Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Januari 2011

Errrrr Sendawa



Perasan tak
Bila kita berurut
Orang yang mengurut tu tak berenti-renti sendawa

Kata orang dia sendawa sebab angin yang ada dalam badan kita ditransfer ke badan dia. Betul ker. Kata mereka sebenarnya dalam badan orang yang diurut tu yang banyak angin, tapi yang sendawa tukang urut. Kesian yer.

Dulu saya tak percaya sangat yang orang mengurut sendawa kerana angin dalam badan orang kena urut.

Tapi sekarang ni rasa macam nak percaya pulak. Saya perasan bila saya tolong urutkan ahli keluarga yang minta tolong urutkan badan yang lengoh atau sakit2, saya akan rasa perut saya sebu dan tiba-tiba terasa angin menolak ke atas. Saya sendawa. Dua tiga kali sendawa, baru perut rasa lega.

Bila berenti mengurut, berhentilah pulak sendawa tu. Mungkin betul pendapat orang-orang dulu angin tu ditransferkan ke badan orang lain melalui sentuhan.

Cara Mengatasi Sendawa (sendawa bukan kerana mengurut atau diurut)

Cara ini adalah dianjurkan untuk orang yang selalu sendawa dan sukar nak hentikan sendawanya.



Berdiri dan melakukan posisi ruku’ sebagaimana kita ruku’ dalam sholat. Saat kita ruku’ kita menahan nafas, semampunya. Bila sudah selesai, coba berdiri sempurna [i'tidal] dan tunggu sebentar untuk memastikan apakah sendawanya hilang apa belum. Biasanya, dalam sekali ruku’ dan menahan nafas sendawa bisa hilang, namun bila belum juga, silakan diulangi gerakan seperti itu lagi.

Ahad, 30 Januari 2011

Makan Limau



Makin hampir nak tiba Tahun Baru China, saya perasan limau-limau
madrin ni makin manis. Dulu semasa baru-baru dijual, buahnya agak masam.

Ada orang kata makan limau ni boleh membuatkan kita batuk. Jadi sapa-sapa yang batuk, kena tahan keinginan nak makan limau ni. Saya perhatikan orang batuk akan makin kuat batuknya bila makan limau ni.

Saya perasan sejak akhir-akhir ni sakit lutut saya pun rasa macam bertambah.
Mungkin sebab saya makan limau mandrin ni. Walaupun saya suka sangat makan limau ni, saya kontrol juga makan ambik sebiji dua saja. Kalau saya tak makan, sapa nak makan limau ni kerana hari-hari ada saja limau ni dirumah, sama ada orang beri atau dibeli.

Sabtu, 29 Januari 2011

Kejujuran



Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”
Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya. ”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”



Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.terlewat Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, ” Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.
• Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
• Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
• Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya.
• Tuan hakim yang tegas dan adil.
• Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

Jumaat, 28 Januari 2011

Award Dipagi Jumaat



Terima kasih pada Ummu dari "Bicara Hati Ibu" di atas award yang cantik ni. Semoga ukhwah antara kita semua berpanjangan. Saya mengambilnya ketika blog walking ke blog rakan-rakan blogger pagi Jumaat ni.

Khamis, 27 Januari 2011

Jangan Tinggalkan Dia Sendirian



Semalam bila terbaca kisah seorang ibu yang baru bersalin di Kampong Jawa, telah menikam bayi yang baru dilahirkannya sehingga mati mengingatkan saya kisah-kisah yang mak saya pernah ceritakan pada saya.

Ketika saya dalam pantang, malah ketika mengandungi lagi, mak selalu pesan, jaga pantang dan jangan susah hati. Orang dalam pantang kalau selalu susah hati boleh kena 'meroyan. Merbahaya. Mak saya kata, orang yang kena meroyan ni boleh buat apa saja termasuk bunuh babynya sendiri. Sebab itu ibu dalam pantang tidak boleh ditinggalkan sendiri dengan babynya.

Jadi adakah apa yang berlaku di Kampong Jawa tu akibat 'meroyan'. Maklumlah keadaan siibu itu sendiri kalau mengikut laporan akhbar memang kehidupan yang menyedihkan. Ada suami pun bekas banduan dan telah meninggalkan dia menyara sendiri anaknya. Mungkin kerana kesempitan hidup juga menjadikan dia sendiri melakukan kerja yang tidak dizinkan agama untuk menyara hidup.

Dalam masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja sama ada wanita biasa atau wanita profesional. Orang Melayu pula percaya selain disebabkan masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang ia juga kerap kali dikaitkan dengan masalah gangguan makhluk halus atau melanggar pantang.

Dari sudut perubatan, gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.

Saya terjumpa satu artikel tentang meroyan ini. Antara kandungannya ialah pendapat Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman, yang berkata masalah tekanan perasaan yang dihadapi wanita selepas bersalin ada tiga peringkat.

“Hampir 40-50 peratus daripada wanita yang bersalin akan mengalami masalah tekanan perasaan peringkat pertama dikenali sebagai ‘postpartum blues’. Ia masalah tekanan perasaan yang ‘mild’ dan biasanya akan sembuh sendiri.

“Gila meroyan adalah masalah tekanan perasaan sama ada peringkat pertama, kedua atau ketiga boleh dialami semua wanita tanpa mengira bangsa. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami gila meroyan tidak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil.

“Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.

Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,” katanya.

Wanita yang menghadapi penyakit ini, kata Dr Ahmad Hatim, sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.

Selain itu dia juga berupaya mencederakan diri atau membunuh diri. Pada peringkat ini, rawatan sangat diperlukan."

Kesimpulannya pada ibu-ibu mengandung kalau boleh senang-senangkan hati ketika dalam pantang, jangan ikutkan masaalah yang dihadapi. Kepada orang yang menjaga ibu-ibu yang dalam pantang, seboleh mungkin jangan tinggalkan siibu dengan anaknya sendirian tanpa pengawas.

Selasa, 25 Januari 2011

Berhias Untuk Siapa



Lamaaaa!!! menghadap cermin.
Kumat-kamit, kumat kamit bibir meratakan lipstik yang baru diletak tadi.
Okey dah cantik.

Pandang kening kejap, okey, dah dipantis halus
Dah digariskan melengkong macam bulan sabit
Senyum sendiri - puas

Lamanya berdandan. Pandang atas, pandang bawah, baju dah cantik.
Tudung pun dah sesuai dengan warna baju, kelip kelap batu permata ditudung.
Senyum lagi - Puas.

Sut, sutt, sembur minyak wangi. Mahal minyak wangi ni, dari luar negara.

Satu hari ada kawan kata "berhias, berhias juga, jangan sampai tabarruj sudah".

Tabarruj? Salah ker seorang wanita bersolek dan berwangi-wangian. Tak terniat dihati nak menarik perhatian sesiapa. Apa lagi lelaki. Cik Abang sayang dah ada di rumah. Bersolek, berketerampilan cantik dan berwangi-wangian sekadar untuk sedap mata orang yang memandang, tak kira lelaki atau perempuan. Sembur minyak wangi pula supaya bila berdekatan dengan orang, tidak terhidu aroma yang kurang menyenangkan. Tapi bolehkah berhias cara ini dalam Islam.



Sebenarnya tak ada larangan seorang wanita bersolek. Malah ia memang harus rapi dan bersih. Itulah seorang muslim. Tapi untuk siapa berdandan, untuk apa memakai wewangian yang menyengat? Itulah yang secara tak sadar kita lakukan.

Dah fitrah wanita suka berhias. Meski pun ia fitrah namun apa yang dilakukan wanita dlm berhias hendaklah terhindar, terjauh, serta terjaga dari tabarruj. Ada juga yang kata nawaitul kena betul. Bagi wanita bersolek dan juga bergaya tidak mengapa jika ia hanya dengan niat keatas si suami.

Allah ada berfirman "Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berhias, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Isnin, 24 Januari 2011

Cinta Dan Rajuk



Merajuk!! Penyakit ker, entahlah.

Merajuk. Siapa-siapa pun pernah merajukkan. Lelaki atau perempuan, tua atau muda. Isteri merajuk dengan suami, emak merajuk dengan anak dan begitulah sebaliknya.

Kenapa merajuk. Orang merajuk kerana terasa diri tidak dihargai, tidak diberi perhatian. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja. Memberontak dalam diamlah tu.



Masa masih bekerja dulu, selalu dengar kawan-kawan kata, kalau pencen tak tahu macam mana nak duduk di rumah. Mesti selalu bergaduh (bergaduh sayang kot) dengan suami/isteri. Betul ker.

Mungkin rajuk pasangan yang dah berusia disebabkan si isteri atau si suami merasa diri tidak dihargai lagi. Sebenarnya ketika usia menjelang senja hati terlalu sensitif. Selalu mengganggap pasangannya tidak sayang lagi pada dia. Hingga anak-anak pun dirasa tidak menyanyangi dia lagi.

Sedangkan ketika usia dah senja nilah kita patut eratkan berkasih sayang dengan pasangan kita. Kita tak tahu berapa lama lagi kita dapat hidup bersama. Jadi semasa masih dapat memandang wajah masing-masing ni, sayangilah pasangan kita.

Merajuk sayang tak aper, jangan berpanjangan. Tidak baik pada kesihatan yang memang dah sedia menunggu berbagai penyakit. Sabar banyak-banyak ketika rasa nak merajuk. Ingat Allah.

Ahad, 23 Januari 2011

Singgah Kat Pak Tam



Dalam perjalanan balik dari hantar Salam ke UIA semalam teringin nak lunch di Selayang Baru, Restoran Pak Tam.

Tak sangka pulak rupanya bahang taipusam masih ada. Bermula dari Sri Gombak sehinggalah hampir sampai ke Restoran Pak Tam, jalan sesak. Apa nak buat, nak patah balik, dah tak boleh. Jadi teruskanlah.





Sampai di Restoran Pak Tam, punyalah ramai orang.

Di sini lauk beranika jenis. Tapi dalam banyak2 tu akhirnya ni saja yang terasa nak makan. Selera orang tua.


Sotong masak sambal, sayur pucuk ubi dan
terung goreng ikan bilis



Lawannya Ulam pucuk putat dan jantung pisang celur,
pari panggang cicah budu


Minum Air kosong jer.

Sabtu, 22 Januari 2011

Cerita Di Hari Jumaat

Semalam, Hari Jumaat, lebih kurang pukul 6.50 pagi saya, hasben dan Sakinah dah bergerak menuju Ampang. Sekarang ni pukul 6.50 pagi masih gelap. Maklumlah waktu subuh pun dah pukul 6 lebih.

Kami kesana pagi-pagi buta tu kerana nak agakkan masa yang diambil untuk Sakinah travel dari Shah Alam ke Ampang, khususnya ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan. Sakinah kena praktikal kat situ selama 3 bulan.

Kami melalui Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Perjalanan dari Shah Alam hingga ke Cheras, lancar. Masuk jer sikit ke Lebuhraya Lingkaran Tengah, sangkut, jem tapi bergerak perlahan. Alhamdulillah lebih kurang pukul 7.40 kami dah tiba di tempat yang dituju.

Saya rasa, Sakinah kena bergerak dari rumah seawal 6.30 pagi untuk tiba disana sebelum jam 8.00 pagi.

Petang Jumaat pula, kami ke Hospital Putrajaya. Nak jumpa orang baru.







Cucu saudara sebelah hasben saya. Baby lelaki. Tahniah Mad dan Ja. Selepas menunggu lebih kurang 5 tahun, syukur Alhamdulillah, akhirnya doa yang dipanjatkan pada Allah termakhbul.

Semoga Ja yang masih berada di Wad (tak apa nama wad tu)cepat sihat. Dia masih di situ kerana tekanan darahnya masih tak stable. Tak dibenarkan sesiapa menziarahinya melainkan suaminya sekejap-sekejap. Jadi kami cuma dapat melawat baby jerlah.

Mungkin petang ni saya ke sana lagi. InsyaAllah.

Rabu, 19 Januari 2011

Ampunkan Aku



Ya Tuhan
Limpahkanlah Hatiku
Dengan Belas Kasih MU
Pada Waktu Siang Dan Malam
Juga di Pagi dan Petang
Silih Berganti

Tidak Terlewat Dalam Hatiku
Waktu Aku Tidur Atau Jaga
kecuali Mengingati Nama MU
Antara Nyawa dan Nafasku

Kau telah masukkan Kedalam hatiku
Sebuah Gagasan
Bahawa Engkau Maha Suci

Telah Banyak Dosa Ku Perbuat
Dan Engkau Maha Mengetahui
Namun
Pada Saat Petang Menjelang
Dan Pagi Pun Datang
Aku Masih Juga Membuat Dosa

Pimpinlah Aku Ya Tuhan
Ke Jalan Yang Telah Ditempuh
Oleh Hamba-hamba MU yang Sholeh
Dan Jangan Sesatkan Aku
Dalam Mengikuti
Jejak Agama MU

Bimbinglah Aku Di Dunia Ini
Juga Di Akhirat Kelak
Cerahkanlah Wajahku
Pada Saat Orang-orang Bermuka Masam


Ahad, 16 Januari 2011

Kerana Pulut



Pagi tadi kami breakfast di salah satu restoran feveret di Shah Alam. Semenjak tak sihat ni, inilah pertama kali ke sini.

Wah, ada pulut kuning dan rendang. Feveret ni. Tapi orang kata makan pulut boleh melemahkan badan dan tidak bagus untuk orang-orang yang tak sihat. Terutama bagi ibu-ibu sedang mengandung. Tak tau sejauh mana kebenaran kata-kata tu. Mungkin terpulang kepada penerimaan badan masing-masing. Jadi saya jamah sikit sajerlah.

Tapi ada juga yang cerita tentang 'advantage'nya. Mereka kata kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit. Kulit jadi cantik macam kebanyakan orang Siam. Orang siam suka makan pulut. Wallahu’alam betul tidaknya… tu yang saya dengar la.

Masa kecik-kecik dulu, sebagai sarapan pagi, saya suka sangat makan pulut digaul dengan kelapa. Kelapa tu pula dimasukkan sedikit garam dan gula. Untuk menyedapkan lagi pulut gaul kelapa ni, dimakan pulak dengan ikan panggang.

Sehingga sekarang pulut gaul kelapa dengan ikan panggang masih menjadi kegemaran orang-orang ditempat saya. Kalau rasa teringin, saya masak juga masakan ini. Selalunya saya akan lawan dengan ikan terobok panggang.

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

Banyak berkelamin (bersetubuh)
Selalu cemas
Banyak minum air ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

Duduk mengadap kiblat
Bercelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

Tidak banyak berbual kosong
Rajin bersugi (gosok gigi)
Bercakap dengan orang soleh
Bergaul dengan para ulama

4 Cara Tidur

1. Tidur para Nabi - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit danbumi.
2. Tidur Para Ulama'& Ahli Ibadah - Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur Para-para Raja Yang Haloba - Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Jumaat, 14 Januari 2011

Ketawa, Ketawa Juga, Tapi Beringat



Bismillahirrahmanirrahim.....Salam Jumaat

Saya selalu rasa sayu bila mendengar ada isi rumah saya yang ketawa terbahak-bahak bila menonton rancangan tv yang sengaja mengoda orang untuk ketawa. Mereka sering terlupa bahawa gelak ketawa itu dilarang Islam. Semakin kuat hilai tawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan padanya sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan dia. Jadi berpada-padalah bila geli hati tu.

Kata orang tua-tua, jangan banyak ketawa, nanti menangis. Menurut pandangan Islam pun, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.

Jadi seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka yang banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga.

Selain itu kita juga dilarang bercerita terutama sesuatu cerita dusta yang boleh membuatkan orang ketawa terbahak-bahak sebagaimana Riwayat dari Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”.

Sebenarnya membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

(a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w

(b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya

(c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya

(d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan dan isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

(f) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin

(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Dengan memikirkan perkara di atas, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Khamis, 13 Januari 2011

Kembong, Cencaru, Sawi & Kailan


"Belikan Mama ikan kembong, mama nak bakar"

Sekembali anak saya dari kedai, hepi jer dia kata, "ma, nah ikan kembong, besar-besar"

Tengok-tengok, erm nak marah siapa, salah saya atau salah anak saya



"ini bukan kembong, ini cencaru", jawab saya

"sama jer muka dia ma, cencaru tak boleh bakar ker"

"Boleh" jawab saya dengan rasa terkilan, tapi tak tunjukkan muka terkilan tu pada dia.

Begitulah sering berlaku sejak akhir-akhir ni. Semenjak saya tak berapa sihat ni saya sering suruh dia ke mini market dekat rumah untuk beli lauk pauk.

Tapi sayangnya, sering tak dapat apa yang dipesan. Bukan dia tak pernah tolong saya di dapur, dia rajin tolong saya memasak, tapi memang silap saya, saya tak pernah beritahu dia nama ikan-ikan yang saya masak. Yang pasti ayam dia kenal.



Sayur-sayur pun jadi masalah juga. Suruh beli kailan, he he dia bawa balik sawi. Bila kata "ni bukan kailan, ni sawi". Mesti ada jawapan dia, "nah Ma tengok dalam handphone ni rupa dia sama jer", sambil tunjuk gambar kailan dalam h/set dia. Rupanya dah google cari rupa kailan, tapi silap juga.


Di dapur pun sering juga terjadi keadaan ni masa dulu-dulu, sekarang dah kurang sikit. Bila suruh ambik lengkuas, dia tanya macam mana rupa lengkuas. Begitulah juga kalau suruh ambil halia atau kunyit.

Inilah masaalah bila anak selalu di asrama agaknya. Terlalu kesuntukan waktu nak ajar semua tu.

Mana satu asam gelugor (asam keping), mana satu asam jawa!!!!!!!!!.

Award Dari "Syair Si Para-Para"


Banyaknya Para dapat award. Jadi saya ambik satu jerlah yer Para. Terima kasih.



Terima kasih juga kepada Para kerana tagkan saya untuk Jalan-jalan Cari Makan. Nampaknya saya ambik gambar jerlah yer Para.

Rabu, 12 Januari 2011

Jam Terbesar Di Kota Makkah

Semasa blog walking dari satu blog ke satu blog pagi tadi, saya jumpa artikel yang saya rasa agak menarik ni.



Jam yang terbesar di dunia yang terletak di kota makkah telah mula berfungsi pada awal Ramadhan. Kerajaan Arab Saudi berharap ianya akan menjadi masa rasmi kepada penduduk islam dunia. Jam tersebut telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al Saud 1 minit selepas jam 12 pagi pada hari pertama ramadhan.



Jam tersebut mempunyai 4 muka dan setiap muka berukuran 43 meter. Setiap muka jam tersebut juga mempunyai ukuran diameter 6 kali lebih besar dari London’s Big Ben. Ianya terletak 400 meter diatas bangunan pencakar langit yang dikatakan bakal menjadi hotel yang kedua tertinggi di dunia.

Lebih 90 juta keping kaca berwarna digunakan untuk menghiasi setiap muka jam tersebut yang turut dihiasi dengan kalimah ‘Allah’. Ianya dapat dilihat di setiap sudut bandar Makkah.

Jam tersebut bakal menjadi landmark bagi 7 menara kompleks raja abdulaziz yang dibina oleh syarikat Saudi Binladen Group. Menurut media tempatan projek menara jam tersebut menelan kos belanja $3 billion. Projek ini adalah sebahagian dari usaha membangunkan kota makkah untuk memberi keselesaan kepada pengunjungnya. Hampir 3.5 juta umat islam saban tahun melawat kota makkah bagi menunaikan haji

Apabila masuknya waktu solat cahaya bewarna hijau dan putih akan berkelip menandakan masuknya waktu solat. Cahaya berkenaan boleh dilihat sejauh 30km. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan dari sekarang.

Jumaat, 7 Januari 2011

Tak Sedar Mereka Dah Besar

Pagi tadi seawal 7.30 pagi saya dah bersarapan. Tujuannya untuk ke UIA Gombak nak berjumpa dengan Salam.



Semenjak keluar hospital, ini jerlah sarapan yang saya boleh ambik. Roti yang disapu dengan mentega 'dorina' dan air teh kosong. Sabar jerlah. Nak buat macam mana.

Saya sepatutnya berkurung di rumah selama 14 hari. Hari ini saya tawakkal keluar dari rumah nak ikut hasben saya ke UIA Gombak untuk berjumpa Salam. Salam tak dapat balik minggu ni sedangkan banyak dokumen-dokumen penting perlu dihantar pada dia.

Untuk cepat sampai ke Gombak dan bagi mengelakkan trafik jem, kami menggunakan Lebuhraya Duke dari Lebuhraya Bukit Raja. Alhamdulillah memang tak jem.




Lebuhraya Duke yang sunyi pagi tadi


Sebenarnya Salam baru sebulan lebih belajar di sini selepas tamat Matrikulasi UIA di Petaling Jaya. Tulah banyak perkara lagi yang perlu dilakukan.


Asrama Pelajar Lelaki



Asrama Tempat Salam Tinggal


Tiba di Kampus UIA, saya jumpa Salam dalam kereta saja. Itu pun sekejap saja. Sebenarnya dia minta abahnya jemput dia pagi tadi untuk balik ke rumah, dan petang ini menghantarnya balik ke Asrama, "nak jumpa mama, Alam tak jumpa mama lagi semenjak keluar hospital". tapi abahnya tak kelapangan petang ni, jalan mudah saya ikut abahnya untuk jumpa dia

Semenjak keluar hospital, baru ni jumpa Salam. Semasa saya sakit hari tu dia dan sakinahlah yang uruskan saya di hospital sehingga selamat masuk wad. Kebetulan hari tu abahnya pun kurang sihat. Bila nampak dia orang boleh uruskan hal-hal begini baru sedar, dah besar rupanya mereka ni. Saya saja yang selalu tak percayakan mereka. Selalu merasa mereka belum matang walaupun dua-dua dah belajar di universiti. Bila mereka memandu kereta saya tak yakin, saya selalu rasa lebih baik saya yang pandu. Begitulah kita sebagai mak agaknya, selalu nampak anak kita kecik lagi.

Khamis, 6 Januari 2011

Award Pertama 2011



Terima kasih Mie kerana suka dengan Blog akak yang serba kekurangan ni. Budak Botak 11 yang memberikan award ini kepada kepada blog Miecyber. Mie memberinya pula kepada kami yang antaranya adalah saya, jadi saya jawab soalan ni berdasarkan Blog Miecyberlah.

**Setelah dapat, sila jawab soalan dibawah ye**

1. Miecyber's Blog di mata korang.. Berikan pendapat dengan jujur.

Saya suka Blog Miecyber kerana entri entrinya yang menarik dan mendapat pengetahuan baru.

2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?

Nama blog saya 'Kerdipanrohani'. Saya suka tajuk tu sebab di blog ini banyak saya lahirkan apa yang tersirat dan tersurat yang berlaku dalam kehidupan saya.

3. 5 perkara yg saya suka


a. Dapat hadiah

b. Diberi kesihatan yang baik

c. Connection internet laju

d. Duit banyak

e. Bertemu kawan lama


4. 5 perkara yang saya benci

a. Terlupa di mana letak sesuatu barang

b. Manis didepan, pahit di belakang

c. Tak pandai sembunyi kemarahan

d. Cepat kesian pada orang, takut tertipu

e. Kena marah tanpa sebab

Nie antara blog2 yg saya suka tgk...dan saya tag mereka juga...:D

1. Kak Werdah

2. Ustaz Abd Razak

3. Cetusan Minda - Sis Tinie

4. Mohdandmeriam

5. Sharomnasrudin

6. KL Citizen

7. Ummzaid

8. Insan Marhaen

9. White Rose

10. Ummu Masyitah

Jadi saya jemput rakan blogger yang saya tag untuk award ni sudi mengambilnya dan awardkan pula pada blog2 yg sukai, kalau tak keberatan beserta dengan soalan diatas.

Selamat menerima dan memberi.

Rabu, 5 Januari 2011

Al Kisah Pada New Year's Eve



Assalamualaikum kepada semua yang singgah di blog saya ni. Mudah-mudahan ada yang singgah. Hii

Mungkin agak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru pada rakan-rakan bloger semua. Tapi tak aperlah, semoga di tahun baru ini, kita semua diberikan Allah keberkatan dan kasih sayangNYA sebagaimana tahun-tahun yang terdahulu.

Di mana saya pada New Year's Eve baru-baru ni??.

Allah menguji saya lagi diambang tahun baru 2011. Saya terlantar dalam wad di salah satu Pusat Perubatan di Shah Alam.

Alkisahnya, dua tiga hari sebelum tu, saya dah demam-demam dan selsema serta batuk-batuk. Malas nak jumpa doktor. Jadi saya ambik saja ubat demam, ubat selsema dan ubat batuk yang sedia ada di rumah. Dan demam tu pun sekejap hilang, sekejap datang balik. Begitulah sehingga 3 hari.

Masuk hari ketiga demam, saya tak tahan lagi. Akhirnya saya ke Pusat Perubatan yang selalu saya kunjungi bila sakit di Shah Alam ni. Kata doktor, saya kena selsema yang teruk. Saya diberi ubat demam, ubat selsema, ubat batuk dan antibiotik untuk selama 3 hari. Pesan doktor "3 hari tak baik datang balik".

3 hari berlalu. Sepanjang 3 hari itu, demam, selsema dan batuk tidak berkurang malah makin teruk diikuti seakan-akan saya terkena asma. Dada terasa panas dan sakit bila batuk. Genap 3 hari pada tarikh doktor pesan tu, iaitu pada pagi 31 Disember 2010, saya sekali lagi ke pusat perubatan tersebut. Ketika ini, saya dah seakan-akan sesak nafas. Periksa punya periksa, termasuk x-ray. Doktor kata 'jangkitan kuman di paru-paru". Masuk wadlah saya.

Di wad macam-macam 'test' dibuat. Keputusannya 'gula tinggi, bp tinggi, dan paru-paru dijangkiti kuman yang no 6 teratas merbahaya. Tak payahlah saya sebut kuman tu. Mulai saat itu, tangan, lengan menjadi mangsa untuk diambik darah, dimasukkan ubat dan macam-macam lagi. Aduss, sakitnya Allahlah yang tahu, tapi nak buat macam mana sabar sajalah. Begitulah saya selama 5 hari.

Akhirnya Alhamdulillah, tengahari semalam, berbekalkan antibiotik, saya dibenarkan balik. Pesan doktor yang sedikit melemahkan semangat saya "untuk tempoh 2 minggu, puan tak boleh ke tempat 'public' sebab ketahanan badan puan terlalu rendah. Nanti puan akan dihinggapi penyakit-penyakit lain pula."

Pada Allah saya memohon, semoga Allah berikan saya kesihatan dan semangat untuk meneruskan hidup yang masih tersisa ini. Aminnnnnnnn

Rasanya saya tahu di mana saya dapat 'jangkitan kuman ini'. Bila saya sihat betul-betul nanti akan saya coretkan di sini. Nampak benar ketahanan badan saya terlalu rendah.

Oh ya, semasa saya di wad, saya dapat tahu anak Aby juga bermalam di hospital kerana anak bongsunya terkena serangan asma. Semoga anak Aby bertambah baik sekarang.