Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 27 Mei 2011

Koma!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum. Semoga di hari Jumaat yang mulia ini Allah kurniakan kepada kita semua keberkatan dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Di kawasan perumahan saya ni, semenjak pagi tadi hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat. Lebih kurang pukul 10 pagi baru betul-betul berhenti. Senanglah orang nak ke masjid untuk sholat Jumaat.

Pagi ni ketika masa terluang saya membaca artikel dalam sebuah majalah yang menceritakan tentang kisah-kisah orang-orang yang pernah mengalami koma. Koma ialah satu keadaan di mana pesakit tidak sedar dalam satu tempoh yamg lama. Kalau sekejap ianya adalah pengsan atau pitam.

Banyak perkara-perkara yang dialami oleh mereka yang koma ni ketika mereka koma. Kebanyakannya cerita yang menakutkan seolah-olah gambaran balasan atas apa yang mereka lakukan ketika sebelum koma.

Apa yang menarik pada saya ialah ulasan dari Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Hashim Yahya, iaitu bekas mufti Wilayah Persekutuan yang sekarang ni menjadi pensyarah di UIA.

Menurut beliau memang susah nak dinafikan pengalaman yang dialami oleh mereka yang sedang koma. Dalam islam pun katanya tidak ada firman atau hadis yang menafikan pengalaman ini.

Dalam islam kita dikehendaki beriman kepada Allah dan beriman dengan yang ghaib. Mungkin yang kita nampak masa koma itu kehendak Allah tapi ada juga orang yang koma tidak mengalami apa-apa. Jadi kita juga kena ingat mungkin ia juga tipu helah syaitan. Syaitan ada bermacam-macam cara dan bermacam-macam tektik nak sesatkan kita.

Jadi jalan yang terbaik ialah bagi mereka yang pernah melalui pengalaman ini bertaubat dan berjumpa dengan ulamak-ulamak yang boleh mentafsir pengalaman itu dan jangan menjadikan pengalaman itu sah dan benar.

Misalnya semasa koma itu kita dibawa ke sorga. Nampak bidadari yang cantik-cantik dan macam-macam keindahan lagi. Bila kita melalui ini semua, jangan lah kita khayal dan anggap kita sudah baik, amalan dah cukup dan lepas itu tak mahu buat ibadat lagi. Mungkin syaitan sengaja nak sesatkan kita supaya kita jangan beribadah.

Ada juga yang di bawa ke neraka, kita kena seksa, nampak orang kena seksa, janganlah pula kita berputus asa. Jangan rasakan tak ada gunanya kita beribadat kalau tempat kita di akhirat itu memang di neraka.

Jadi jalan terbaik ialah bertaubat dan tambahkan amal ibadah. Mungkin kita bertuah dengan petunjuk dari Allah.

Sama-samalah kita memhon agar Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

Khamis, 26 Mei 2011

Macam tu Ker

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sejak saya balik dari Kota Kinabalu tempoh hari, badan saya terasa gatal-gatal. Di badan saya ditumbuhi ruam-ruam merah. Kadang-kadang terasa miang sangat.

Saya dah berjumpa doktor untuk dapatkan ubat. Doktor dah berikan saya ubat sapu dan ubat makan. Ruam merah tu hilang, tapi rasa miang dan gatal masih ada.

Kemuncaknya malam kelmarin saya tak dapat tidor. Rasanya satu jam pun tak sampai yang saya boleh terlena. Paginya baru saya perasan rupanya seluruh kaki dan belakang saya berbintat-bintat macam kena gegata. Kalau mak saya dulu dia kata kena 'ludah dek hantu'. Kalau kena macam tu, dulu-dulu mak saya akan perasapkan jala atau pukat yang buruk dan asapnya dihalakan ke seluruh tempat yang berbintat-bintat tu. Alhamdulillah menjadi pulak. Sekarang mana nak cari pukat atau jala lama di sini.

Memandangkan saya dah berjumpa doktor di klinik biasa tapi tak juga berkesan, saya pergi berjumpa doktor di pusat perubatan yang biasa saya pegi di Shah Alam ni.

Apa yang nak saya ceritakan ialah selepas doktor memeriksa saya, dia kata saya kena jangkitan 'fungal'. Dia akan berikan saya ubat anti fungal untuk selama 4 minggu. Doktor tu beritahu saya tapi ubat tu harganya mahal. Saya tanya berapa mahalnya, doktor tu kata RM17.00 sebiji. Ubat yang baik. Saya akur jerlah, nak buat macam mana dah sakit.

Akhirnya kos semua sekali, konsultan dan ubat-ubat lain selain 'anti fungal' saya dicajkan sebanyak RM203.00. Nasib baik saya ada kad keahlian Pusat Perubatan tu, jadi saya dapatlah diskaun 10%.

Balik rumah saya termenung sendiri. Berfikir, tadi kalaulah saya kata saya tak mampu nak bayar harga ubat tu, ertinya saya akan diberi ubat biasa saja. InsyaAllah mungkin semboh juga tapi lambatlah sikit agaknya.

Sedihnya bila terkenang macam tu. Kalau sakit, duit pulak tak ada, macam tulah jadinya. Dan sebagaimana sepatutnyalah dengan izin Allah, miang dan gatal saya serta bintat-bintat tu dah hilang pagi ni. Semalam dapatlah saya tidor.

Bercerita pasal duit untuk berubat ni saya terkenang sepupu saya yang sekarang ni sedang menjalani rawatan radioterapi untuk kanser yang dihidapinya. Selepas radioterapi dia kena menjalani kemoterapi pulak.

Katanya doktor dia beritahu, kemoterapi ni pun ada macam-macam ubat. Ada ubat mahal dan ada ubat kurang mahal. Ubat kemo yang diberikan kepada Azean Irdawaty adalah ubat mahal. Itulah katanya Azean sihat hingga sekarang (jangan lupa kuasa Allah). Jadi saya tak taulah ubat apa besok yang sepupu saya akan terima.

Kalau pada yang kerja Kerajaan tu bolehlah Kerajaan tanggung, pada yang kerja swasta atau kerja sendiri, aduss kesiannya.

Rabu, 25 Mei 2011

Basahkan Tekak Di "Ice Room"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Pemandangan Dari Bandar Baru Nilai


Hari Isnin lalu memandangkan tak ada rancangan untuk kemana-mana, Sakinah pun masih bercuti, kami jalan-jalan ke Nilai 3. Tak ada cadangan tertentu. Cuma cadangnya tu kalau berkenan nak cari sarung kusyen kereta Sakinah. Tapi tak jadi beli sebab tak banyak pilihan sangat.

Dalam perjalanan balik sebelum ke Plaza Tol Nilai, di Bandar Baru Nilai terpandang sebuah bangun bernama "Ice Room". Sakinah kata itu tempat jual aiskrim. Saya fikir, wah panas-panas ni elok juga kalau dapat aiskrim.


Kami pun singgah. Beginilah suasana dalam 'Ice Room" ni. Kita seolah-olah berada di dalam kapal. Agaknyalah sebab saya pun tak pernah naik kapal.


Kami memesan aiskrim semangkok seorang. Nama aiskrim tu tak ingat. Tapi sedaplah rasanya dan banyak berpada dengan harganya semangkok antara RM7.00-RM8.00. Di samping aiskrim sebagai menu utama, dihidangkan juga makanan 'western' seperti 'chicken chop', fish & chip' dan beberapa jenis pasta.


Perasa hazelnut


Perasa strawberry

Memandangkan waktu tu dah jam 3.00 petang dan kami belum makan tengahari, saya dan Sakinah makan fish & chip dan abahnya makan 'salad' saja.

Fish & Chip


Salad RM5.00

Di Bandar Baru Nilai ni pun saya nampak terdapat banyak kedai-kedai yang menjual beranika barangan rumah seperti permaidani, kain langsir dan lain-lain. Harganya tak tau sebab tak masuk pun kedai-kedai tu cuma pandang dari jauh saja.

Ain Nur Kaisah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Nama saya Ain Nur Kaisah. Saya cucu nekma dan tokbah yang ketiga. Hari ni 22 Mei 2011 genaplah 2 tahun umur saya. Untuk merai dan memeriahkan hari lahir saya ni, mama dan abah beli kek saja.

Sebagai tambahan Nekma saya goreng mee hoon sikit. Maklong goreng nuget dan ayam. Nekma kata cukuplah tu tak ada orang nak makan. Tetamu saya ialah 2 orang sepupu saya iaitu Kak Atie dan Kak Eresya, Maklong dan Pak long saya, Teh Nah, Pak Su Alam serta nekma dan tohbah.

Saya dan sepupu saya nak makan kek jer. Kak Atie, Kak Esya dan Teh Nah berikan saya hadiah. Nekma tak beli apa-apa untuk Kaisah, nekma beri duit jer. Nekma suruh Kaisah ajak mama dan abah belikan. Nekma kata nekma tak tau nak hadiahkan apa.

Terima kasih yer, semua-semua.


Mereka kata "Happy birthday Kaisah, Semoga Panjang Umur,
diberikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki", terima kasih


/>


Meh, akak pulak - Birthday saperlah ni!! Konfius



Majlis dah nak mula, saya ngantuk sangat.
Penat ikut mama dan abah pegi beli keklah



Inilah kek birthday saya, saya pegi
ambik kat kedai kek dengan mama dan abah tadi



Inilah menu tambahan


Alhamdulillah semua dah selamat.

Isnin, 23 Mei 2011

Berakhirnya Cerita Duka "Jika Aku Tak Bangun Esok Pagi"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jika ku tak bangun esok pagi
Sayang ku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hati
Diri mu amatku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk...
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu...
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewa mu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

sayangku
tiada apa yang kekal dalam dunia ini
namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
cinta ku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti...
Jika ku tak bangun esok pagi
Jika ku tak bangun esok pagi....





Dalam Senyum Tawa Orang
Ada lirik Mata Nan Sayu
Ada Senyum Hampa Pilu
Ada Hati Di Rengut Sendu
Hakikatnya
Kau Dan Aku tahu
Di sini ada Air Mata Yang Di Tahan

Semoga Sempurnalah sebuah kehibaan
Nikmatilah Ganjaran Ilahi
Pada duka dan air mata semalam
Lupakan
Lagu "Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi"


Arwah anak saya memberikan CD lagu ini kepada tunangnya beberapa hari sebelum dia pergi buat selamanya. Dia seolah-olah tahu yang dia akan pergi. Selama 4 tahun ini saya tak sanggup mendengar lagi ini.

Selepas hampir 4 tahun pemergiannya, selepas sholat zohor hari Sabtu lepas, termakbullah doa saya selama ini. Saya ingin dan sentiasa doakan dia bahagia.

Jadi waktu itu dengan dada yang sebak dan berat saya menjadi saksi kepada sebuah ikatan pertunangan antara gadis yang pernah datang dalam hidup anak saya ini dengan pemuda pilihan ibubapanya. Saya doakan dia bahagia.

Saya tetap sayangkan dia sebagai anak saya. Itulah janji saya pada dia dalam kedukaan 4 tahun lalu. Petang ini beberapa kali dia memeluk saya. Saya nampak kesayuan diwajahnya. Saya pura-pura tidak mengerti. Saya kuatkan hati, saya pesan pada mata - jangan menangis. Saya pesan pada bibir - senyum, senyumlah untuk gadis yang saya sayang ini.

Ahad, 22 Mei 2011

Salam Takziah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ







إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Itulah saja yang mampu diucapkan apabila saya mendengar berita tentang tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat tengahari semalam melalui Berita Jam 3.00 petang di Klasik FM.

Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata kesedihan hati apabila mendengar tentang tragedi ini. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga tidak ada yang kehilangan nyawa. Tapi Allah Maha Berkuasa atas segalanya dan kita semua tahu apa yang terjadi.

Memandangkan dah ramai rakan-rakan blogger yang menyiarkan berita ni, di sini saya cuma ingin menyampaikan takziah saya kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan Alfatihah kepada yang terkorban. Semoga keluarga mereka yang terlibat dalam kejadian ini tabah dan sabar menempuh ujian Allah ini.

Sabtu, 21 Mei 2011

Keranjang Usang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sambil menumpang dagu budak lelaki itu asyik mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al quran yang sedang dilagukan oleh datuknya.

Setiap pagi selepas pulang dari kebun, datuknya itu pasti meluangkan masa membaca alquran. Pagi itu tak tahu kenapa timbul keinginan di hati budak lelaki itu untuk bertanya kepada datuknya.

"Tuk, kenapa kita perlu mengaji alquran setiap hari?. Saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Lelaki tua itu lantas bangun. Dia mencapai sebuah keranjang usang yang tersangkut atas para di dapur. Kerajang itu dianyam daripada rotan dan corak anyamannya jarang-jarang.

"Atuk mahu kamu gunakan keranjang ini untuk mengangkat air daripada sungai". Arah lelaki itu.

Walaupun kehairanan tetapi budak lelaki itu menurut perintah datuknya dengan mengambil keranjang itu lalu pergi ke sungai yang terletak tidak berapa jauh dari rumah mereka.

Sepanjang perjalanan, air di dalam keranjang itu jatuh bercucuran keluar daripada segenap lubang. Sebaik budak lelaki itu sampai di rumah, keranjang itu kosong tiada lagi air di dalamnya.

"Tiada gunanya tuk, mana boleh menggunakan keranjang untuk mengisi air. Belum sampai ke rumah air dalam keranjang dah kosong" keluh budak itu.

Lelaki tua itu terus memujuk budak tersebut.

"Kamu kena berusaha, cuba cepat sedikit agar air di dalam keranjang itu tak habis".

Budak lelaki itu mencuba lagi tapi biar pun dia berlari ketika membawa keranjang berisi air itu untuk mengejar masa, hasilnya tetap sama. Keranjang itu tetap kosong setiap kali dia sampai ke rumah. Akhirnya budak lelaki itu putus asa.

"Ini kerja sia-sia" Keluh budak lelaki itu.

Kamu fikir sia-sia, cuba kamu lihat betul-betul keranjang itu" Lelaki tua itu menjawab.

Budak lelaki itu melihat kerajang ditangannya. Baru dia sedar keranjang itu sudah berubah wajah. Daripada sebuah keranjang yang kotor, berdebu dan pudar, kini keranjang itu bersih di dalam dan di luar.

"Ibarat seperti keranjang inilah bila kamu rajin membaca alquran. Kamu mungkin tidak memahami atau mengingati isinya tetapi bila kamu rajin membacanya, diri kamu berubah jadi lebih 'bersih' di luar dan di dalam tanpa kamu sedari" Jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.


1. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air". Lalu seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah, bagaimana kita dapat menghapuskan karat tersebut?". Jawab Rasulullah s.a.w. "Banyakkan menyebut mati dan membaca alquran", Hadith riwayat Abu Daud.

2. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya - Riwayat Muslim

3. Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w. Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya; "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

4. Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."

Selasa, 17 Mei 2011

Berhati-Hati Membeli Ikat Rambut Anak-Anak.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni saya sedang jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Setibanya saya di blog Lipis Lady, terkejutnya saya dengan berita yang Lipis Lady masukkan dalam N3nya kali ini berhati-hati-membeli-ikat-rambut-anak.sini.

Di sini saya pastekan juga N3 beliau untuk pengetahuan kita bersama. Maklumlah kita ni ada yang ada anak-anak yang masih kecil, ada yang ada cucu-cucu.

"Be careful about these Chinese products

Very important! Please spread the news!!


Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!

Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind…..



These Hair bands were made from used condoms and threads.








BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ....... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.


Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair .

See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in India ....


REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS




This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal



Sama ada berita ini betul atau tidak, tidak salah kita lebih berhati-hati

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ini 16 Mei 2011 adalah hari Guru. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua rakan blogger yang berkhidmat sebagai guru. Semoga terus menjadi guru yang berjaya dan cemerlang.

Ucapan hari guru ni saya tujukan juga kepada adik beradik, ipar duai dan saudara mara saya yang berkhidmat sebagai guru, semoga terus bersemangat dan tabah menempuh ujian dalam pekerjaan yang mulia ini.

Sebagai menghargai rakan blogger yang berkhidmat sebagai guru, saya ciptakan kad Hari Guru yang tak seberapa ini untuk kawan-kawan. Pada yang tak keberatan sudilah mengambilnya sebagai kenangan dan penghargaan dari saya.

Sabtu, 14 Mei 2011

Percuma saja

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ni ramai antara kita dah boleh senyum. Tak boleh senyum lebar pun senyumlah juga sikit pun. Kebanyakan di antara kita dah dapat berblog semula selepas tersiksa semalam walaupun masih ada masalah di sana sini.

Kata orang dengan selalu senyum kita akan awet muda. Bermanis muka dan senyum selalu dengan orang yang kita jumpai membuatkan urat-urat pada otot muka aktif bekerja. Kesannya orang nampak wajah kita lebih muda dari usia. Betul ker tidak pendapat itu terpulang kepada hati kita ketika kita senyum, sama ada kita senyum ikhlas atau senyum paksarela. Yang pasti jangan biarkan urat senyum kita 'putus'. Yang pasti kita tak perlu bayar apa-apa untuk senyum.

Orang yang mudah senyum selalunya nampak mesra berbanding dengan orang yang kurang senyum. Kadang-kadang kita rasa takut nak menegur orang yang nampak serius walaupun pada hakikatnya dia tidaklah sombong. Senyum juga merupakan sedekah, oleh itu senyum ada keberkatannya. Jadi cuba-cubalah murahkan senyum apabila berjumpa menyapa atau disapa seseorang.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa senyuman dapat memberikan rasa senang kepada orang lain. Rasulullah pernah memotivasi para sahabatnya tentang makna senyuman itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, maksudnya “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah (senyum) pada orang lain,”.


Saya ingat lagi ketika saya masih belajar dulu, seorang guru saya selalu kata "smile, the world will smile back to you". Sebenarnya bila kita senyum dan orang balas senyuman kita, kita rasa sangat gembira dan ceria. Senyuman kini telah dikembangkan menjadi sebuah terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain. Sungguhpun senyum itu satu sedekah, fikir-fikirlah sendiri pada siapa kita senyum supaya jangan sampai disalah tafsir sudah dan menimbulkan fitnah,"

Semalam sedang rehat2 lepas sholat zohor, Sakinah mendekati saya sambil menghulurkan sebuah kotak putih kecil tanpa dibalut. Sambil tu mulut sebok beritahu "ori ni ma", saya ingatkan apa, rupanya dia beri saya purse. "Ini dari Inah dan Kak Ju".

Terima kasihlah atas ingatan pada mama. Tak kiralah 'ori' atau tidak yang penting ingatan dan kasih sayang pada mama. Kebetulan purse mama pun dah tak berapa sihat dah.


Hadiah hari ibulah ni. Walaupun dia kata bukan untuk hari ibu, tapi untuk bila-bila.

Khamis, 12 Mei 2011

Penawar Panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni di mana-mana kita pergi semua orang mengeluh "Panasnya". Dan akibat panas juga ada orang marah bila ada orang ingatkan "di neraka lagi panas". Walau pun panas di neraka itu hakikat, tapi bagi orang yang sedang kepanasan, dailog itu tak rasional dan memanaskan hatinya. Sabar-sabar, minum air banyak2.

Malam tadi kami bertiga, Sakinah, abahnya dan saya keluar ambik angin konon. Sampai di satu tempat di Shah Alam ni ternampak sebuah Restoran. Ramai orang di dalamnya. Kami pun singgah. Tujuannya nak cari minuman untuk hilangkan dahaga dan panas badan. Dalam nak elakkan minuman berais, minum juga.


Inilah minuman kami malam tadi yang mencari minuman untuk melegakan panas badan. Sakinah Aiskrim, abahnya tea 'o' panas dan ais kosong, saya minum karet susu.





Tapi sedang menyedut air karet susu ternampak pulak orang di meja depan sedang menghirup lee chee kang. Eh!! lee chee kang boleh ambik panas badan. Akhirnya panggil waiter "Lee Chee Kang sejuk, nak manis sikit saja." Nah inilah lee Chee kangnya. Best jugak air lee chee kang.


Biasalah dah minum, sedap jer nampak makanan dalam menu yang diletakkan depan kami, akhirnya, inilah makanan saya. nasi goreng nenas untuk menemani lee chee kang dan karet susu saya. Nasi goreng nenas nik kami syare bertiga. Mau semput nafas kalau saya makan sorang.

Di rumah ni pun dah ada yang batuk bersahut-sahutan walaupun dah minum ubat batuk, dah nak habis sebotol. Ubat batuk beli dan ubat batuk doktor bagi. Semalam Kaisah balik dari nurseri pun suara dan garau dan batuk-batuk, badan suam. Nasib baik hari ni okey nampaknya tu.



Saya sendiri pun ada ruam di badan. Dah 2 kali jumpa doktor, nampaknya masih belum hilang lagi. Minggu lepas bawa Salam jumpa doktor selepas dia batuk bertalu2 diikuti dengan sesak nafas. Doktor berikan dia 'sedut gas' macam orang lelah tu untuk membantu melancarkan pernafasannya. Sekarang dia dah balik ke UIA. Malam tadi saya telefon, dia kata dah okey sikit. Alhamdulillah.

Untuk membantu badan dengan cuaca yang panas sekarang ni nampaknya kita kenalah banyakkan minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik. Elaklah berada di luar kawasan rumah kalau tak perlu. Mandi kena keraplah nampaknya dan kenalah pakai pakaian yang nipis tapi tidak seksi yer.


Happy 2nd Anniversary



Selamat menyambut ulang tahun ke 2 untuk Blog Syimama Page. Semoga terus menulis. Terima kasih sudi memanjangkan stem 2nd-anniversary ni ke Blog saya.

Isnin, 9 Mei 2011

Cemburukan Bidadari Di Sorga

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ketika berjalan-jalan ke blog rakan-rakan blogger saya tertarik dengan sebuah N3 di blog sulamkaseh yang membincangkan tentang bagaimana cemburunya seorang isteri sehingga tidak sanggup berkongsi kasih suami waima dengan bidadari di sorga,Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti tak nak suami ada bidadari?

Itulah sayangnya seorang isteri kepada suami. Sehingga mati pun tidak sanggup kasih dibahagi-bahagi. Memandangkan pihak isteri terlalu cemburu walaupun dengan bidadari ada pula suami yang keberatan membincangkan hal bidadari di sorga kerana tidak mahu melukakan hati isteri. Patutkah sampai tahap itu cemburu kita sebagai isteri...

Firman Allah dalam surat Ar-Rahman ayat 72:


Maksudnya:iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing

Dari Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: maksudnya "Di syurga ada tempat pertemuan para bidadari. Mereka bersuara keras yang tidak pernah terdengar suara seperti itu oleh para makhluk. Mereka berkata: Kamilah wanita-wanita yang kekal. Kami tidak binasa. Kamilah wanita-wanita yang merasakan kesenangan. Maka kami tidak sengsara. Kamilah wanita-wanita yang reda, maka kami tidak marah. Beruntunglah orang yang menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya (HR. Tirmizi)

Dari Buraidah, dari Abu Mas'ud Al-Ghiffari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan, melainkan Allah mengawinkannya dengan seorang isteri dari bidadari dalam sebuah khemah dari mutiara kosong. Setiap perempuan dari mereka mempunyai 70 pakaian, warna yang satu tidak sama dengan yang lain dan diberi semacam minyak wangi yang baunya berbeza antara yang satu dengan yang lain.

"Setiap perempuan itu dari mereka mempunyai 70 tempat pembaringan dari yaqut merah dan dihiasi dengan mutiara dan yaqut. Di atas tempat pembaringan ada 70 permaidani dan di atas setiap permaidani ada dipan.

"Setiap perempuan dari mereka mempunyai 70,000 orang pelayan perempuan untuk melayani keperluannya dan 70,000 orang pelayan lelaki. Setiap pelayan lelaki mempunyai sebuah piring dari emas berisi semacam makanan yang suapan terakhirnya mempunyai rasa yang lain dari yang pertama. Suaminya diberi seperti itu di atas tempat pembaringan dari yaqut merah. Ini adalah ganjaran untuk puasa yang dijalannya setiap hari di bulan Ramadhan selain kebaikan-kebaikan lain yang dikerjannya"
(HR. Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang bidadari, dari apa mereka dicipta, Nabi s.a.w. menjawab: "Dari tiga bahan. Bahagian bawahnya dari misik (kasturi), tengahnya dari ambar dan atasnya dari kaafur. Rambut dan alis mereka adalah garis cahaya."

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Thur,


Maksudnya ‘Dan orang-orang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, maka Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dilakukannya’ (Q.s. at-Thur/52: 21)

Allah swt. juga berfirman dalam surah Ar-Ra'd, ayat 23


"Surga Aden yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, dan malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pint"u (Q.s. ar-Ra’d/13: 23).

Ayat-ayat di atas adalah janji Allah bahawa kita boleh masuk surga bersama keluarga, asalkan kita, isteri dan anak-cucu kita mempunyai iman yg sama dengan suami kita (meskipun derajat iman mereka di bawah suami).

Insya Allah, di akhirat nanti, mudah-mudahan kita akan menjadi istri suami kita.Bahan ini saya petik dari buku "menyingkap Tabir Rahsia Hidup Sesudah Mati"

Ahad, 8 Mei 2011

Kelahiran



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kena tak tajuk ni dengan apa yang nak saya tuliskan ni. Semenjak saya menonton drama Akukah Tanggang saya suka dengar lagi ni. Sayu rasanya. Kalau tidak salah tekaan saya lagu ini menceritakan kekesalan seorang anak kerana selama ini telah melupai ibubapanya

Semalam saya kepenatan sangat. Mungkin penat semasa berjalan ke Kota Kinabalu masa belum habis. Doktor pernah kata kepada saya, katanya kalau orang sihat penat sehari kerana sesuatu hal, orang yang ada diabetes akan penat 2 hingga 3 hari. Mungkin sebab tu selepas zohor saya tidur dengan nyenyaknya.


Sedang sedap-sedap tidur tu saya dengar ada suara memanggil "mama, mama, selamat hari ibu". Saya celikkan mata walaupun rasa mengantuk sangat. Antara tidur dan jaga saya nampak Salam menghulurkan sebuah buku kepada saya "hadiah hari ibu untuk mama".

Dia hadiahkan saya sebuah buku bertajuk "Misteri Firaun - Musuh Para Nabi" Penulisnya Afareez Abd Razak Al-Hafiz. Setahu saya beliau seorang pensyarah di UIA dan sedang melanjutkan Ijazah PhDnya di UIA. Kata Salam dia beli buku ini sebab dia tahu saya ada beli buku pertama penulis ini iaitu "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain".

Terima kasih Salam kerana memahami kesukaan mama. Cuma mama harap kasih sayang yang Salam adik beradik berikan kepada mama dan abah tidak hanya pada hari ibu atau pada hari bapa. Kami perlukan kasih sayang kamu semua adik beradik sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Diharapkan apabila kami telah tiada nanti, kirimkanlah pahala untuk membantu kami di alam sana.

Semoga Salam adik beradik tahu bahawa berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira samaada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرً

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Melalui firman Allah ini jelas menunjukkan ia adalah suatu perintah yang wajib bagi kita menghormati dan mengasihi ibubapa kita dari kecil sehinggalah kita mempunyai keluarga sendiri. Semoga dengan layanan baik yang Salam adik beradik tunjukkan kepada mama dan abah diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

InsyaAllah seandainya kita sebagai anak-anak melayan ibubapa kita sebagaiman disuruh Allah, InsyaAllah anak-anak kamu semua akan berbuat begitu juga. Ingatlah juga bahawa menderhaka kepada ibubapa merupakan dosa besar.

Saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu, dan juga pada ibu yang dah menjadi nenek seperti saya. Semoga kita dikasihi oleh anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kita selama-lamanya dunia dan akhirat, Amin.

Jumaat, 6 Mei 2011

Lambaian Kinabalu .... Sambungan Terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Turun dari Kinabalu Park kami menuju ke kampong Luwanti (kalau tak silap saya). Di sungai Luwanti ini ada terapi kaki yang menggunakan ikan. Ikan-ikan ni akan menggigit kaki yang kita rendamkan di air sungai. Gelilah juga rasanya.



Gambar sungai Luwanti dan ikan yang digunakan untuk terapi





Rumah berhampiran sungai luwanti


Beredar dari Sungai Luwanti kami menuju ke Tea Sabah Plantation. Rasanya Tea Sabah Plantation ni tidaklah seluas Perkebunan Tea di Cameron Highland. Di sini kami minum tea pandan dan makan tea pan cake. Tak ada gambar, lupa. Saya juga beli beberapa kotak tea. Teanya ada beberapa perasa, tapi perasa disini berbeza dengan tea di Cameron Highland. Di sini teanya berperasa halia, kayu manis, topika dan biasa sedangkan di Cameron Highland perasa buah-buahan seperti strawberry, apple dan lain-lain.






Keluar dari Perkebunan Tea Sabah ni kami menuju ke Ladang ternakan lembu susu, iaitu Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Saya lupa nama tempatnya. Ia terletak agak jauh dari Kundasang. Walaupun penat kami nak habiskan juga lawatan-lawatan ni hari ini, iaitu hari ketiga kami di sana. Esok kami nak ke tempat lain pulak.

Kebetulan semasa tiba di Ladang ternakan lembu susu ni hujan begitu lebat. Lihat gambar air terjun yang turun dari gunung kinabalu. Gambar dari jauh.






Lembu-lembu beratur menunggu giliran


Lembu-lembu ini dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperah susunya menggunakan mesin pemerah susu. Susu-susu ini juga di proses di sini.




Selepas lawatan di ladang lembu ni, kami terus pulang ke Kota Kinabalu. Perjalanan yang sangat lama rasanya ditambah dengan jem yang terus. Satunya patut dipuji pemandu-pemandu di Kota Kinabalu ni, kami jarang dengar orang bunyikan hon. Sabarnya mereka ni.



Hari ke 4 kami di sana, kami ke Pasar Ikan Masin. Pasar ikan masin ni berhampiran dengan pasar Filipina yang kami pergi pada hari pertama dulu. Di sini kami beli sedikit ikan bilis dan udang kering.




Memandangkan kami tidak kemana-mana pada petang hari ke-4 di sana, kami berjalan-jalan di beberapa kedai dan pasaraya yang terletak di bahagian bahawa Bangunan Hotel tempat kami menginap.




Hari Ke-5 lebih kurang jam 9.00 pagi selepas chek-out hotel kami bergerak menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk balik ke KLIA dengan penerbangan MAS.



Maaflah saya menulis terlalu panjang. Saya tak pandai nak memendekkan cerita