Dah 2 hari kita masuk ke tahun 2012. Begitu pantas rasanya 2011 kita tinggalkan. Saya pulak baru ni dapat bercerita sesuatu semenjak akhir tahun dan awal tahun. Selain badan kurang sihat, masa yang ada juga kurang mengizinkan untuk duduk depan pc ni.
Sebagai penutup tahun 2011 dua peristiwa besar berlaku dalam keluarga kami. Pertamanya pada 24 Disember hari itu, kami kembali ke dungun untuk meraikan perkahwinan anak saudara perempuan kami.


dan bawah di rumah pengantin lelaki
Tahniah Cikgu Ton, Alhamdulillah dua orang Cikgu Ton dapat menantu tahun ni. Alhamdulillah,tahniah dan Selamat pengantin baru pada Ejie dan Rosli. Semoga berbahagia selamanya.
Peristiwa kedua pula begitu istimewa pada saya adik beradik kerana pada 30 Disember 2011 berlangsunglah pernikahan antara adik bongsu saya dengan gadis pilihannya di Bilik Pernikahan, Masjid Negeri Shah Alam.
Setelah masuk usia 40 tahun, Alhamdulillah perjalanan hidupnya mula masuk ke alam baru. Alam perkahwinan dan menamatkan zaman bujang yang begitu panjang. Saya doakan semoga adik saya dan isteri berbahagia ke akhir hayat mereka. Sayangnya saya tak dapat tepekkan gambar kerana gambar yang saya ambik menggunakan h/set semua kabur, nak tunggu gambar dari orang lain tak tahu bila.
Peristiwa di awal tahun 2012 pula iaitu pada hari ini, cucu paling kecik saya Ahmad Nabil genap usianya 3 bulan. Sekejap sungguh masa berlalu.
Ini sajalah yang dapat saya coretkan buat masa ni. Kalau diizinkan Allah ada yang kesihatan yang baik dan suasana yang sesuai, InsyaAllah saya akan terus menaip sesuatu.































11 ulasan:
Alhamdulillah, akhirnya adik Kak Ani bertemu juga dengan pasangannya. Semoga ikatan perkahwinan mereka berbahagia bersama ke hujung usia. :)
Assalamu'alaikum Ani
Semoga Ani sihat di sana
Semoga kesemua pasangan pengantin memperoleh mawaddah dan rahmah, diberkati kehidupan mereka hingga ke syurga..
Salam,
Moga kesihatan beransur2 sihat..
Tahniah dapat adik ipar baru..hehehehe
asalam kak ani..semoga kak ani kembali sihat di tahun baru ni.
tahniah buat kedua2 pasangan pengantin baru.
comelnya cucu kak ani..geram tengoknya,
salam Kak..
moga sihat dan gembira selalu..
tahniah buat pengantin baru..
moga kekal bahagia selamanya :)
Kakcik,
Terimah bagi pihak pengantin.
Kak Werdah,
Terima kasih atas doa kak werdah pada pengantin.
Waalaikumussalam MM,
Alhamdulillah, kesihatan beransur baik. Diharap MM begitu juga yer.
Waalaikumussalam Acik Erna,
Alhamdulillah, bertambah baik dari hati ke hari.
Semoga Acik Erna begitu juga.
Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,
Terima kasih bagi pihak pengantin.
semoga thn 2012 menjanjikan yg terbaik untuk akak sekeluarga....
Catat Ulasan