Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 23 Disember 2011

Sekeping tosai Secawan Milo Kosong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Alhamdulillah sekeping tosai dan secawan milo kosong dah sepurna masuk perut saya kira-kira jam 7.30 pagi. Walaupun tekak tak berapa boleh telan, saya telan juga. Sekarang ni makanan yang tak berlemak dan berminyak nilah saja yang dibenarkan masuk ke perut. Tak aperlah, apa nak buat, dah lama makan sedap (pujuk hatilah tu!!).

Tiap-tiap pagi macam nilah, sebelum sarapan kena ambik vitamin dulu (vitamin doktor yang cadang), selepas setengah jam ambik vitamin, kena pulak ambik ubat darah tinggi dan diabetes. 2 jam kemudian kena ambik pulak ubat al jabbar untuk hati pulak. Itulah rutin ubat waktu pagi. Petang lain pulak caranya.

Kisahnya, hari ni jam 7 pagi lebih sikit saya dah tercongok dalam Restoran Ali corner yang sentiasa penuh ni dengan Tokbah. Tadi sebelum tosai tiba saya dah beratur panjang untuk membeli nasi lemak Pak Ayub yang terkenal tu bagi 3 cucu-cucu di rumah.

Pagi ni pagi betul saya keluar dari rumah. Tujuannya nak ke salah satu bank untuk urusan ATM. Frustnya, dua buah bank yang sama nama tu saya tuju, kedua-dua tempat tu mesin ATMnya rosak. Bukan saya saja yang hampa tapi ramai lagi.

Akhirnya inilah tersadai di Restoran Ali Corner ni.

28 ulasan:

gadisBunga berkata...

tapi tosai dgn milo pun sedap jugak kan auntie. :)

Aynora Nur berkata...

tak apa kena 'pantang' makan, yg utama adalah kesihatan untuk hidup sihat, betul tak?

Kakzakie berkata...

Melegakan hati dgn makan tosai best juga kak ani. Kakak suka makan tosai dgn kuah yg di panggil kima ...

Marina Monroe berkata...

sedappp tu tosei, tapi saya lebih suka air nescafe tarik..ngeee

ainnoraini berkata...

saya suka air milo...
mmg sedap dulu kini dan selamanya suka minum milo...

ieja amieja berkata...

sy pun suka tosai jgk kan,selalu cecah ngan kari...ari pg lagi sy wat cekodok pisang je, menunaikan permintaan c kecik arina tu,abg n kakak dia sy buatkan beehun je..merangkap t/ari tu..ptg br msk..

PCL berkata...

salam kak, moga sihat hendaknya...
semakin menyukai tosei cmni wpun sblm ni tak lalu nk mkn tosei or capati....

che mid berkata...

He he tersadai di tempat ada makan takpe sangat la.. boleh tambah sekeping dua tosei lagi..

Anaa berkata...

kadang2 layan tosei pun oke jugak kan kak ani.. tapi kalo hari2 hmm jemu jugak.. takpe la kan, yang penting kesihatan kena jaga..

Ati Masrif berkata...

salam kak,

selain tu boleh makan apa lagi?
roti w/m boleh?

ati baru chk darah 2 hari lepas
risau kalau2 ada kalestrol or
darah tinggi

c'axoera berkata...

wahh dalam cawan antik :)


http://lambaianorkid.blogspot.com/

kakchik@ella berkata...

tosei + nescafe O = the best!! feveret KC tu.

klcitizen cikgunormah berkata...

bila baca ini teringat ibu mertua yang kencing manis lebih 20 tahun sudah. setiap hari juga kesian tengok kena makan benda yang sama, sampai muak katanya

littlehumblelynn berkata...

Kak,

alhamdulillah.ada jugak disiplin mkn ubat,mak saya ssh nk disuruh mkn ubat.dibantai mkn selang seharik.ssh ht tgk dia.

Cikli berkata...

atm selalu mengecewakan

Kamsiah berkata...

salam
tekak saya pun takleh terima tosai hehe..capati boleh...

Temuk berkata...

As-salam
Alhamdulillah, tosai pun sedap dan berkhasiat juga. Saya suka tosai yang lebih garing, tapi nak kena cicah sambal kelapa pula. Itu yang tak berapa menyihatkan....kelapa bersantan!

Pn Kartini berkata...

Salam k ani:)
Cuba juga mkn tosei....tapi cam terpaksa-paksa lakk nk menelannya...kalau roti lubnan /capati ok juge...:)

Moga akak beransur sihat :)

insan_marhaen berkata...

malam tadi IM pekena roti bakar dengan penang white coffe kat restoran Maqbul

ianya lebih baik dari sepinggan nasi kandar!

sal berkata...

sedap..

pagi2 begitu, jamah sedikit makanan tak berapa berat,tapi kenyang juga...

sal berkata...

sedap..

pagi2 begitu, jamah sedikit makanan tak berapa berat,tapi kenyang juga...

Queenie berkata...

tosei tu fav saya kak ani...kalau kena ngan 'gu'nya - hari2 tosei pun takper...

Wak Gelas™ berkata...

wak pon frust jugak kalo atm asyik rosak jee...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

ariana berkata...

Salam. lama sy tak mkn tosai..
Wah..mesti best nasi lemak Pak ayub tu ye, siap beli utk cucu2 lagi..:)
Take care ye Kak..

Kunang-Kunang berkata...

Salam pada semua kawan-kawan yang singgah.

Maaflah tak respon pada kawan-kawan semua. Sebenarnya saya baru balik dari Dungun, Terengganu kerana menghadiri perkahwinan anak saudara.

InsyaAllah saya akan singgah blog kawan-kawan semua nantik.

zulkbo berkata...

salam Kak..
moga sihat dan sentiasa gembira..
tosai...??dah lama tak makan nih
kalau ke mamaak pun selalu cari
roti canai..berminyak je..adehh..
nak kena tukar selera pula nih..
demi kesihatan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..amin

Memang payah nak jaga nafsu makan kita ni, kan! Dulu nak mula makan oat waktu sarapan pagi memang payah, sekarang ni dah biasa jadi tak pernah tinggalkan..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat ya, Sesekali ada juga kak membeli tosai ni.. kak boleh menerimanya, begitu juga capati..