Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 31 Mac 2011

Hujannyaaaaaa!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari Ahad lepas saya balik ke Dungun atas beberapa urusan. Berlepas dari sini jam 4 petang. Sebaik tiba di sana lebih kurang jam 11 malam kami tiba di Dungun disambut dengan hujan yang mulanya rintik-rintik kemudiannya diikuti dengan angin yang bertiup kuat disamping hujan yang semakin lebat.

Keesokannya dalam keadaan hujan yang sekejap sidang (rintik-rintik) sekejap lebat, saya cuba juga untuk ke pasar untuk membeli sedikit barang-barang terutamanya keropok sebab stok di rumah dah habis.

Sayangnya bila tiba di kawasan pasar, saya tak dapat turun dari kereta, hujan makin lebat. Akhirnya kami balik semula ke rumah adik melalui jalan pantai. Sengaja nak tengok keadaan pantai dan laut. Selalunya hujan yang lebat dan berterusan berhari-hari ni cuma berlaku di musim tengkujuh iaitu antara bulan November hingga Januari tapi sekarang dah tak tentu hala dibuatnya.

Ada yang kata mungkin ini kesan tsunami yang melanda Jepun.






Ombak yang kuat dan bergelora


Tiba di rumah adik, duduk jerlah dalam rumah. Tak dapat nak ke mana-mana. Kejap-kejap keluar tengok air yang mula bertakung di depan dan keliling rumah. Cepat betul air berkumpul. Terfikir juga dalam hati mungkin akan banjir, risau juga.







Begitulah keadaan alam sekarang ni. Dunia dah semakin tua.

'Happy Birthday Teh Nah"



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dah lebih seminggu tarikh 'birthday' Teh Nah. Baru ni mama berpeluang menulisnya di blog. Keadaan kesihatan dan masa tidak mengizinkan mama singgah diblog kerap seperti dulu. Blog kawan-kawan mama pun dah lama mama tak jalan-jalan dan singgah. apa pun Inah, Mama ucapkan selamat Hari Lahir yang ke 21 semoga Inah diberkati Allah sentiasa.





Wah, ramainya tunggu Teh Nah potong kek. Sama-sama kita doakan semoga Teh Nah selamat sejahtera selalu dan menjadi Mak Teh yang baik pada insan-insan kecil ini yer....Aminnn.

Sabtu, 19 Mac 2011

Antara Dua Kisah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Khas Untuk Seorang Teman


Pagi semalam ketika menonton TV3 kalau tak salah ketika rancangan 'Malaysia Hari Ini' saya terpandang Abby Fana sedang menemuramah pelajar dari UIAM. Yang menariknya semua pengacara wanita yang mengendalikan rancangan tu semuanya memakai tudung. Maklumkan kampus UIAM kawasan menutup aurat.

Seronok tengok Abby bertudung, jadi saya snap gambarnya sebab terkenang ada seorang kawan saya sangat meminati Abby. Bukan senang nak nampak Abby bertudung. Jadi pada kawan tu semoga gembira yer dengan gambar-gambar ni.



Jamuan Kenangan


Kawan-kawan sama mengaji


Hari Isnin minggu lepas kami berkumpul di Restoran Makanan Arab di Seksyen 9 Shah Alam. Kami yang dimaksudkan tu ialah kawan-kawan seperguruan yang belajar di Masjid Negeri. Kami jemput ustaz-ustaz yang mengajar kami bersama-sama di jamuan kenangan ini. Tak nak sebut jamuan perpisahan, sebab, InsyaAllah kami akan sentiasa berjumpa lagi walaupun mungkin tidak dalam kelas yang sama.


Makanan yang dihidang, nasi mandi, kebab dan kerabu (salad)


Nasi mandi yang dihidang dalam dulung tu diletakkan di atasnya ayam dan kambing. Kami makan 4 orang sehidang, memang tak boleh habis. Last-last habis makan kami tapow. Nasi baik boleh tapow, kalau tidak sayang.


Yang berkopiah tu Guru Al Quran Kami
Beliau juga Imam Besar Masjid Negeri



Tuan Tanah dan kawan-kawan



Suasana hiasan dalam restoran



Suasana di luar Restoran

Rabu, 16 Mac 2011

Menguap dan Bersin Dalam Islam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Menguap Ini adalah aktiviti yang biasa kita lakukan dalam kehidupan kita seharian. Menguap adalah respon tubuh kita di saat kita kekurangan oksigen atau mengantuk karena keletihan. Paru-paru kita akan menghirup udara sebanyak-banyaknya untuk mengambil oksigen dengan cara menguap. Walaupun ia merupakan aktiviti harian yang tidak boleh ditahan, ianya akan menjadi lebih baik jika kita dapat melakukakannya bersesuaian dengan sunnah yang disabdakan Rasulullah SAW.

Rasulullah S.A W. ada bersabda "Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang bersin dan sangat benci terhadap orang menguap. Oleh itu apabila seseorang bersin, hendaklah dia menyebut: Alhamdulillah. Dan wajiblah setiap individu muslim yang mendengarnya menjawab pujian tersebut. Ada pun menguap itu adalah dari syaitan, jadi hendaklah dia menutupnya sekadar yang boleh. Sebaliknya apabila seseorang itu menguap dan menyebut "haaargh' (tidak tutup mulut), ketika itu syetan akan ketawa berdekah-dekah melihat keadaan itu hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Sementara itu dalam Sahih Muslim pula ada menyebut sebuah hadis dari Said al Khudri r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, maksudnya:
Apabila seseorang dari kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan kerana syetan akan masuk (kedalamnya andaikata tidak ditutup)"

Menurut al Hafiz Ibu Hajar pula:
Boleh jadi yang dimaksudkan dengan perkataan kemasukan syetan kedalamnya ialah perihal kemasukan secara hakikat, memandangkan keupayaan syetan itu sendiri sebenarnya mampu berlari dalam saluran darah anak-anak Adam. Akan tetapi kemampuan itu terbatas selagi seseorang itu sentiasa berzikir kepada Allah. Oleh itu seseorang yang menguap dengan tidak menyebut nama Allah akan membuka peluang syetan membolos masuk ke dalam"



Sebagaimana menguap, begitu juga dengan bersin. Bersin adalah respon tubuh kita yang secara automatik terjadi bila hidung terasa gatal atau kita alergik pada habuk atau virus yang menganggu hidung. Bersin bermanfaat untuk membuang virus dari dalam hidung, selain itu bersin juga berfungsi untuk mendorong sumbatan atau sesuatu yang menyebabkan gangguan pada hidung.

Cerita tentang bersin pula, kawan saya pernah bertanya "kenapa kita mesti mengucapkan Alhamdulillah bila kita bersin". Sambil gelak seorang kawan lain jawab, "mestilah ucap 'Alhamdulillah' lepas bersin, cuba kau bayangkan engkau nak bersin tapi tak jadi, tak ker siksa, tercungap-cungap hidung, ternganga-nganga mulut, bila dapat bersin, huuh, alangkan nikmatnya".

Dalam islam bersin pun ada tata caranya. Sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib Radliyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu balaakum (artinya - Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)

Jadi kesimpulannya bila menguap mintalah perlindungan dari Allah dan bila bersin hendaklah kita memuji Allah Subhanahuwataala.

Khamis, 10 Mac 2011

Cerita Di PPUM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Gambar Google

Machine MRI macam nilah yang digunakan
kepada saya- tapi orangnya taklah seksi gitu, he he


Assalamualaikum pada semua kawan-kawan yang berkunjung ke blog saya ni. Alhamdulillah sekarang ni keadaan saya adalah kurang sakitnya. Tak tahu untuk berapa lama kerana hari tu saya hanya diberi ubat penahan sakit. Saya sangat berharap semoga rasa lega ini berpanjangan.

Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih atas doa kawan-kawan semua kepada saya. Allah sajalah yang membalas budi dan ingatan baik kawan-kawan semua. Saya doakan juga semoga hidup kawan-kawan semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Pagi tadi dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari lebih saya berada di Unit MRI, PPUM. Sebagaimana saya diberikan apoinmen untuk membuat MRI hari untuk sakit kaki saya ni.

Jam 10 pagi tadi, saya mula menjalani 'scan' ni. Prosesnya mengambil masa 45 minit. Mungkin ada kawan-kawan yang dah mengalami keadaan ini. Pada saya ini adalah pertama kali. Ada rasa takut sikit ketika scanning tu sedang dilakukan. Saya tak boleh bergerak, kalau bergerak kena buat balik. Jadi saya pastikan saya tidak tertidor, bimbang kalau tertidor, tanpa sedar saya bergerak. Kena buat balik.

Nak menghabiskan masa 45 minit dan tidak boleh bergerak dengan pandangan mata yang terbatas, saya cuba hiburkan hati saya dengan berzikir dan berdoa sedaya yang saya boleh. Itulah saja cara terbaik pada fikiran saya.

Keputusannya hanya akan dapat diketahui 2 minggu lagi bila saya berjumpa doktor. Mudah2an saya okey.

Selain berubat di hospital ni saya juga ada minta air penawar pada ustaz, mudah-mudahan sakit ini dihilangkan Allah dari saya.

Khamis, 3 Mac 2011

Arthritis Tulang Belakang???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



gambar dari google


Dah 3 kali saya terkena serangan sakit kaki di sebelah kiri yang amat sakit ketika bangun tidor di waktu pagi. Sakitnya bermula dari panggal peha hingga ke buku lali. Saya tak mampu nak berdiri dan nak duduk pun sakit. Cuma baring saja yang melegakan rasa sakit ni. Ketika baring pun saya tak boleh bengkokkan kaki, seolah-olah dari lutut kebawah ditahan tak boleh bergerak.

Kali pertama saya kena sakit ini kesakitannya menyerang selama lebih kurang setengah jam. Selepas disapu dengan minyak panas. Ia lega. Kali kedua serangan mengambil masa lebih lama dari kali pertama.

Serangan yang paling teruk berlaku hari Isnin minggu lepas. Ketika itu saya berada di salah sebuah Pusat Perubatan di Shah Alam ni menemani anak saya Zulaikha yang membawa anaknya terkena demam dan asma mendapatkan rawatan.

Ketika nak bangun untuk bergerak balik, tiba-tiba saya rasa saya tak mampu berdiri. Kaki kiri saya tiba-tiba tidak boleh mengampu badan saya lagi. Saya rasa sakit yang amat sangat bila saya cuma berpijak dan berjalan. Saya duduk semula sambil mengurut kaki kiri saya. Tapi saya gagal juga untuk berdiri.

Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, dengan berpaut pada anak saya, saya mengheret kaki menuju ke kereta yang anak saya dah letak berdekatan dengan pintu keluar Pusat Perubatan.

Di rumah saya baring saja dan untuk pergerakan yang dekat pun saya terpaksa berpaut pada dinding terutama untuk urusan ke bilik air dan berwuduk. Kaki kiri langsung tak boleh bengkak. Tegak saja. Sholat pun terpaksa duduk di kerusi. Keesokkan harinya memandangkan saya tak boleh berdiri apa lagi berjalan dengan betul, saya gagahkan juga diri berjumpa doktor. Doktor beri ubat tahan sakit.

2 hari saya terbaring. Masuk hari ketiga, baru boleh bangun dan berjalan perlahan. Hari Khamis minggu lepas saya ke PPUM, apoinmen dengan doktor untuk darah tinggi dan diabetes saya. Saya ceritakan pada doktor masalah saya.

Jadi semalam 2 Mac saya ke PPUM lagi untuk bertemu doktor yang dirujuk. Saya di x-ray. Keputusannya, kata doktor, ada tulang tumbuh di tulang belakang saya di sebelah bawah tulang belakang. Pendek cerita kata doktor 'arthritis'. Adakan ini Arthritis tulang belakang?. Belum pasti.

Minggu depan saya kena buat MRI ataupun 'magnetic resonance imaging' untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit saya ini.

Dan pagi ini kira-kira jam 5.30 pagi ketika hendak bangun dari tidor, saya kena lagi sekali. Tapi sakitnya tidak separah dulu dan disaat saya menaip ni ada lagi rasa sakit sikit-sikit.

Doakan saya tidak di peringkat yang merbahaya dan dipermudahkan Allah segalanya.

Selasa, 1 Mac 2011

Di Mana Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Setiap kali saya menyusuri jalan ini, saya rasa seolah-olah saya berada di satu tempat yang jauh dari Malaysia. Penoramanya, orang-orang yang lalu lalang di persekitaran kawasan ini membuatkan saya rasa begitu asing.

Saya kerap berurusan di kawasan ini. Inilah 'little india' yang terletak di bandar Klang. Memandangkan terlalu kerap berulang alik ke sini saya teringin nak kongsi panorama ini dengan rakan-rakan blogger. Saya rasa yang tinggal di Klang tu biasalah tengok suasana begitu.







Deretan kedai yang menjual pelbagai keperluan terutamanya yang saya nampak ialah kedai-kedai yang menjual kain-kain sari yang cantik-cantik. Mungkin di sinilah kain-kain sari yang mahal-mahal dijual.

Ada juga kedai menjual carpet, kain langsir dan keperluan bilik tidur seperti cadar dan lain-lain dipamer dengan cantiknya. Periok belanga, pinggan mangkok semuanya ada dijual di sini. Baju 'bengkali' untuk wanitanya pun banyak nampak dipamerkan. Maaflah yer saya tak tahu nama baju ni orang panggil apa, iaitu, sepasang termasuk, blouse labuh hingga ke lutut, seluar panjang beserta selendang. Biasanya wanita-wanita sikh yang saya nampak memakainya.

Menurut kata kawan saya, kalau nak beli cadar pengantin bolehlah datang ke sini. Banyak pilihan, harganya saya tak pasti. Mungkin satu hari saya nak singgah di sini, mungkin boleh 'window shopping' carpet, kain langsir dan sebagainya. Periok belanga tu rasanya kuranglah berkenan sikit sebab patern 'orang tu' jer nampaknya.