Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 26 Januari 2012

Ketiadaannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Salam dah balik ke UIA tengahari semalam. Sepatutnya cuti semesternya berakhir pada awal bulan Februari. Tapi tiba-tiba dia terima panggilan telefon dari jurulatih silatnya di UIA suruh dia balik awal, sebab ada latihan.

Tak sangka juga saya Salam ini akan serius dengan silatnya tu. Anak-anak lelaki yang lain semasa di sekolah menengah ada juga belajar silat, tapi sekadar memenuhi kurikulum sekolah. Dah masuk universiti habis di situ.

Salam ni lain sikit, dari sekolah menengah, masuk matrikulasi dan sehingga ke U masih aktif dengan silatnya. Masa Sukan Antara Universiti pun dia masuk juga mewakili UIA. Menanglah juga walaupun tak Juara.

Baru-baru ni dalam sukan selangor (SUKSES) pun dia main juga, menanglah juga. Nak larang dah kesukaan dia. Kalau ada rezeki dia mungkin dia akan mewakil Selangor dalam SUKMA. Satu pesan saya pada dia, jangan sampai pelajaran terabai.

Orang yang sangat terasa bila Salam tak ada di rumah, mungkin saya. Kebelakangan ini anak bongsu saya nilah saja yang boleh saya harapkan untuk membantu saya dalam kerja-kerja yang saya dan abahnya tak boleh lakukan, termasuk membuang sampah, angkat pasu bunga saya dan lain-lain kerja yang memerlukan tenaga termasuklah ke kedai bila kehabisan barang-barang keperluan harian.

Bila dia tak ada, susah saya dibuatnya. Rasa sunyi pun ada. Rasa sekejap sangat dia dengan saya, masa cuti pun ada aktiviti. Masa tak cuti pun weekend selalu ada hal, kadang-kadang 2 minggu sekali baru balik, sedangkan jarak antara SA dan Gombak tak sampai 1 jam perjalanan. Rasa tak puas lagi riuh rendah dia di rumah.

Nasib baik Sakinah ada di rumah, itu pun untuk seketika. Jadi adalah juga teman bercerita dan meminta tolong itu dan ini mengikut kemampuan dia termasuk menolong saya memasak.

Di saat-saat tenaga yang makin berkurang dan penyakit banyak jenis yang singgah saya memang sangat-sangat memerlukan anak-anak disekeliling saya.

20 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Salam Kak Ani...

saat kita memerlukan anak2 di sisi, rupa2nya mereka telah ada 'kehidupan sendiri'...

Kakzakie berkata...

Bila baca N3 kak ani, kakak rasa macam tak mahu anak kakak besarlah. Biar kumpul sentiasa. Tapi mustahil kan....

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Itulah kakcik, bila anak dah lepas sekolah menengah, mereka akan jauh dan jauh dari kita, pertama kerana menuntut ilmu demi masa depan dia, kedua esok tiba pulak alam pekerjaan dan seterusnya alam berumahtangga.

Masa bermanja dia dan kita akan renggang sedikit demi sedikit.

Jadi semasa anak dengan kita ni, bermesralah dengan mereka sepuasnya.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Fitrah hidup yang kecik akan membesar.

Tak apalah selama dia berada dengan kita, kita belai dan kasihilah mereka sepenuh hati.

Semoga segala kasih sayang kita tu akan dikenang ke akhir zaman.

Deru Ombak berkata...

Salam Puan,
saya sudah lama redha dengan situasi begini.

Kamsiah berkata...

bila anak2 bercuti...riuh rendah rumah jadinya...bila mereka kembali semua...sunyi sepi...separuh mood kita dibawa pergi...nak masak...tak ramai yg makan...

Kunang-Kunang berkata...

Deru Ombak,

Betul tu, kena redha dengan keadaan yang sentiasa berubah.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Memang bila mereka tidak ada bersama kita, bila kita, kadang berkata "alamak ..... tak ada, dia suka ni". terkilan rasa hati.

klcitizen cikgunormah berkata...

sedih juga ya kak . bila anak2 dah besar ni... moga akak sihat walafiat selalu

ariana berkata...

Alhamdulillah dgn rezeki anak yg Allah berikan buat kita ye..walau pun lambat laun nanti mereka semua akan punya kehidupan sendiri tp sekurang-kurangnya ada jg yg dtg menjengok sesekali nanti kan..
Mcm sy ni.tak tau lah..semua anakpompuan..hrp2 bolehlah jg tumpang nanti..:)

sekamar rindu berkata...

salam..

itulah hakikat..banyakkan sabar..:)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat di sana..

Ya lah Ani, bila anak-anak dah ada kehidupan sendiri kita kena menanggung rindu dan kesunyian. Setuju dengan sekamar rindu.. kita banyakkan sabar ya...

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Terima kasih atas doa cikgu pada akak.

Begitulah hakikat hidupkan.
Walaupun hati menyedari namun kadang tak terpujuk juga.

Kunang-Kunang berkata...

SR,

Yer Sr, itulah hakikat hidup.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Alhamdulillah dengan apa yang Allah berikan pada kitakan.

Ariana, anak lelaki atau perempuan sama sajakan. Besok bila anak-anak perempuan kita kawin, InsyaAllah kita akan dapat menantu lelaki, anak kita juga. Begitulah sebaliknya.

Berdoalah selalu semoga kita tidak dilupakan oleh anak-anak kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya, Alhamdulillah sihat. Semoga akak juga sihat.

Yerlah begitulah hakikat hidupkan yang perlu kita hadapi.

LadyBird berkata...

salam akak kunang-kunang..

kehidupannye sebegitu.. lady pun mcm anak akak yg terpaksa ke universiti tu walaupun time cuti semester..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LadyBird,

Mungkin keadaan sekeliling menjadikan perasaan auntie macam ni.

Nur-nba berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,
Sedihnya membaca entri akak ni.

Moga anak2 Kak Ani sentiasa bersama-sama akak di saat akak memerlukan mereka.