Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 28 Februari 2011

Sekadar Kenangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sholat maghrib Sabtu baru ni, Salam yang imamkan sholat jumaah dirumah. Selesai sholat kami membaca yassin dan diikuti dengan tahlil. Dimalam tu kecuali Zulaikha yang sedang berkursus, semua anak-anak dan cucu ada di rumah.


Itulah jadual sambut birthday 'mama' tahun ni. Alhamdulillah Dzulkarnain belikan kek birthday dan makanan malam tu. Terima kasih. Mama doakan semua anak-anak mama dan cucu-cucu nekma dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah dalam kehidupan mendatang.


Penyambut tetamu paling 'busy'



Moody jer badan tak sihat



Kakak dah darjah 2 tahun ni

Sabtu, 26 Februari 2011

Terima Kasih Seorang Kawan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Selama ini banyak pengajaran dan ilmu serta pengetahuan yang saya dapat dari blog kawan-kawan semua. Semuanya itu menjadi sempadan dan tauladan bagi saya dalam menjalani kehidupan ini. Jadi sebagai penghargaan saya kepada kawan-kawan yang selalu singgah di sini, saya hulurkan ucapan terima kasih saya melalui kad kecik ini.

Saya sangatlah berharap sudi kiranya semua kawan-kawan blogger yang kebetulan singgah di blog saya ni mengambilnya.

Langkah Yang Semakin Dekat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Lebih 50an tahun yang lalu
Tapak demi tapak
Langkah demi langkah
Ku teruskan perantauan

Suka Duka, Onak Duri
Datang dan pergi
Namun kaki ku melangkah jua
Meneruskan takdir
Kerana itulah ketentuanNYA

Hari ini
26 Februari 2011
Ku teruskan langkah ini
Langkah yang semakin dekat
Kearah Menemui MU

Harapan dan doa
Semoga ketenangan, rahmat
dan belas kasih MU
Yang dikurnia selama ini
Terus dilimpahkan kepada ku

Rabu, 23 Februari 2011

Mimpi Dari Allah Atau Dari Syetan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salam semua. Dah beberapa hari saya tak menulis di blog ni. Keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Sekarang Alhamdulillah dah okey sikit. Saya doakan semoga rakan-rakan blogger semua berada dalam kesihatan yang baik.

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai mimpi. Memandangkan semua antara kita mesti pernah bermimpi, saya rasa menarik juga jika kita mengetahui serba sedikit mengenai mimpi. Penulis artikel ni orang yang saya kenali. Jadi, saya sangat berharap jika penulisnya membaca N3 saya ni, beliau mengizinkan saya paste artikelnya di blog saya ni.



Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:

Hadith dari Abi Qatadah:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yang bukan2 pula daripada syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya, hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah, nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."

Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
"Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yg disukainya, ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu kepada orang lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dengan mimpi yg dibencinya, ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan tidak menceritakannya kepada orang lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."

Penerangan saya menjuruskan mimpi orang awam, dan bukan mimpi nubuwwah. Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran

Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran bagi memantapkan lagi hati orang mukmin dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil oleh sesetengah mereka yg bersifat negatif untuk dijadikan sumber pergantungan yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan dengan kezaliman dan kegelapan.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih dari berita-berita yang menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan strategi dan jihad melalui jalan yang telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa lemah, berat apatah lagi untuk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.

Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sebagai hujjah syarak dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah kerana beberapa sebab yakni:

* Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab, as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.

* Sumber mimpi adalah berbagai-bagai; ada yg datang dari Tuhan yang Maha Pemurah, ada yang datang dari nafsu, dan ada yang datang dari bisikan syaitan. Maka, kerana tidak dapat membezakan mimpi yang manakah datang dari Allah, dari nafsu atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sebagai hujjah syarak. Sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda S.A.W: "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang dari ALlah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yang datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dalam mimpi."

* Orang yang tidur bukanlah ahli untuk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin dapat mencatatkan apa yang ada dalam mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat darinya.

* Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang dan isyarat-isyarat yang tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia sahaja seperti Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yang mampu menta'birkan mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai-tangkai gandum sebagaimana yang dlakukan oleh Yusuf A.S

Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam:

Selemah-lemah hujjah golongan ahli bid'ah ialah hujjah yg menyandarkan amalan-amalan mereka kepada mimpi. Mereka menerima dan menolak sesuatu berasaskan mimpi. Mereka menegaskan mereka bertemu dengan orang salih. Ia berkata kepada kami: "Tinggalkan ini, amalkan yg ini." Perkara ini banyak berlaku kepada kelompok yang suka mengikuti resam sufi.

Kadang2 sesetengah mereka mendakwa: "aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W: Baginda bersabda kepada ku begini-begini, Baginda memerintahkan kepada ku begini-begini, lalu beramal ia dengan apa yang dimimpinya itu tanpa melihat kepada batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Orang seumpama ini jelas tersalah langkah kerana mimpi selain daripada nabi S.A.W tidak mensabitkan sebarang hukum-hukum syariat. Jika hukum-hukum syariat mengharuskan, bolehlah ia mengamalkannya. Jika tidak, wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah mimpi hanyalah menunjukkan berita-berita yg menggembirakan sahaja atau amaran secara khusus.

Sebaliknya, faedah hukum hakam tidak begitu sebagaimana yg dinukilkan olh Al-Kinani. Katanya: Aku bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, sila doakan kepada Allah supaya tidak mematikan hati aku. Sabda baginda (di dalam mimpi tersebut): "Ucapkanlah setiap hari sebanyak 40 kali kalimah -Ya hayyu ya qayyum la ila ha illa anta-." Ini adalah satu ucapan yg baik dan tidak diragui kesahihannya. Keberkesanan zikir menghidupkan hati yang mati adalah benar di sisi syarak.

Bagaimana mengetahui samada mimpi itu berita mengembirakan/amaran atau mimpi nafsu dan syaitan?

Garis panduan ini telah ditunjukkan oleh Al-Allamah Ibn Qayyim. Ujar beliau: " Kebenaran mimpi bergantung kepada sejauh manakah benarnya orang yg bermimpi itu sendiri. Orang yang paling benar mimpinya ialah orang yang paling benar percakapannya."

Al-Qardhawi menambahkan kenyataan Ibn Qayyim: "Hendaklah ia sentiasa bersifat benar, memakan makanan halal, menjaga segala suruhan dan larangan, tidur dlm keadaan suci sambil mengadap kiblat dan dalam berkeadaan zikir kpd Allah sehingga lena."

Selasa, 15 Februari 2011

Nama-nama Rasulullah - Kekasih Allah



Bismillahirahmanirrahim,

Muth'im r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Sungguh, aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad, Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi (yang menghapuskan) kerana Allah swt menghapuskan kekafiran melalui diriku. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana seluruh manusia akan berkumpul di bawah kakiku. Aku juga adalah al-'Aqib (yang mengakhiri) kerana tidak ada lagi nabi setelah ku." (Riwayat Termidzi, Bukhari, Muslim, Darami dan Malik)

Hudzaifah r.a. juga ada meriwayatkan:

Maksudnya: "Saya berjumpa dengan Nabi saw di salah satu jalan di Madinah. Beliau bersabda. "Aku adalah Muhammad. Aku adalah Nabi pembawa rahmat. Aku adalah Nabi (pembuka pintu) tobat. Aku adalah al-Muqaffa (yang dimuliakan). Dan aku adalah Nabi (yang terlibat dalam) perang-perang besar." (Riwayat Termidzi, Ahmad, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hibba)

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayangNya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Isnin, 14 Februari 2011

Makanan Panas atau yg Sejuk

Artikel ni saya petik dari Blog Ustazah Azimah. Semoga menjadi renungan kita bersma yer.



Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tak? tapi mari sama-sama kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sebagai contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa Sidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.

Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat ad-Darimi)
Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia masih panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dan lain-lain, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

Ahad, 13 Februari 2011

May I Help You



Setiap kali naik kereta dengan budak-budak 2 orang tu, mesti dia orang pasang Radio Era.

Di Radio Era ni ada satu rancangan yang dinamakan "May I Help You". Rancangan ni diwaktu pagi dan pengacaranya 3 orang, salah seorangnya ialah "Aznil Nawawi". Mungkin rakan blogger ada dengar rancangan ni, sama ada ketika di ke udara ataupun diulang siarannya di antara program-program lain.

Salah seorang DJ rancangan ni akan menelefon seseorang. Menurut mereka pemanggil-pemanggil Radio Era akan memberikan nombor telefon kawan-kawan mereka untuk dikenakan. Maka DJ berkenaan akan menelefonlah orang yang telah dipilih. Menyamar sebagai seseorang dan akan bercakap dalam bahasa English dengan 'slang'nya. Maka orang yang dipanggil tu akan terkial-kiallah menjawab dalam bahasa English juga kerana menyangka orang yang memanggil tu tak tau berbahasa melayu, kesian

Saat inilah saya selalu terasa malu sangat. Saya kesian pada orang yang dipanggil kerana dia tak tahu percakapan dia dirakamkan dan seluruh Malaysia boleh dengar kesilapan mereka bercakap dalam bahasa English tu. Mereka ditertawakan kerana tak pandai bercakap bahasa English dengan betul.

Saya rasa perkara ni tak patut dilaku. Tak baik mentertawakan orang di atas kelemahan mereka. Selain untuk gelak2 saya tak nampak apa faedahnya.

Khamis, 10 Februari 2011

Hotel Tepi Sungai

Sakit tangan menekan telefon cuba booking hotel di Kota Bharu. Jawapan dari setiap hotel "semua penuh". Macam mana ni. Saya ke sana kerana menghadiri perkahwinan anak saudara sebelah suami. Akhirnya saya dapatlah juga 2 bilik di sebuah hotel berhadapan dengan Sungai Kelantan. Senang hati. Sapa kata Kelantan mundur.

Dua hari di Kota Bharu. Malam pertama menginap ditempat yang telah dibooking awal-awal oleh adik ipar iaitu di Kubang Kerian. Malam kedua kami menginap di hotel yang telah saya book dari Shah Alam lagi.




Pemandangan sungai kelantan waktu
senja di depan hotel tempat menginap







Menunggu makan yang dipesan tiba, marah ker!!
di Food Court depan hotel


Hari kedua di Kota Bharu selepas kenduri anak saudara kami ke Pengkalan Kubor, jalan okey tak jem, tapi orangnya terlalu ramai. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Rantau Panjang

Kami ke Rantau Panjang menyusuri sungai Golok. Askar ramai berkawal di kawasan yang kami lalu. Sepanjang perjalanan kami tak bertemu sebuah kereta pun ataupun penduduk disitu. Tiba di persimpangan antara Rantau Panjang dan Pasir Mas baru kami bertemu dengan orangramai. Takut pun ada. Sebenarnya kami tak tau jalan tu menyusuri Sungai Golok, kami cuma ikut Papan Tanda Arah saja.

Di Rantau Panjang pun ramai orang. Tiba di sana badan dah letih, akhirnya beli makanan ringan saja. Mood nak shopping dah hilang, cuaca panas dan orang terlalu ramai. Dari Rantau Panjang kami tiba di Kota Bharu selepas 3 jam perjalanan. Jem yang teramat.

Sebelum balik ke Dungun pada hari ketiga, kami singgah sekejap di Pasar Siti Khadijah. Saya ke sana sebab nak beli serunding daging/ayam.






Di Pasar Siti Khadijah



Di Beca berhias di Kota Bharu


Kami juga singgah sekejap di Pantai Cahaya Bulan. Tiba di sana cuaca terlalu panas. Akhirnya singgah minum air kelapa di gerai berhampiran dan makan 'ikan goreng celup tepung di situ.


fishball, ikan celup tepung, udang celup tebung,
ketam celup tebung dan sotong celup tepung


Dari PCB kami terus pulang ke Dungun melalui jalan pantai, tak berani nak lalu jalan persekutuan, bimbang jem. Tapi melalui jalan pantai pun kami memakan masa 10 jam untuk sampai ke Dungun. Selain jem di sepanjang perjalanan, di Kuala Terengganu juga jem teruk.

Rabu, 9 Februari 2011

Renjis Renjis Di Pilin , Sambunggggg!!!

Renjis-renjis di pilin
Ditepungilah tawar
Hai Beras kunyit Ditabur
Disiram si air mawar


6 Februari, giliran kami di Dungun pula menyambong kedatangan menantu dan kepulangan anak lelaki kami.



Kedatangan dan kepulangan disambung dengan paluan kompang untuk memeriahkan suasana.












Tersenyum bonda menerima tetamu


Kami sekeluarga balik ke Shah Alam pada sebelah petang hari yang sama. Sepanjang perjalanan balik jem tak usah nak cerita. Berlepas dari Dungun lebih kurang pukul 4.00 petang dan tiba di Shah Alam pada 7 Februari pukul 5.00 pagi.

Renjis Renjis Di Pilin

Bismillahhirahmannirahim


Sirih Junjung Pembuka Kata



3 Februari, kami ramai-ramai berkereta menuju Kota Bharu. Tujuannya menghadiri pernikahan anak saudara sebelah hasben saya.



4 Februari 2011, hari yang mengembirakan keluarga dan warih waroh Cikgu Nawi dan Cikgu Ton kerana mendapat menantu yang comel lote. Begitu juga dengan keluarga Ayah Man dan Kak Mah kerana mendapat menantu yang kacak lawa. Wah isi bakul angkat sendiri ni. Tak aperlah sesekali.

Pernikahan kedua mempelai ni berlangsung pada 3 Februari 2011 di Kubang Kerian, Kelantan. Semoga bahagia ke anak cucu.










Adik-adik dan sepupu pembawa dulang hantaran,
comel-comel belaka


Satu pengetahuan baru yang saya dapat di Majlis perkahwinan di Kota Bharu ni ialah majlis 'bertemu menantu'. Acara berlangsung semasa persandingan berjalan. Keluarga pihak pengantin lelaki (perempuan sahaja) dimulai oleh bonda pengantin lelaki dijemput bersalam dengan pengantin dengan sumbangan sedikit buah tangan kepada pengantin perempuan.

Kami di Terengganu pula majlis bertemu menantu berlangsung selepas pengantin perempuan datang ke rumah suaminya. Majlis ini pun hanya untuk saudara mara perempuan sahaja.

Isnin, 7 Februari 2011

Dimana Pekerti Mu Wahai Anak



Lama saya wajah renung wajah dia.

Namun dia tidak menoleh kepada saya.

Dalam hati berkata. "Takkan tak cam aku".

Kadang-kadang itulah yang terjadi bila kita berkumpul ramai-ramai dikalangan saudara saudara jauh dan dekat. Macam-macam perangai sanak saudara yang kita nampak, terutama golongan remaja.

Bila berjumpa dengan kawan-kawan dia boleh pulak bersalam, berpeluk mesra, (kita cerita sesama jenislah yer). Tapi keadaan ini jarang terjadi bila bertemu saudara mara terutama golongan 'mak-mak' ni. Kecik hati pulak kita rasa.

Apa salahnya bila berjumpa saudara mara apa lagi mereka yang datang dari jauh dan bertemu hanya sesekali, hulurlah tangan mu kepada dia, senyumlah, tak mahu peluk pun tak aper. Mungkin kalau peluk orang-orang tua ni, bimbang-bimbang berbau busuk pulak. Perbuatan bersalam sudah cukup mengbuat hati orang-orang tua ni gembira kerana tahu bahawa sanak saudaranya masih menghormati dia.

Nilai-nilai yang indah dan sifat-sifat yang tinggi tersebut akan membawa kebahagiaan dan kedamaian. Juga, dapat mengusir kesedihan dan keresahan yang ada.

Allah pun ada berfirman dalam surah Hud: ayat 114 “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk”

Jadi, belajar-belajarlah menghulur salam kepada sanak saudara dan sahabat handai bukan saja mengeratkan silatulrahim antara keluarga malah mendapat pahala dan menghapuskan dosa.