Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 4 Januari 2012

Adakah ini takdir!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kesian, rasa simpati dan sedih bersilih ganti dalam diri sejak 3 hari lepas. Dia juga merupakan tamparan dan iktibar pada diri sendiri.

Saya masih ingat, ketika saya memberitahu dia supaya makan ubat diabetes dan darah tinggi seperti dijadualkan. Saya juga pernah nasihatkan dia jaga makan minum. Jangan minum atau makan yang manis-manis.

Dia jawab "Alah Ni, berapa lama lagi aku nak hidup". Itulah prinsip adik lelaki saya, ambik mudah.

Jawab saya "Tak boleh macam tu, kalau mati terus tak apa, kalau strok ker atau apa-apa ker, susah", dia gelak jer.

Dari hari ke hari tiap kali berjumpa, ada jer perkara yang dia cerita tentang anggota badannya. Ada kala dia kata "kaki aku kebas, pakai selepar ker, tak pakar ker sama jer, tak rasa apa". Jawapan saya pada dia sama juga. Jumpa waktu lain pula dia beritahu lagi "tangan aku tak berapa nak boleh genggam". Samalah juga jawapan saya.

Tapi rasanya nasihat dari orang yang tak berapa pandai ni macam angin lalu saja.

Takdir menguji adik saya. 3 hari lepas ketika makan tengahari, tiba-tiba saja pandangannya gelap, maksud lainnya penglihatannya hilang. Dia telefon saya, saya cadangkan di ke hospital segera. Ketika ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang, bila diperiksa tekanan darah tingginya, begitu tinggi sekali. Begitu juga dengan bacaan gulanya. Kesimpulannya kerana tidak menjaga pengambilan gula menjadikan matanya rosak terus. Kata doktor "nasib baik Pak Chik datang cepat, boleh strok ni".

Semalam pakar mata di hospital serdang pula mengesahkan mata kirinya yang pernah dipasang kanta akibat katerak sudah tidak boleh berfungsi lagi. Urat-urat dimata sebelah kanannya pula sudah dimasukki darah. Pembedahan segera perlu dibuat. Pakar mata di hospital berkenaan terpaksa melaserkan mata kirinya yang dah rosak dan juga mata kanannya. Peluang melihat semula tidak dapat dipastikan, ia hanya bergantung kepada mata kanannya saja yang juga kabur sekarang ini.

Saya tak tahu nak kata apa selain "sabarlah, ini takdir perjalanan hidup mu". Tapi ianya seolah-olah takdir yang ditempah. Terkenang mak yang kena strok selama 2 tahun sebelum beliau meninggalkan kami semua.



Peringatan pada diri sendiri yang mengidap diabetes, jangan ambik mudah tentang nasihat doktor supaya kita mengawal pengambilan gula dalam makanan, akibatnya sangat menyedih dan menyiksakan. Kita tak boleh salahkan takdir tapi rasanya kita sendiri yang cuai.

25 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Simpati saya dengar beritanya. Kita ni fana semuanya, tiba masanya satu demi satu nikmat Allah beri dulu ditarik~Nya balik sebagai ujian dan penghapusan dosa.

Moga adik kakak dikembalikan Allah kesihatannya semula..

kakcik berkata...

Adik ipar saya juga sedang berada di hospital. Luka akibat kemalangan yang nampak macam dah baik, rupanya mengumpul darah dan nanah di bawah kulit. Dia dikesan menghidap diabetes dan darah tinggi hanya selepas kemalangan tempoh hari.

Kamsiah berkata...

salam
takut jugak bila jadi mcm tu...tak sanggup membaynagkannya..jika kena stroke ...bkn apa...nyusahkan org lain.

Farid berkata...

Salam perkenalan kak

pengalaman menjaga arwah omak yang koma akibat diabetes 11 tahun lalu masih terkesan hingga ke hari ini..membaca catatan kak Ani seolah mengimbas sorotan peristiwa lalu.

ieja amieja berkata...

salam kak ani..

harap2 akk pun chat tika ini..insyaalah setiap penyakit ada ubatnyer..yg baik itu dtg dariNYA dan yg buruk selalu dtg dari diri sendiri..yg pntg akk dah selalu ingatkan dia..sabar ye kak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abdul Razak,

Semoga sihat yer.

Begitulah takdirnya yang terjadi pada adik kak ani, tapi kita tak boleh berputus asa kena berusaha dan berdoa terus kepada Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Saya ingat tentang adik ipar kakcik yang kakcik pernah cerita dalam N3 terdahulu.

Memang orang ada diabetes ni kalau luka payah sikit nak ubat. Tapi InsyaAllah dengan kemudahan perubatan yang ada, boleh sembuh. Semoga adik ipar kakcik segera semboh.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Itulah doa kita selalu kalau boleh dielakkan tak maulah strok2 nikan. Selain kita yang sakit, orang lain pun susah kerana kita.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Akak sihat, Alhamdulillah. Semoga eija dan keluarga juga sihat yer.

Kunang-Kunang berkata...

Farid,

Terima kasih singgah blog kak ani ni.

Memang betul menjaga orang sakit terutama kena strok memang memerlukan semangat dan tenaga yang kuat.

Kak ani pun merasa juga menjaga mak yang memang tinggal bersama kak ani. Orang sakit ni terutama strok memang sensitifkan, kena jaga betul hati dia.

ajumohit berkata...

Sedihnya baca entry Akak ni, semoga adik Akak tabah mhadapi dugaan ini, saya doakan yg terbaik untuknya

NzA berkata...

sedihkan bila org2 yg kita sayang diserang sakit kronik..moga adik kak ani sabar n semoga kesihatannya akan pulih...

Zaitun berkata...

Salam kak ani...nak atau tidak kalau kita dah ada penyakit kena ikut nasihat doktor kalau tidak kita sendiri yang susah.Semoga adik kak ani cepat pulih sediakala.

Hairun Azmi Hashim berkata...

Besarnya dugaan...Sabaryer..

Hanis Azla berkata...

selalu begitu, sblm terkena kita jd lupa utk beringat.. peringatan yg baik utk saya juga ni.. harap2 kesihatan adik akan kembali baik hendaknya..

Hanis Azla berkata...

selalu begitu, sblm terkena kita jd lupa utk beringat.. peringatan yg baik utk saya juga ni.. harap2 kesihatan adik akan kembali baik hendaknya..

sal berkata...

akak..dlm surah yasin ada doa angin akhmar (stroke) elok diamalkan..
apabila dah berusia ni saya dah amalkan..selain drp ikhtiar pemakanan dan ubat2, doalah pulak..

penyakit stroke, adalah penayakit yg selalu dialami oleh individu berusia emas..memang takut, kan..

insan_marhaen berkata...

itu juga yang risau IM dibuatnya bila memikirkan ibu_suri.nasib baiksoalmakan ubat, ibu_suri cukup komited.

IM aje kekadang tak sanggup tengok ubatnya. macam makan kacang je..

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Dia akan menjalani pembedahan membuang selaput mata sebelah kanan yang sekarang ni kabur.

Mudah2an pembedahan tu berjaya dapatlah dia melihat semula dunia ni.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Tulah hidup kita ni tiada yang kekal abadikan.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Setuju dengan zai. Tapi ada orang mengambil mudah jer. Macam sepupu saya seronok jer dia bercerita yang dia tak injek insulan sebagaimana arahan doktor. dia kata "aku okey jer".

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Lama tak singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Tulah yang selalu saya kata pada anak-anak, tak ada orang yang menyesal dahulu, semua orang menyesal kemudian.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kalau sudi boleh sal berikan ayat keberapa dalam surat yassin tu.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul tu, orang dulu-dulu kesana kemari bawa bekas sirih, kita sekarang bekas ubat yang kita arak ke sana kemari.