Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 27 Januari 2012

HOYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sebagai mengubat hati sedang mengelebang gelibu ni, saya snap gambar pokok bunga hoya yang sedang berbunga dianjung rumah saya. Pokoknya dah berusia lebih kurang 4 tahun. Masih aktif mengeluarkan bunga.







Ini dari 2 pasu pokok yang sama berbelit pada tiang. Saya sengaja gantungkan pasunya berdekatan dengan tiang supaya pokok ni boleh melilit pada tiang.





Di bawah ni gambar yang menjadi kenangan ketika hoya ni mula-mula belajar berbunga kira-kira 4 tahun yang lalu. Sebenarnya saya telah mencantumkan 2 warna dan 2 jenis hoya berdekatan dalam 2 pasu. Satu yang bunganya bewarna putih dan satu pasu bunganya bewarna merah. Minta maaflah saya dah lupa nama sebenar hoya-hoya ni walaupun satu ketika dulu tahu namanya.









Sekarang ni hoya putih dah lama tak berbunga. Tak tau kenapa.

46 ulasan:

kakcik berkata...

Hoya putih tu merajuk kot. :)

Marina Monroe berkata...

Kat rumah pun ada 2 pasu, yg merah jer berbunga, yg putih jarang2 sekali berbunga.

Kakzakie berkata...

Apasal kakak tak pernah nampak bunga ini Kak Ani. Cantiklah...

MulutPayau berkata...

cantiknya bunga hoya tu...saya tak pernah tanam pokok ni.....

Deru Ombak berkata...

Ya Tuhan... Cantiknya..

insan_marhaen berkata...

IM bila rasa libang libu, pi tido....

a.samad jaafar berkata...

assalamualaikum kak..

cantik betul bunganya.. pokok hoya.. ingatkan jenama cermin mata tau hihihi..

ieja amieja berkata...

assalam kak ani..

selalu nmpk pokok bunga ni, mmg cantik tp x tau pun nama pokok bunga ni hoya..nampak serasi warna merah ngan putih..

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Mungkin juga sebab pokok pun pandai juga merajuk. Kena pujuk ni nampaknya, suruh dia berbunga balik.

Sekarang dah tak ingat mana satu pokok hoya putih mana satu merah dah bercampur aduk.

Kunang-Kunang berkata...

MM,

Saya cuba nak cari jenis hoya lain pulak kalau ada. Sebab senang menanamnya tak perlu jaga sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Mungkin pernah tengok tapi tak perasan. Hoya ni berbagai jenis jugak, cantik-cantik tapi susah nak dapat cutting atau pokoknya.

Yang putih tu kak ani jumpa di nurseri di Temerloh, masa tu tengah gila bunga, nampak nurseri berenti.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Ada orang yang tanam hoya ni dia orang buat para, cantik, bunganya bergantungan.

Kunang-Kunang berkata...

Deru Ombak,

Allah Pencipta yang Agongkan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Kalau bila gelibang gelibu boleh tidor, Alhamdulillah.

Kak Ani kalau keadaan gitu susah nak lelap.

Kunang-Kunang berkata...

A. Samad.

Sebenarnya hoya ni ada nama jenis2nya tapi akak dah lupa sebab dah lama tak main dengan nama-nama bunga ni.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Hoya ni macam2 jenis, cantik2 sangat tapi susah nak dapat.

Nur-nba berkata...

Ya Allah cantiknya bunga dia.. Pertama kali melihat dan mendengar nama pokok bunga hoya.

Cuba akak tanya di nurseri bunga dan tanya.. Mungkin kena letak baja tertentu agaknya.

gadisBunga berkata...

asyikkkk saya menengok bunga berkembangan.... :D

c'axoera ヅ berkata...

cantek......saya hanya mampu tanam kektus jer heheh

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kak werdah juga baru pertama kali dengar nama dan rupa bunga ni.. benar cantiknya.. masyaAllah.

NzA berkata...

cantiknya k.ani..mcm bunga plastik pulak.

sekamar rindu berkata...

salam...

pokok bunga Hoya yang cantik..:))

ieda berkata...

oh pokok ini dipanggil pokok hoya yee .. hurmmm 1st time dgr nie .. ;)

Zaitun berkata...

Cantik bunganya kak ani, saya nak cari kat nurserylah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Kalau Zai nak cari hoya di nurseri agak susah, cuba zai ke sini, blog kawan dan sifu kak ani tentang orkid dan hoya

Jualanshiros.blogspot.com

Dia ada hoya yang cantik2 untuk di jual. Cubalah!!!

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,

Saya baru dengar bunga hoya ni,
tapi daun dia macam daun caping kera,
ubat barut orang lepas bersalin.

Wangi tak bunga dia kak?
Dimana boleh dapat benihnya kak, saya pun nak tanam.

Kamariah Awang berkata...

Cantiklah,kak Ani.. Ma tak pernah tengok hoya ni. Nama pun baru sekali ni dengar. Tk info....

shameel Iskandar berkata...

kalau mak saya tgk mesti dia berminat ni. Mak saya minat sgt dgn bunga kecuali bunga citra letari jer.

al-lavendari berkata...

dua soalan.

1. adakah ia berbau ?
2. siapa yang mengajar dia berbunga dulu ?

Kunang-Kunang berkata...

Nur-nba,

Menurut orang tahu pokok hoya ni pokok merayap dipokok2 besar dalam hutan.

Sekarang yang hutan semua dah masuk bandar, inilah kita dapat menikmati kecantikannya.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Memang menyeronok bila tengok dia berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

c'axoera ヅ,

Pokok ni senang hidup macam kaktus juga agaknya.

Tapi kak ani tanam kastus yang beli di CH semua masuk sorga (tak hidup),

Kunang-Kunang berkata...

Kak Werdah,

Mungkin bunga ini ada nama lain saya tak tau sangat.

Menurut kawan2 yang tinggal di kampong hoya ni jenis yang melilit di pokok2 besar. Jelasnya bunga liarlah.

Alhamdulillah sekarang kita dapat menikmatinya di laman kita.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Yerlah, besarnya ciptaan tuhan.

Kunang-Kunang berkata...

SR

Waalaikumussalam, Subhanallah, inilah ciptaan Allah yang maha bijaksana.

Kunang-Kunang berkata...

ieda,

Tak taulah kalau pokok ni ada nama lain. yang jelas hoya ni ada macam2 jenisnya. Cantik dan yang ini berbau wangi tapi taklah kuat seperti bunga melor atau ros.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Mungkin kita di kampong pernah tengok bunga ni cuma masa tu kita tak pandai nak menilainya. Sebab ni adalah bunga liar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LL,

Rasanya bunga ni mungkin bunga yang LL kata tu. Sebab bunga ni adalah bunga hutan yang melilit dan hidup di pokok2 besar.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Shameel,

Kalau dekat boleh auntie pun berkongsi hobi dengan mak shameel.

Bunga lestari memerlukan penyelenggaraan yang besar, susah nak tanam, he he.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Hj Al,

Dia memang berbau wangi tapi tidak sekuat bau bunga melor.

Masa saya beli di salah sebuah nurseri di Temerloh dulu dia memang dah besar. Dan hoya yang merah saya ambik cutting di rumah kawan, bila dia dah tumbuh segar dia berbunga.

Hoya ni sebenar jenis pokok hutan. Jarang nurseri yang ada. Kalau berminat tuan haji cuba ke sini. Blog kawan dan sifu saya dalam orkid dan hoya ni

orkidku.blogspot.com

http://jualanshiros.blogspot.com/

al-lavendari berkata...

terima kasih atas maklumat itu .. barangkali makngahnya minat kot. nanti saya tunjukkan kat dia.

Kak Intan berkata...

salam kak hanim
cantik si bunga hoya
hoya merah menawan hati
hoya putih merajuk barangkali

sal berkata...

cantik-cantiknya..terpikat..

sal berkata...

cantik-cantiknya..terpikat..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..cantik2 bunga kak ani tu..sedap mata memandang..

LadyBird berkata...

salam akak.. yg berwarna putih tu cantik..
lady xpernah tgk bunga mcm ni..

akak, mengelebang gelibu tu ape?