulangnnya, raja telah mengarahkan pula supaya dibawa ke tengah-tengah laut. Arahannya supaya dilemparkan pemuda itu ke dalam laut. Namun apa yang berlaku, orang suruhan raja semua tenggelam dan mati lemas sebaliknya pemuda itu terselamat.

Jelaslah dia terselamat daripada kedua-dua seksaan yang dirancang itu kerana pergantungannya kepada Allah menerusi doanya. "Ya Allah, selesaikan urusanku dengan mereka ini menurut kehendak Mu". Akhirnya dihadapan raja dia berkata "Tuanku tidak akan dapat membunuh ku kecuali jika tuanku menurut perintah ku".

Raja yang memang teruja ingin membunuhnya menagih jawapan "Apakah perintah mu". Jawab pemuda itu, "Tuanku kumpulkan semua rakyat di suatu tempat lapang nan luas, lalu ikatlah aku pada sebatang tiang. Kemudian ambik anak panah milik ku ini dan bacalah : "Bismillahi Rabbi ghulam (dengan nama Allah Tuhan pemuda ini) lalu lepaskan anak panah itu ke arahku". Dengan cara itu sahaja tuanku dapat membunuh ku".

Oleh kerana raja mahu membunuh pemuda itu, segala cadangan pemuda itu dilaksanakan. Ketika anak panah dilepaskan dan menembusi di antara telinga dan mata pemuda itu, ia meletakkan tangannya ditempat anak panah itu dan terus mati syahid.

Sekelian rakyat yang hadir dan menyaksikan peristiwa itu berkata "Kami beriman kepada Allah, Tuhan pemuda ini".

Selepas berita itu sampa ke telinga raja bahawa kebanyakan rakyat telah beriman dengan Allah. Walaupun hakikatnya Raja kelihatan seolah-olah berjaya membunuh pemuda beriman itu tapi sebenarnya tindakan itu telah melahirkan ramai lagi orang beriman.

Hati yang bersarang didalamnya kekufuran dan mazmumah pasti sering memikirkan pelbagai strategi untuk memenangkan kebathilan. Apakah tindakan sang raja menghadapi jumlah orang beriman yang makin bertambah?.

Bagi menyingkirkan orang-orang beriman, raja memerintahkan supaya digali parit di setiap jalan dan dinyalakan api, Sesiapa sahaja yang melaluinya akan ditanya tentang agamanya. Natijahnya, ramai orang yang mengakui beriman dengan Allah mati dilemparkan ke dalam parit berapi.

Ada satu kejadiaan menarik berkaitan seorang wanita dan bayinya yang masih menyusu. Siibu yang hampir-hampir menukar agama kerana kesihan kepada bayinya yang masih menyusu, membatalkan hasratnya itu. Puncanya ialah apabila si bayi tiba-tiba berkata-kata kepada ibunya. "Sabarlah wahai ibuku kerana engkau sedang mempertahankan yang hak". Lantas ibu itu dengan cekal melompat masuk ke dalam parit yang dipenuhi api.

Menurut Ibn Abbas, kisah ini berlaku 70 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.



cekalnya hati orang-orang beriman dahulu mempertahankan iman mereka. Tidak tergugat walaupun disiksa dengan teruk.

19 ulasan:

Aishah Jahirah berkata...

sekarang teruji sikit dah mengeluh...huhuu

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana ya..

Lanjutan daripada kisah "Celakalah kaum yang menggali parit" ayat pertama tu, di akhirat kelak mereka pula dihumbankan ke dalam parit dan orang-orang yang dihumbankan oleh mereka yang tak beriman tu (maknanya orang-orang yang beriman) semasa terhumban dalam parit semasa di dunia akan menyaksikan pula mereka yang terhumban ke dalam api neraka semasa menerima balasan kelak. (ini hasil bacaan tafsir Allahyarham Ustas Ahmad Sonhadji)


Kak salin maksud ayat 10 dan 11 surah al-Buruj
"Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar." (11)

Werdah berkata...

Kak ada tulis tentang balsan kepada orang-orang beriman di :

http://harmoniinn.blogspot.com/2009/07/suasana-alam-akhirat-10-surah-al-buruuj.html

Ati Masrif berkata...

salam kak,

tegak bulu roma membaca kisah ini

kuat dan teguh iman mereka ini!

Zaitun berkata...

Salam kak ani... terima kasih kongsi info,banyak yang kita dapat kalau banyak membaca.

hani@debumelukut berkata...

tak rugi singgah di sini..terima kasih atas perkongsian ini

sal berkata...

cerita motivasi begini..memperkukuhkan keimanan kita yeek..trima kasih kak Ani..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
terima kasih atas perkongsian ini...

nyanyisunyi berkata...

Ya Allah betapa kerdilnya diri ini bila baca pengorbanan org2 terdahulu sebelum keputeraan Nabi SAW..hebat dugaan dan ancaman yg mereka hadapi langsung tidak menggugah iman mereka..subhanallah.

Kunang-Kunang berkata...

Aisah,

Memang akidah orang dulu-dulu teguh. Kita ni kurang sikit rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak Werdah,

Alhamdulillah sekarang ni adalah kurangnya, saya kena terimalah dengan sabar.

Terima kasih berkongsi ilmu tentang suruh alburuj ni.

Orang-orang kita sekarang tak tahan diuji, diuji dengan kemiskinan pun mereka dah sanggup tukar agama. Susah nak cakap.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Memang kuatnya pegangan dan keyakinan mereka kepada Allah, sanggup korbankan nyawa demi menegakkan kebenaran dan hak.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Alhamdulillah dapat menimba ilmu sikit2 dari hari ke hari. Semoga Zai sekeluarga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Singgahlah bila lapang.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kadang2 kita perlu dimotivasikan sikit2 sebagai peringatan. Maklumlah kita ni sedang terlalai sikitkan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Nyanyi sunyi,

Orang dulu dugaan mereka, dugaan kita sekarang lain. Sekarang kita bebas beribadat sebanyak mana pun, tapi godaan juga banyak dari segala segi.

Tinggal kita tabah menahan diri atau tidak saja. Baik banyak, tak baik pun banyak.

LadyBird berkata...

cekalnye mereka.. kalau ini berlaku ke atasku.. :(.. huhuhuhu.. sukar tuk mengikuti jejak langkah mereka memandangkan iman di hati ini terllau tipis senipis kulit bawang..

mamawana berkata...

Perkongsian yg bagus. Alhamdulillah berkongsi ilmu.