Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 28 September 2011

Di rumah Tak Ada Orang Kenapa Beri Salam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Semasa anak saya masih kecil dia selalu tanya saya "dalam rumah tak ada orang, kenapa beri salam" bila saya beri salam ketika nak masuk ke rumah. Wahai anak-anak inilah jawapanya. Janganlah pelik:

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Walaupun tak ada manusia dalam rumah. kemungkinan ada makhluk Allah yang lain di dalam rumah kita semasa kita tiada. Jadi kita beri salam supaya makhluk ni tahu kita dah balik. Bunyi macam pelek tetapi itulah hakikatnya.

Isnin, 26 September 2011

Sambil Menyelam Sambil Tangkap Ikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Mata asyik merenung bunga ros yang berkembangan di pagar zink biru dalam gambar di atas tu. Hati berkata, "cantik, bestnya kalau aku ada pokok bunga ros yang macam ni". Possible ker impossible impian tu. Rasanya lebih kepada impossible. Halangannya, cuaca kitalahkan. He he beranganlah tu.

Saya ada juga tanam pokok bunga ros yang tingginya melepasi pagar rumah, berbunga juga, tapi satu dua saja yang kembang dalam sepokok. Saya tanam ros kampong yang berbau wangi.

Sebenarnya saya ni baru selesai mengunjungi blog kawan-kawan. Best juga ada peluang berblog walking ni. Tapi nak tau kenapa saya letak tajuk di atas sebab saya berblog walking sambil menyidai kain baju. He he pemalas ker rajin namanya ni. Saya sidai kain di beranda rumah saja. PC pulak terletak ditepi sliding door ke beranda, jadi saya gantung baju-baju tu digrill pintu dulu, dah banyak baru saya sangkutkan di penyidai kain di beranda. Sambil-sambil duduk di atas kerusi yang sama saya tekan 'mouse' untuk berblog walking.

Sekarang cuaca nampaknya dah mendong balik. Tapi tak kesahlah. Kain tu takkan basah cuma lambat kering sikit. Bilalah agaknya nak selesai urus mengurus kain baju ni. Dari muda hingga ke tua. Dari anak masih kecil-kecil hingga dah bercucu. Sekarang uruskan kain baju kami berdua saja, tapi berat juga rasanya.

Sabtu, 24 September 2011

Syawal Dah Hujung-hujung - Jamuan Masih Rancak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Duduk kejap depan PC. Dah beberapa hari tak update blog. Seboklah sangat kononnya tu.

Saya baru saja balik dari beraya di rumah ustaz guru alquran saya. Boleh tahan ramai orangnya. Mereka terdiri dari staf Masjid Negeri dan anak-anak murid ustaz saya dan keluarga masing-masing. Sebenarnya setiap tahun saya dijemput tapi baru kali ini saya dapat hadir.

Alhamdulillah, nampaknya sambutan raya masih rancak walaupun Syawal dah tinggal beberapa hari lagi. Mewahnya orang sekarang. Jamuan tak habis-habis hingga tak cukup hari. Kadang-kadang sampai dua tiga rumah nak pegi dalam satu hari. Tak pegi bimbang member kecik hati.

Semalam saya dan 5 orang kawan ke Pulau Indah. Meraikan jemputan raya dari kawan yang sama-sama belajar mengaji. Meriahnya. Ramai tetamu dia dan suaminya. Ini kali kedua saya pijak kaki ke Pulau Indah. Seronok rasanya suasana kampong.

Kawan saya ni kawasan rumahnya memang besar. Siap bela kambing, ayam dan itek. Semalam salah satu menunya ialah gulai itek belaan kawan saya tu. Itek tu kawan saya masak lemak cili padi. Sedap..........

Besok, Ahad, member kelas bahasa Arab pulak buat raya antara kami. Saya diminta masak nasi dagang. Aduhhhhhhhhh. Mudah-mudahan saya larat memasaknya. Semua bahan keperluan dah saya beli.

Sebenarnya lepas puasa ni dah 2 kali saya masak nasi dagang di rumah. Saya kumpulkan adik-beradik saya dan adik-beradik suami yang tinggal di sekitara Lembah Klang sekaligus. Penat kalau tak buat macam tu. Bila kumpul sekaligus macam ni, penat sekali jer dan semua orang dapat berjumpa dan bermesra. Maklumlah kadang-kadang tu walaupun adik beradik, saya tau mereka jarang berjumpa terutama bila mak ayah dah tiada. Sebagai anak sulung sayalah yang akan mencari jalan mempertemukan mereka.

Besok juga adik ipar saya jemput beraya di rumah barunya. Jadi selain jamuan raya dijadikan juga jamuan masuk rumah baru. Wajib pegi nampaknya. Mungkin Ahad esok hari terakhir orang buat raya. Sebab Ahad dah habis dalam bulan syawal nikan.

Rabu, 21 September 2011

Wordless Wednesday - 6 - Destinasi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ








Isnin, 19 September 2011

Renjis-renjis Dipilin Di Kuantan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Salah satu tempat menarik di Taman Pertanian


Hari Sabtu dah Ahad kelmarin saya berada di Kuantan. Kami berlepas dari SA ke Kuantan pada pagi Sabtu. Kami ke Kuantan kerana adik perempuan saya mengadakan Majlis perkahwinan anak lelakinya pada hari Ahad dan pihak perempuan pada hari Sabtu.

Tiba di Kuantan lebih kurang jam 12.00 tengahari. Memandangkan perkahwinan di pihak pengantin perempuan diadakan di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah (JPSAS), Kuantan, jadi kami terus ke sana dan berjanji akan bertemu dengan rombongan anak saudara saya di rumah persinggahan di Taman berkenaan.


Pintu Masuk ke Taman Pertanian JPSAS


Luas juga kawasann Taman Pertanian JPSAS ini. Sayangnya saya tak berkesempatan nak meronda seluruh kawasan. Maklumlah badan dah letih selepas perjalanan yang jauh tu. Lagi pun susah bila anak cucu ikut sekali. Taulah budak-budak, macam-macam kerenah.

Jarak antara rumah persinggahan dan tempat majlis diadakan tidaklah berapa jauh, tapi pihak Taman telah menyediakan perkhidmatan 'keretapi' untuk mengarak kedua Pengantin dan mempelai dari Rumah Persinggahan ke tempat Majlis diadakan.







Perkahwinan ni diadakan di dalam bangunan yang terbuka. Lebih kurang konsep perkahwinan dalam tamanlah agaknya.









Memandangkan kedua pengantin tinggal di Kuantan, jadi adik saya mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada hari Ahad di rumahnya di Taman Cenderawasih.


Persandingan di Rumah Mempelai


Pada hari Ahad tu, kami tak tunggu lama di rumah adik saya tu, selesai pengantin bersanding kami terus bergerak dari Kuantan ke Shah Alam lebih jam 2.30 petang.


Senja diperkarangan hotel di tepi sungai Pahang

Jumaat, 16 September 2011

Andainya Berpisah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Tersebutlah suatu kisah yang mengisah seorang A'lim yang Tawaduk dan disegani ramai.Kisah berlaku pada suatu zaman dahulu di Arab Saudi.

Pada suatu hari ketika beliau pulang dari solat Subuh , sampai sahaja di rumah.

"Eh kenapa ramai sangat orang kat rumah aku?" Tertanya oleh hatinya.

"Ha tu pun dah sampai" teriak salah seorang daripada mereka.

"Akhi ana harap anta sabar dengan dugaan ini, setiap yang hidup pasti akan merasai mati" terang salah seorang daripada mereka.

Apabila mendengar sahaja kalimat mati, timbul perasaan cemas di hatinya. Dengan tergesa-gesa dia melangkah, sampai sahaja dipintu. Terlihat oleh sepasang matanya akan sekujur jasad yang sudah tidak lagi bergerak. Ternyata mayat itu seorang wanita, yang juga merupakan isterinya. Maka menitislah air mata kesedihan.

Setelah seminggu berlalu. Ketika dalam perjalanan pulang dari kelas pengajiannya. Datang seorang pemuda berpakaian hitam menyapanya dari arah belakang, lalu pemuda itu berkata "Ada berita untuk anta". Setelah mendengar dan buat sekelian kalinya beliau menitiskan air mata kerana kesedihan .

Sebulan selepas menerima berita kematian anak perempuan tunggal yang dia kasihi, hidupnya mulai berubah. Kehidupannya kini tidak seperti dahulu yang selalunya dipenuhi dengan zikir dan munajat, tidak seperti sekarang yang sentiasa dipenuhi dengan kesedihan, kedukaan dan kekesalan amat sangat disebabkan kematian isteri dan anaknya.

Pada suatu malam, ketika beliau sedang tidur. "Eh, dimana aku berada?" bisik beliau

Seluruh yang dilihatnya hanyalah padang pasir kontang yang mulai senja. Ketika berjalan untuk mencari tempat rehat, bumi sedikit demi sedikit mulai bergerak-gerak, semakin lama makin kuat gerakannya hingga menyebabkan beliau terjatuh berkali-kali. Sehingga sampai suatu tebing. Dari lubang itu muncullah seekor naga yang amat besar dengan rupa yang menakutkan. Dalam keadaan cemas beliau berlari tanpa arah tuju.

Malangnya naga itu semakin dekat. Ketika berlari beliau ternampak seketul batu besar. Dengan segera beliau bersembunyi di sebalik batu tersebut. Ketika dalam keadaan cemas muncul seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya, sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan diri kamu dari terus binasa".

Maka dengan harapan yang menggunung, beliau terus berlari sehingga sampai disuatu sungai yang dipenuhi api. Sekali lagi beliau ternampak seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya . Sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari terus binasa". Maka dengan harapan yang melangit tinggi, sekali lagi dengan bersungguh-sungguh beliau berlari.

Ketika berlari beliau terjatuh di dalam sebuah lubang. Buat sekelian kalinya beliau ternampak seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya, sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari terus binasa. Tetapi kali ini dengan nada yang marah dia menjawab "Alangkah baiknya kalau kau sahaja yang lari dan biarkan aku menggantikan tempat kau" . Tiba-tiba orang tua tadi hilang.

Ketika beliau panjat untuk keluar dari lubang tersebut, beliau ternampak di suatu tempat yang mana disitu semuanya putih dan juga ternampak anak perempuan beliau sedang melambai-lambai. Dengan segera beliau berlari ke arah anaknya. Beliau terus mendakap anaknya, ketika itulah anaknya berkata "Wahai ayah ku kenapa kau meninggalkan suruhan ALLAH?", "Aku rindu akan dikau dan ibumu wahai anak ku", dia menjawab. "Adakah ayah lebih sayangkan kami dari ALLAH sedang DIA yang menciptakan kita semua?" jawab anaknya.

"Kalau begitu terangkanlah kepada ku perihal naga dan orang tua yang aku jumpai?" Dia berkata. "Sebenarnya Naga itu perumpamaan bagi dosa dikau yang begitu buruk sekali, dan seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya mewakili pahala mu yang terlalu sedikit sehingga hanya mampu menyelamatkan kamu dengan kata-kata sahaja. Begitulah perumpamaan bagi orang yang berputus asa pada rahmat ALLAH" jawab anak perempuannya.

Semenjak peristiwa itu , beliau sedar akan kesilapannya dan mulai insaf dan bertaubat dan sentiasa AMAL MA'RUF NAHI MUNKAR dimana sahaja beliau berada.


Kisah ini begitu terasa di hati saya. Berpisah mati adalah perpisahan yang amat menyedihkan dan memerlukan kesabaran yang kuat. Saya pernah merasainya bila Allah menguji saya dengan kematian anak lelaki saya. Cerita ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada saya untuk saya memuhasabahi diri dan juga memotivasikan diri saya setiap kali kenangan sedih itu datang diingatan saya.

Saya ingatkan diri yang Allah lebih tahu apa yang ditakdirkan kepada saya. Allah sentiasa sayangkan kita dan kita jangan sesekali putus asa dari rahmat Allah.

Selasa, 13 September 2011

Anak Ambik Periksa, Hati Mak Menggelabah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Hari ni murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Doa saya semoga calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini dan berakhir pada hari Khamis ni berjaya dengan cemerlang.

Saya tahu, bila anak ambik periksaan, hati ibu dan ayah yang menggelabah. Doa tak putus dari bibir, semoga Allah terangkan hati anak-anak dan dapat menjawab soalan dengan baik.

Memandangkan saya tidak lagi mempunyai anak-anak yang masih bersekolah saya tidaklah arif sangat tentang tarikh-tarikh peperiksaan walaupun saya tahu UPSR akan diadakan pada bulan September. Yang menjadi saya tahu bila Khamis lepas cucu saya Amira Izati 8 tahun datang kerumah dengan mama dan abahnya. Saya tanya dia, "malam ni tidor sini ker". Dia jawab "tidor sini". Lalu saya kata "Ai tak gi sekolah ker esok". Dengan senyum dia jawab, "orang periksa UPSR, budak lain cuti sampai Ahad depan". "amboi lamanya" kata saya.

Bila bercerita pasal anak-anak menduduki peperiksaan, saya teringat masa anak-anak saya masih bersekolah dulu. Saya ada 5 orang anak. Setiap kali anak-anak ini menduduki peperiksaan saya dan abahnya akan ambik cuti. Bermula dari peperiksaan 'Peperiksaan Penilaian Darjah Lima' untuk anak no 1 hingga 3 dan bermula dari UPSR untuk anak no.4 dan 5 dan sehinggalah mereka menduduki SPM.

Kadang-kadang abahnya ada urusan yang tak membolehkan dia ambik cuti tapi bagi saya, saya dah atur awal-awal bagi mempastikan saya boleh cuti pada tarikh-tarikh tersebut.

Pada hari itu saya akan pastikan anak-anak saya dihantar ke sekolah dan dijemput balik dari sekolah. Sedangkan pada hari-hari lain cuma masa ke sekolah saja kami hantar, waktu balik mereka naik bas sekolah. Saya akan siapkan makan tengahari untuk kami makan bersama. Lepas tu saya akan duduk dengan mereka bincang-bincang sikit mengenai pelajaran untuk peperiksaan esoknya.

Keputusannya. walaupun anak saya tidaklah sehingga belajar ke luar negara tapi mereka semua berjaya menjejak kaki di universiti di Malaysia. Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan kurniaan yang Allah berikan ini.

Isnin, 12 September 2011

Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?. Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Hati sangat tersentuh membaca N3 ini. Inilah lumrah hidup, suka duka silih berganti. Semoga Allah tabahkan hati saya dalam menerima kesedihan yang datang. Takkan Allah jadikan kita gembira selalukan. Mesti diselang seli suka dan duka.



Ihsan dari iluvislam

Sabtu, 10 September 2011

Jom Singgah Kedai Tudung Online - Zulaikha

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pada kawan-kawan yang singgah, Kedai Tudung online di atas adalah usaha anak saya Zulaikha. Dia ingin mencuba membuat bisnes secara 'online'. Barang pertama yang nak cuba diniagakan ialah anika tudung, jadi kalau nak tengok gambar-gambar tudung tu klik jerlah pada gambar di atas. Mana yang berkenan bolehlah sms dia sendiri atau ke Facebook dia. Terima kasih.




Ini sticky post

Untuk N3 baru dibawah

Isnin, 5 September 2011

Selamat hari Raya Aidilfitri



InsyaAllah memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H, dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat blogger yang singgah di Blog saya ini.

Diharap sahabat-sahabat sudilah ambik kad Hari Raya Aidilfitri ini sebagai mengiratkan ikatan silatulrahim yang terjalin antara kita.


N3 baru dibawah

Tunggang Terbalik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Susah pulak hati saya bila tengok blog saya ni tunggang terbalik. Tunggang terbalik tu ialah yang mana patut duduk sebelah kanan, sekarang dah duduk sebelah kiri. Nak komen blog kawan-kawan pun dah tak tentu hala.

Tak taulah salah setting blog saya ker atau ada yang tak kena dengan engin google chrome saya. Tapi bila saya buka website lain melalui goggle chrome ni okey pulak. Blog saya dah tak boleh nampak 'followers' saya. Bila saya ke blog kawan-kawan pun saya tak nampak 'followers' di blog kawan-kawan. Ataupun mungkin komputer saya yang sakit.

Sekarang ni saya berblog dengan engin 'Mozilla Firefox' tetapi follower saya dan kawan-kawan masih tak nampak. Bila saya guna komputer lain, okey pulak semuanya. Begitu juga bila saya guna laptop.

Mudah-mudahan saya temui penyakit blog saya ni.

Sedih...........

Ahad, 4 September 2011

Cinta - Takdir atau UjianNya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Cinta memang tak semestinya memiliki....

Kisah Pertama

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya.

Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah.

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”


Kisah Kedua

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…

Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu. Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu. Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya.

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu. Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”. Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Kisah Ketiga

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu.

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama.

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal. Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Kisah Keempat

Lelaki ini adalah Khalifah ke 4, setelah Usman bin Affan…

Dia memandang seorang budak perempuan di pelataran rumah seorang sahabatnya…

‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu. Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu. Thalhah. Thalhahlah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..

“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya. Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit...

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya puteri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.

‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!! Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita. Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka.
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu.



Dipetik dari http://fatahensem.blogspot.com - cinta-takdir-atau-ujiannya

Jumaat, 2 September 2011

Antara Takut Dan Harap

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




"Macam mana kalau doa yang satu ni Allah tak makbulkan, sedangkan selama ini rasanya apa yang Inah doa dan hajatkan, Alhamdulillah Allah makhbulkan".

Itu persoalan yang ditanya oleh Sakinah ketika kami berada dalam kereta sekembali dari beraya di rumah adik saya di Puchong.

Saya tahu hajat apa yang dia maksud. Saya tahu waktu yang menentukan sama ada doanya dimakhbulkan Allah atau tidak makin dekat menghampiri dia. Saya tahu dia kadang-kadang gelisah takut Allah tidak perkenankan doanya selama bertahun akhir-akhir ini. Selama ni saya tahu dia berusaha dengan gigih menyusuri jalan-jalan kearah mencapai hajat dan cita-citanya. Dia berusaha keras memenuhi syarat-syarat yang akan membuka jalan untuk dia mencapai hajatnya.

Sebenarnya saya juga sentiasa berdoa semoga Allah makhbulkan doanya. Tapi saya juga sentiasa pesan pada dia dan sebenarnya juga kepada diri saya sendiri, seandainya Allah tidak perkenankan doanya yang satu ini janganlah dia kecewa dan putus asa. Saya juga ingatkan dia yang kita kena sentiasa menyangka baik terhadap Allah walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas diri kita adalah suatu keburukan atau kegagalan. Kita hendaklah ada sifat redha kepada ketetapan Allah.

Pesan saya pada Sakinah "sesuatu yang baik pada anggapan kita tidak semestinya baik bagi Allah, jadi jangan kecewa bila tak dapat apa yang kita hajat, mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk Inah sebagai hambanya".

Saya minta dia renungilah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Itulah jawapan dan peringatan yang berkali-kali saya ingatkan padanya. Sebenarnya ia juga peringatan bagi saya. Saya juga tak mahu diri saya sendiri merasa kecewa bila hajat anak saya tidak tercapai. Disamping itu saya tak mahu dia kecewa dan merasa Allah tidak sayangkannya kerana tidak memakbulkan doanya yang dipohon bertahun-tahun.

Saya nak tanamkan dalam dirinya bahawa kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah. Saya selalu katakan padanya yang Allah sentiasa dekat dengan kita, berdoalah dan mintalah pada Allah semoga Allah perkenankan jika ianya baik bagi kita. Saya nak dia ingat firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang artinya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini dekat, Aku menjawab seruan orang yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruanKu (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar supaya mereka selalu berada di atas petunjuk”

Allah tidak jauh dari setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh dari kita ialah diri kita sendiri. Dengan adanya sifat baik sangka terhadap Allah, disamping sifat tawakkal dan redha, kita akan menjadi manusia yang baik, tenang dan tidak menimbulkan masalah pada diri kita dan pada orang lain.

Doa saya semoga Allah makhbulkan doa Sakinah yang bertahun itu seandainya ia adalah sesuatu yang baik bagi dia. Saya juga berdoa dan berharap semoga Allah tanamkan sifat yakin dan tabah dalam hatinya dalam menerima ketentuan Allah.

Setiap perkara yang berlaku ke atas kita samada yang baik atau sebaliknya bagi orang yang beriman,ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Kita kena yakin dan sedar yang disebalik sesuatu peristiwa itu ada hikmahnya yang tersendiri.