Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 14 Januari 2012

Ikhtiar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tiap-tiap hari saya ambik bacaan gula dalam darah saya. Saya perhatikan sejak akhir-akhir ni lebih tepat dalam sebulan dua ni bacaan gula saya tinggi sehingga 18. Ada sekali menjangkau 21. Paling rendah pun 9 atau lebih. Sudah tak seperti dulu, bacaan gula selalunya hanyak 5, 6 dan 7.

Sedangkan makanan yang diambil dah saya jaga.

Hari Khamis lalu bila berjumpa doktor di PPUM, saya dah kena injek insulin. Itulah selama ini yang nak saya elakkan tapi nampaknya tak berjaya.

Saya cuba risik dengan kawan-kawan kalau ada cara tradisional untuk menurunkan bacaan gula dalam badan saya ni. Ada kawan-kawan cadangkan saya minum air rendaman daun bismillah. Menurut mereka InsyaAllah dah ramai yang cuba, dan bacaan gula mereka turun. Kebetulan saya ada menanam pokok ni. Cumanya memandangkan saya tak menjaga sangat pokok ni, jadi dia taklah subur sangat.






Caranya ambik 2 helai atau lebih daunnya dan rendam dalam air panas, seperti kita rendam teh cina. Dah suam minumlah macam minum air biasa.

Saya dah cuba, airnya tak rasa pahit atau apa-apa. Tengoklah resultnya nanti.

Adik saya pula suruh saya cuba minum jus apple hijau bercampur jus pria katak 2 kali sehari. Dia dah buat dan Alhamdulillah berhasil. Yang ini saya belum cuba lagi.





Caranya, blendkan 1 biji apple dan 1 biji pria katak ni dengan secawan air. Sudah hancur kedua2 bahan tu, tapis, minum airnya.

46 ulasan:

sal berkata...

Akak Ani: Dah lama saya tak gi check..takut pulak tetiba naik..
dulu2 saya kurang gula. Hnya sekitar 4..
Lepas tu tahun lepas dah sampai 5..
tahun ni tak tahulah pulak..

trimakasih.n3 ini membuatkan saya lebih beringat2 dan peka sikit..

ainnoraini berkata...

Peria katak tu abg ipar saya pernah cuba, mmg menjadi kak ani... Tapi ikut masing2 kot sesuai ke tidaknya menja di ke tidaknya..

luahfikiran ... mari kita berkata...

Salam,
Setiap penyakit, ada ubatnya ... kita usaha, kita berdoa dan kita tawakkal

Farid berkata...

Salam kak Ani

Terimakasih atas perkongsian ini...lama rasanya tak pegi check darah...takut jugak sebab ada keturunan.

ieja amieja berkata...

salam kak ani...
mak mentua sy amalkan minum jus mengkudu,air pegaga..kadang2 tu dia blend je buah2 tu sndr dan minum..syukur skrg umur dia 73-74thn tp cuma ada drh tinggi yg terkawal je..sy sendiri kagum dgn dia yg selalu amalkan mkn ulam2an ni..byk khasiatnyer..tp x tau lah sy tip utk trnkan gula ni..sekadar nak share je amalan MIL saya tu..

Amie berkata...

Assalam,
usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh disertai dengan doa dan tawakal, insya-Allah, mudah-mudahan membuahkan hasil....:)

Deru Ombak berkata...

Salam Puan,,

Benar tu, jus epal hijau dan peria katak...

Zaitun berkata...

Mudah2an kak ani sihat semula dengan ikhtiar yang dah dilakukan.

hani@debumelukut berkata...

Sepatutnya di usia begini saya kena buat medical check up..entah penyakit apa lah yg sedang diam bersembunyi dalam diri..tapi takot la nak check.,huhuhuuu...!

Kamariah Awang berkata...

Bukan daun hempedu bumi ke tu, kak Ani? Kalau hempedu bumi, pahit.

Maya Mayana berkata...

jus peria katak n epal hijau tu yana pernah dengar...

satu lg mkan buah markisa..

semoga cepat sembuh dan stabil bacaan gulanya ye...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam...
Saya pulak dok cari makanan yang boleh naikkan darah sebab darah rendah...kadang2 rasa letih ja...

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum :)

Kak Ani...mak saya juga berpenyakit kencing manis. Sudah biasa paras gula berbelas-belas dan pernah juga sampai ke tahap 20 dan ke atas.

Bermacam ubat dimakan,dan emak cepat berhenti makan satu-satu jenis ubat jika 'respon segera' tidak terhasil. Biasalah, orang memang begitu.

Terbaru, emak saya mengamalkan minum air alkaline (berkotak merah). Alhamdulillah, dengan izin-Nya paras gula turun - di bawah 10. Kini emak semakin cergas dan ceria. Alhamdulillah.

Ros Illiyyuun berkata...

...biasalah, orang tua macam tu.

mamawana berkata...

Assalam,

Walaupun tiada kencing manis pengambilan apple , air pegaga, ulam peria katak sangat baik utk kesihatan. Sihat muda dan sihat di masa tua nanti. insy'allah.

Temuk berkata...

As-salam
Semoga sihat dan dalam peliharaan Allah.

Ada juga orang yang saya kenali menggunakan air rebusan buah noni (mengkudu). Dia ukur sendiri paras gulanya yang memang menurun. Tapi semasa membuat ujian darah tahunan doktor menyatakan buah pinggangnya ada bermasalah sedikit dan doktor mengagak (tak pasti) amalan meminum air mengkudu mungkin menyumbang. Masalahnya, kata doktor itu, dalam menggunakan ubat tradisional kita selalunya tak pasti dosej sewajarnya dan ada orang mengambil terlebih. Kenalan saya itu kemudiannya bertukar kepada ubat doktor dan mengamalkan makanan oats. Paras gulanya selalu dalam lingkungan 8-9 dan doktor tidak mengarahkan pengambilan insulin. Setakat berkongsi cerita untuk panduan, jika sesuai. Semoga tidak mengganggu atau merisaukan.

c'axoera berkata...

my ex boss dulu suka minum peria+apple blend sekali...entah apa rasa ntah!

Werdah berkata...

Assalamu'alaikim Ani

Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Ya Ani, kita berusaha, insyaAllah ditemukan penawar sakitnya.

Queenie berkata...

terimakasih berkongsi info...moga Kak Ani mendpt penawar yg sesuai...

dlm usia hujung2 ni, saya dua tiga kali seminggu akan minum air limau nipis tanpa gula...cuba setiap hari makan oat (tekak ketat nak telan sbb mcm berlendir sgt), kdg dpt 2-3 kali seminggu pun dah syukur sgt, setakat ni paras gula saya paling teruk pun 7, kira dah border tu kan kak?

biras saya amalkan minum jus peria katak + soya...tp dia minum setelah kena kencing manis, setakat boleh mengawal jer la..saya tak berani nak cuba, paling berani makan sayur peria tumis pedas, laju ler makannya....

Kamsiah berkata...

salam
pokok bismillah u pokok sambung nyawa ke...kat utara ni dipnaggil pokok sambung nyawa...tp rasanya teramat la pahit...

cuba minum air rendaman gambir atau asam keping....

utk menurunkan paras gula,bykkan makan ulam2 pahit...spt daun mengudu,peria

ngasobahseliman berkata...

Salam. Baru ini berkunjung. Semoga dah ada kemajuan. Kalau berminat ada ubat alternatif pada Insulin. JANUVIA. PPUM pun suruh saya ambil insulin. Saya minta yang lain. Tetapi kena beli. Tidak percuma. Boleh claim balik kalau kita kerja kerajaan. Tapi ini bentuk drug. Sahaja saya tambah maklumat. Kot perlu....

Hairun Azmi Hashim berkata...

Kak Ani,

Saya rekomen Kak Ani memgamalkan mengambil fiber, ianya sungguh berkesan meningkatan kualiti kesihatan diri kita.


Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Maaf lambat respon. Elok jugakan kalau kita cek selalu.

Kak Ani ni 6 bulan sekali memang paksarela kena cek darah. Di samping tu cek sendiri di rumah pun buat.

Semoga Sal sihat tak sakit apa-apalah mudah2an.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Ada juga orang kata minum jus peria kata ni tak boleh hari-hari. nanti terlalu rendah pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Dato' LF,

Itulah DIA beri kita penyakit, dia sediakan ubatnya, tinggal kita ikhtiar dan cari.

Kunang-Kunang berkata...

Farid,

Sama-sama. Menurut kajian kalau keturunan satu hari kita akan kena juga. Tapi itu kuasa Allah, kita berusahalah melambatkannya dan kalau boleh mengelaknya terus dengan berusaha mengawal pemakanan dan kesihatan serta berdoa.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Kita orang melayu memang banyak mengenai rahsia tumbuhan2an ni kan. Kak ani ada pokok mengkudu, kadang2 celur daunnya, air buahnya tak pernah minum, tapi ramai yang datang meminta dari akak buahnya dan pucuknya.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul Amie, selain ikhtiar yang diambil, doa paling penting. Kena saat dan ketika, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Deru Ombak.

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Terima kasih doakan kak ani. Semoga Zai juga diberikan kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Mudah2an Allah berikan cikgu kesihatan yang baik sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Ni bukan daun hempedu bumi. Rasanya pun tidak pahit. Rasa seperti minum teh cina jer.

Kunang-Kunang berkata...

Maya Mayana,

Terima kasih singgah.

Buah markisa susah sikit nak dapat.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Cubalah makan bayam merah, kerang dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mudah2an Allah kurniakan Iza kesihatan yang baik sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih berkongsi pengalaman yang baik ni.

Bagaimana nak dapatkan minum air alkaline (berkotak merah) ni yer,

Kunang-Kunang berkata...

Mamawana,

Waalaikumussalam. Terima kasih singgah.

Banyak-banyak tumbuh-tumbuhan kita yang berkhasiatkan. Sayangnya kita jer yang kurang ilmu mengenainya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Saya juga ada mendengar tentang hal begini. Memang sesuatu tumbuhan atau buah-buah tu ada khasiatnya cuma mungkin jumlah pengambilan bahan-bahan tersebut yang tak betul kita ambil.

Kunang-Kunang berkata...

c'axoera,

Minum jus peria+apple. Mesti banyak khasiatnya. Kena cubalah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdahm

Betul tu kak. Segala kemungkinan yang ada kita cuba.

Semoga akak sihat yer.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Oat memang ramai orang ceritakan khasiatnya. Kak ani ada juga ambik tapi tak selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih berkongsi idea tentang pemakanan untuk diabetes ni.

Daun bismillah ni bukan daun sambung nyawa. Daun sambung nyawa dia jenis pokok renek dan merayap. Pokok bismillah ni jenis pokok. Kalau tanam ditanah dia akan besar. Tapi kak ani tanam dalam pasu saja.

Kunang-Kunang berkata...

Ngasobahseliman

Waalaikumussalam. Terima kasih berkongsi cerita tentang JANUVIA. Saya juga mengambil treatment kat PPUM.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih berikan cadangan. InsyaAllah akan akak cuba.

LadyBird berkata...

ayh lady amalkan makan rendaman air daun bismilah..
xthla menjadi ke tak.. baru je minggu lepas g check dr ckp ayh lady ade kencing manis..

Nur-nba berkata...

Moga Kak Ani bertemu dengan penawar penyakit yang akak hidapi tu. Jaga diri ye kak..

nor berkata...

Assalamualaikum kak,kak ipar saya kena masuk hospital sebab gula tinggi,datang makciknya ziarah bawakan epal hijau,lepas makan sebiji,paras gula turun normal,cubalah kak,insyaallah.nak tanya kat mana boleh dapat daun bismillah ni,kalau akak tahu ada jual kat mana-mana kedai jual pokok,terima kasih.