Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 22 Januari 2012

Ikhtiar .......sambungan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Saya sangat berterima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah dan meninggalkan ulasan di N3 saya yang lepas iaitu tentang Ikhtiar
untuk menurukan tekanan gula dalam darah.

Banyak pandangan-pandangan dan nasihat-nasihat yang berguna dicadang dan diceritakan oleh kawan-kawan kepada saya.

Saya begitu tertarik tentang ulasan yang diberi oleh Saudara Temuk dari Blog Nukilan yang memberi pandangan beliau di mana saya rasa pandangan beliau sangat bagus untuk kita kongsi bersama. Terima kasih Saudara Temuk. Pandangan beliau seperti berikut:



Saya juga pernah mendengar pandangan ini dari arwah bapa saudara. Dia kata betul bahan-bahan tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan tu boleh membantu dalam menangani penyakit yang kita hidapi, contoh darah tinggi dan diabetes. Masalahnya kita tidak tahu dose sebenar yang patut kita ambik. Memandangkan begitu doktor tidak menggalakkan dia mengambil ubat-ubatan tradisional. Wallahuwa'llam.

Kawan saya Kamariah Awang dari blog Matahati ingin kepastian sama pokok yang saya tepekkan dalam N3 tu pokok hempedu bumi dan rasanya pahit.



Saya google dan saya dapati rupanya pokok hempedu bumi ni nama lainnya ialah pokok cerita. Kalau pokok cerita memang saya kenal. Nama saintifiknya Andrographis paniculata.


Pokok hempedu bumi atau pokok cerita (gambar dari google)


Apa yang saya tahu, daun pokok cerita ni direndam dalam segelas air panas untuk beberapa minit tak boleh lebih. Lepas tu minum airnya. Rasa air tu sangat pahit. Khasiat boleh membantu dalam menurunkan bacaan gula dan tekanan darah tinggi serta lain-lain.

Kawan saya Kamsiah pula dari Blog Detik-detik indah dalam hidup ku ingin tahu sama ada pokok ni pokok sambung nyawa atau nama saintifiknya Gynura procumbens .



Saya kenal pokok sambung nyawa ni. Pokok sambung nyawa ni jenis pokok renek berperdu tapi pokok bismillah ni pokok berbatang tegak dan bercabang.


Pokok sambung nyawa (gambar dari google)


Dan ini pula pokok Bismillah atau nama saintifiknya vernonia anygdalina selain dari gambar saya sendiri dalam N3 terdahulu.


Pokok Bismillah (gambar dari google)


Pokok-pokok yang diceritakan di atas menurut mereka yang pakar tentang perubatan tradisional mengatakan daun dari pokok-pokok ni banyak khasiatnya antaranya boleh mengawal tekanan darah tinggi dan bacaan gula dalam darah. Wallahuwa'llam

9 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Salam Puan,,
Menangani penyakit dengan pelbagai usaha itu adalah sangat baik. Apa yang dikata an oleh Encik Temuk itu Ada benarnya. Harap bacaan gula Puan bertambah baik. InsyaAllah.

ajak berkata...

asalam ... salam kenal ... saya follow awak ... sudilah kira nyer follow blog saya plakk ..tq.

Kamsiah berkata...

salam
ooo rupanya pokok bismillah dan pokok sambung nyawa tu lain2 ya...tgk daunnya hampir sama...
apa yg penting adalah usaha kita,kan...

hani@debumelukut berkata...

selain mencuba berubat secara tradisional, ikuti lah pesanan doktor..penyakit ni boleh betahan malah boleh di rawat kalau jaga pemakanan dan selalu ikuti nasihat pakar perubatan. Sabar lah, kita yg dah berumur ni memang tak leh lari dari dikunjungi tetamu yg tak di undang ni. Semoga tuan tanah lebih sihat hari ni dari kelmarin. Saya doakan yg terbaik. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Deru Ombak,

Waalaikumussalam. begitulah juga harapan saya. Semoga DO juga diberi kesihatan yang baik olehNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ajak,

Terima kasih singgah dah sudi menjadi kawan blogging saya.

InsyaAllah saya akan ke blog ajak nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

memang nampak lebih kurang saja daunnya cuma kalau diperhati daun pokok sambung nyawa tu tepinya berlekuk2 sikitkan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Betul tu semua penyakit ni sebenarnya merupakan peringatan tidak langsung dari Allah supaya kita ingat padaNYA.

insan_marhaen berkata...

Bebaru ini kawan IM (A) tiba-tiba mengalami susutan saiz badan yang mendadak. Diabetis le tu.

Ada satu kawan lain (B) pula sarankan minum air daun ketum. Jadi A minum air ketum hingga ke bungkusan yang ke 2. Paras gula dalam darahnya turun. Sekarang ini dia memasuki bungkusan ke 3.

IM teringat untuk cuba beri pada ibu_suri tapi dok timbang tak habis ni.

Tu la... tak tahu kesan sampingan, bagaimana...