Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 9 Januari 2012

Lama Tak Singgah Sini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selepas sarapan pagi semalam saya dan suami menyusuri jalan menuju ke arah Kampong Melayu Subang. Lama tak kesini. Dah banyak perubahan. Saya tiba di satu tempat yang satu ketika dulu saya sering kemari. Sayangnya tempat tu tak kelihatan. Banyak bangunan-bangunan baru dan cantik tumbuh di kawasan berkenaan.

Kami menyusuri sekali lagi jalan yang sama, akhirnya nun di sana, dah nampak, dah agak terperosok sikit. Padanlah saya tak nampak tadi. Ya itulah Nursery Orkid Hew yang terletak antara jalan ke Lapangan Terbang Subang dan jalan ke arah Sungai Buluh.

Tiba di sana, wah terhibur rasa hati melihat bunga-bunga orkid yang berbagai jenis berkembangan berwarna warni. Rindunya keadaan ini. Dah lama tak ikut member orkid ke kebun-kebun orkid. Kami jarang beli orkid di tempat jual orkid, satunya kerana harga yang mahal dan pilihan tak banyak.

Kalau kita terus ke kebun orkid, banyak pilihan jenis orkid dan harganya kuranglah sikit dari kita beli dari peraih orkid.

Asalnya yang saya beria-ria sangat nak ke sini ialah untuk membeli mos dan baja orkid untuk orkid saya. Tempat lain susah nak dapat mos. Dalam nak beli mos tu, tergoda juga dengan bunga-bunga orkid yang cantik tu. Saya kawalkan diri dari tergoda dengan orkid yang mahal, tapi saya beli orkid dendrobium yang di bawah ni dengan harga rm8.00 sepokok. Tempat lain mesti tak dapat, paling murah rm10.00. Saya beli baja nudget sebungkus dan 1 bungkus mos, mungkin 1/2 kilo. Baja nudget ni sebagai tambahan kepada budget spray.












Abaikan latarbelakang gambar-gambar orkid ni. Orkid-orkid ni dah saya gantung di beranda rumah.


Nasib baik Cik Abang saya dari dulu tak pernah halang kesukaan kak ani walaupun dia sendiri tidak pernah menyiram pokok-pokok tu. Tapi bila berbunga dia suka.

37 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam
saya jugak pantang jumpa orkid...mcm nurseri dah kat umah ni...

Deru Ombak berkata...

Salam Puan,
Terimaksih berkunjung dan follow blog saya yang x seberapa itu.

Pembangunan banyak mengambil memori kita masa lampau.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...macam saya juga tak boleh nak kawal nafsu kalau pergi ke nursery orkid.

Cantik bunganya.

JunAina berkata...

Kak Ani...

Aina suka bunga tapi tak suka menanam & tak suka juga beli bunga hidup walaupun suka tengok dan cium kerana bunga akhirnya akan layu....sedih...

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

begitu juga rumah kak ani. Bila orang bersungut nyamok, kecik hati pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Deru Ombak,

Kita sama saja berblog hanya untuk suka2. tulis apa yang terasa.

Ada kelapangan singgahlah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Kak Ani sekarang kalau lalu depan nursery orkid, jeling2 jer tak pandang betul. He he tahu hati tak kuat nak melawan nafsu.

Tapi tenaga nak menjaga dah kurang.

Kunang-Kunang berkata...

JunAina,

Betul tu, setiap yang bernyawa akan pergi..., Tapi orkid ni panjang sikit hayatnya berbanding dengan bunga lain.

Kakzakie berkata...

Kakak memang salute kalau lihat bunga orkid Kak Ani, ibuintan, Kak Zaitun dan kakpah Ibundo. Cantik, sihat menawan. Kakak tanam kalau dah bunga sekali je selalu daun aje yg lebih bunga tak keluar-keluar lagi. Geram tau Kak Ani...

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

MIL ati pun suka sgt dgn orkid
semuanya menjadi kalau di tangan
dia tapi ati ni bunga tak tahan
lama sgt..pokok berdaun saje boleh :)

LadyBird berkata...

salam akak.. kg melayu subang tu dekat dgn perumahan staff lpgn terbang subang ke kak? lady pernah tgl di situ dgn abang.. rumah die kecik2 tu kan? ke kat lain ek..

luahfikiran ... mari kita berkata...

Salam,
LF dan isteri suka pokok2 ini ... tapi tentang okid ni kurang sikit ... malahan tak ada satu pasu pun. Pokok2 orkid cantik dan berwarna2.

klcitizen cikgunormah berkata...

minat kak ani sama dengan minat emak saya... bab okid ni la. saya, kurang minat :)

insan_marhaen berkata...

teringat abah IM yang rajin menanam bunga dan menjadi orkidnya..

Hanis Azla berkata...

dapat bayangkan keserian rumah kak ani dengan bunga2 orkid yg cantik2 ni..

zulkbo berkata...

salam Kak..
bunga orkid...
lambat naik,
susah nak idup
kalau jadi cantik je..
ada sekuntum di office

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kak memang suka orkid . Cantik orkid-orkid ni ..

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Sebenarnya menjaga orkid ni memang kena sabar kerana dia tidak berbunga, tapi lama-lama insyaAllah berbunga juga.

di rumah kak ani pun bukan semuanya berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Memang orkid ni memerlukan kesabaran menunggu sungguh2, memang akak akui memang susah dia nak berbunga, tapi bila dah berbunga, InsyaAllah dia akan berbunga tapi memang mengambil masa yang agak lama.

Kunang-Kunang berkata...

LadyBird,

Tak taulah, tapi nursery orkid ni rasanya tak ada pulak kawasan perumahan, dia agak terpencil.

Di jalan Lapangan Subang tu sendiri banyak tempat menjual orkid tapi kak ani tak pernah beli orkid kat situ.

Kunang-Kunang berkata...

Dato' LF,

Waalaikumussalam Dato.,

Memang ada orang kata tanam orkid susah sikit, tapi yang seronok tu bila berbunga, bunganya tahan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Agaknya orang-orang dah berumur yang sabar tunggu orkid berbunga.

Memang siksa nak tunggu dia berbunga. Tapi kalau kita tahanm banyak pokok, yang itu tak berbunga yang ini berbunga. Hilang penat menunggu.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Ada kawan kak ani cerita, adik dia tinggal di tanah rancangan FELDA, dia kata adiknya tanam orkid guna tanah saja bukan guna arang dan batu seperti yang biasa orang buat, tapi orkidnya rajin berbunga.

Belum cuba lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Bila musim berbunga tu seronok.

Kadang2 tu naik juling mata mencari kalau ada orkid yang berbunga. Kadang2 tu tak sedar ada yang berbunga. Dah nak layu baru perasan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Kepuasan dan keseronokan tanam orkid ni bila dia berbunga. Terutama kalau kita beli orkid yang kita belum pernah tentok bunganya. Suspen.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Werdah,

Semoga akak sihat yer.

Kata doktor tanam pokok-pokok ni terapi juga. Yerlah dengan warna-warna nya dan baunya, memang menghiburkan hati kita kan.

Deru Ombak berkata...

Salam Puan Ani,

Saya tanam orkid x pernah menjadik...sungguh menawan orkid2 diberanda rumah Puan..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

mmg sesuai utk peminat bunga mcm akak kan....org kalau dah minat, sanggup lakukan apa sahaja..takpe, yg penting mende baik

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...
Cantiknya orkid kak ani tu...saya pun minat ngn orkid.......tapi tanam lmbat berbunga....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam DO,

Orkid ni tak ada musim berbunga. Tapi bila berbunga memang menyeronokkan.

Kunang-Kunang berkata...

Sahrom,

Sekarang tak berapa kuat sangat nak menguruskannya walaupun suka dan minat.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Tanam orkid memang lambat berbunga, kena sabar sangat.

gadisBunga berkata...

Dah dkt dgn rumah saya tu!

ieja amieja berkata...

sapa lah yg x tertarik ngan orkid2 ni kak..dpt bygkan beranda umah akk yg penuh ngan bunga ni ..melambai2 ditiup dek angin...

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Area tu dah berubah sungguh.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Aduss indahnya bayang ieja, yang berbunganya sepasu dua jer, yang lain tu tunggu seru kot. He he

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum kak ani..cantik orkid kak ani.
saya suka tengok tapi dirumah tak ada bunga,,