
Hati saya rasa sangat kecewa dan sedih bila dia kata "tak nak minum dulu" atau "nantilah tengahari sikit".
Jawapan yang amat melukakan hati saya.
Dah seminggu saya berusaha keras menggalak, memberi semangat kepada dia untuk ambik "food supplement" ni sebagai usaha untuk menghilang penyakit gout yang dihidapinya dah bertahun. Dah berkilo agaknya 'pain killer' yang masuk ke perutnya untuk menghilangkan sakit bila gout menyerang.
Telah banyak jenis "food supplement" yang dia ambik atas syor kawan-kawan dan saudara mara yang kesian melihat dia kesakitan bila gout menyerang. Tapi dia tak kisah semua tu. Bila ambik sekejap dan rasa sakit sebagai tindakbalas awal dari pengambilan 'food supplement" tu, dia akan berhenti mengambilnya dan kembali kepada ubat-ubat dari doktor yang dah bertahun-tahun diambil.
Sejak akhir-akhir ni, goutnya makin kerap menyerang walaupun dah berpantang makan dan minum. Berjalan pun dah seperti orang kena strok. Seperti biasa pain killerlah yang dicapai. Sedangkan doktor dah beritahu buah pinggangnya dah mula menunjukkan kurang normal. Saya bimbang.
Akhirnya saya cadangkan supaya dia cuba makan "food supplement" yang saya lihat sendiri adiknya yang ada gout dah semboh goutnya dan turun berat badannya. Produknya dah lama saya beli. Tunggu masa dia nak mula makan.
Dia setuju, semenjak ambik ubat tu seminggu lalu, tindakbalasnya memang teruk. Saya bekerja keras menguatkan semangatnya dan membantunya seboleh mungkin. Hari ini Alhamdulillah dia dah boleh berdiri sendiri dan berjalan, sayangnya hari ini dia dah mula menangguhkan untuk minum 'food supplement" ni.
Bermulalah semula episod lama. Sedihnya.































26 ulasan:
Teruskan dengan sokongan moral dan gunakan reverse saikologi.. Allah sentiasa menguji hambaNYA yang sabar.
InsyaAllah
Kena banyak sabar kak Ani...bukan mudah untuk menguatkan semangat orang lain ni...emosi kita pun turut terganggu
memang susah menjaga orang dewasa
kalau budak senang gunakan picagari saja....
Ombak Rindu,
Kerana sayang semuanya sanggup dibuat asalkan dia sihat. terima kasih.
Farid,
Memang betul. Kita terpaksa ketepikan perasaan sendiri demi org sakit.
Sud@is.
Betul tu. Org dewasa kena berlembut jer.
untuk mendisiplinkan diri kita sendiri pun susah. Apatah lagi diri orang lain. Bersabar je lah ani...
memang tabiat manusia ini, mudah lupa diri bila senang dan ingat semula tuhan bila susah.
sebab itu kita selalu perlu pada tazkirah!
Betul tu kak pah. Sabar jerlah jalan terbaik.
IM,
Pujuk jerlah jalan terbaik nampaknya ni.
akak kena banyak bersabar ye ..
kena terus mendorong dia ..
insyaallah kak ;)
Saya pun ada seorang pesakit di rumah saya ni..macam tu jugak la, ada kala dia ok, ada kala dia berfikiran negatif..semoga Tuhan berikan kita kesabaran yg lebih untuk terus berikan dia sokongan moral.
asslamualaikum - sabar aje le kak...sy pun banyak bersabar! kdg2 ade yang tak kena - udah le - sy diam je
assalamualaikum...kak,
sr mendoakan agar Allah swt memudahkan semua urusan ...amin..
semooga akak kuat dan tabah menjaga orang sakit...dan semoga dia cepat sembuh ye...Aminnn..
kak ani..kita ni sentiasa bimbangkankan pasangan kita..kadang sampai terlupa kesihatan sendiri..itulah yang berlaku pada saya kak ani..
ieda,
Terima kasih singgah. Ini memang kena guna kesabaran tahap kaban, kata orang. Maksima punya sabar.
Cikgu Hani,
Memang betul. Kalau tak sabar nanti jadi bergaduh. Cari dosa kering kata orang. Mudah2an Allah tanamkan kesabaran dalam jiwa orang2 yang menghadapi masalah seperti kita.
Cikgu Sonata,
Betul kadang2 diam pun dan menyatakan perasaan kita pada orang yang berkenaan.
Waalaikumussalam SR,
Terima kasih atas doa SR pada kak ani.
Maya Mayana,
Itulah juga doa kak ani, semoga Allah sabarkan hati ni dan semoga dia cepat semboh.
Acik Erna,
Betul kata Acik Erna tu. Dalam kita sendiri sakit pun kita tak beritahu dia, sebab dia dah sakit.
Kak Ani doakan semoga kita diberi kesabaran oleh Allah.
salam kak.
Mungkin itu dugaan orang sakit, disuruh pantang..bertambah selera, suruh makan ubat ..tak kena selera.
Dugaan pada yang merawat...sabarrr dan terus berusaha tanpa jemu.
Waalaikumussalam Syimama,
Betul tu, dugaan pada dia juga. He he.
akak.. akka pernah tak dengar jerslin oil.. cuba akak beli dan sapukan pada setiap sendi yang sakit tu.. kalau mak lady alhamdulillah berkesan.. cara sapunya nanti lady ajar bila akak dh beli.. nanti kalau beli akak meesage lady dgn tglkan komen di entry lady.. nanti lady ajar.. insyaAllah..
Teruskan memujuk dia kak.. Jangan ada rasa jemu. Memang kena banyak bersabar bila menjaga orang yang sakit.
Catat Ulasan